6 Januari 2015

Terima Kasih Bro Framéstone!!







Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau anda perasan, beberapa hari sebelum ini,angah agak kurang update entry. Hanya sekadar dua atau tiga entry sahaja bagi 3 hari yang lalu. Semuanya adalah gara-gara domain yang sedang menghampiri tarikh akhirnya. Sebab apa? Sebab angah risau kalau-kalau angah tak dapat nak renew domain,dan akhirnya menyebabkan angah kehilangan domain yang angah sayang ini.

Sebenarnya,angah sendiri tidak reti cara untuk renew domain blog. Kalau sebelum ini, ketika angah membeli domain ini juga angah meminta pertolongan seorang blogger hebat iaitu blogger Bro Framestone. Jadi,untuk renewkan domain,angah masih lagi mengharapkan bantuan beliau juga.

Alhamdulillah,akhirnya segala-galanya selesai juga pada hari isnin iaitu semalam.Sebab apa angah suruh orang lain tolong? Sebab angah tak reti nak renew sendiri domain itu. Alhamdulillah.  
 

Terima kasih diucapkan kepada blogger Bro Framestone kerana sekali lagi membantu angah dalam menyelesaikan masalah ini. Sememangnya sebagai seorang blogger junior,pertolongan daripada blogger senior sangat-sangat diharapkan. Alhamdulillah.
Jadi,kalau ada sesiapa nak minta bantuan,anda bolehlah minta bantuan pada blogger otai ini.



9 ulasan:

  1. Bro Framestone otai yang tak sombong. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...blogger senior bermurah hati membantu...itulah sebaik-baiknya...^_^

    BalasPadam
  3. smarttt :D sy pun dah berdotcom :D

    BalasPadam
  4. Ramai minta dia buatkan... Sy Alhamdulillah... Cuba buat sendiri hari... Selepas sethun stdy pasal domain... Hehe...

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.