31 Januari 2015

Selangor rekod kes bankrap tertinggi tahun lalu - Bernama





Sumber : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata, Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).
Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nancy berkata, peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).
"Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang telah meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes."Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun itu," katanya.
Nancy berkata, pekerja sektor swasta adalah golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), profesional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes).
- BERNAMA

3 ulasan:

  1. hurm... sedih tengok angka2 tu. kos sara hidup makin tinggi, keinginan dan keperluan makin meningkat tapi income maintain sama.

    zinziemeewah

    BalasPadam
  2. Takut gak kawan ni. Kadang2 bulan2 takat paras2 hidung je. Jgn la bangkrap, jgn la bangkrap. huhuhu

    BalasPadam
  3. Wah...psl kereta ramai juga yg bnkrap... Pkailh keretaikut kmmpuan..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.