8 Februari 2015

Corat-Coret Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2014





Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) secara rasminya telah pun berakhir pada malam Jumaat lalu dengan menyaksikan kumpulan Zero dinobatkan sebagai Juara.Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. 

Naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh satu-satunya peserta solo MLM 2014 iaitu Nabil Ahmad yang menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM150,000 berserta  trofi. 

Tahniah diucapkan kepada pemenang. 

Apa yang pasti  kehadiran penonton serta penyokong finalis MLM 2014 sangat luar biasa dan acara yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu sememangnya meriah.Bukan itu sahaja, selebriti tempatan turut hadir mamberikan sokongan pada Superhero Lawak yang bertanding. Antara yang hadir ialah Ifa Raziah, Michael Ang, Uqasha Senrose, dan Syafiq Kyle. 
Banyak kisah menarik yang berlaku sepanjang pentas akhir MLM 2014 bersiaran secara langsung.Di sini Astro gempak ingin berkongsi kisah atau kejadian  menarik yang mungkin penonton setia MLM 2014 terlepas pandang. 

- Finalis MLM 2014 berjalan ala-ala model di pentas 'runaway' semasa hos memperkenalkan mereka. 
- Busana unik Dato' AC tarik perhatian dan mendapat pujian di laman sosial. 
- Stadium Putra Bukit Jalil penuh! Keadaan sekeliling begitu havoc dengan sorakan peminat finalis MLM 2014! 
- Penonton bersorak seakan-akan menonton perlawanan bola sepak. Betapa sporting dan meriahnya peminat MLM 2014! 
- Penyokong kelab peminat Dato' AC hadir dengan memakai rambut afro warna-warni. Sporting habis beb! 
- Penyokong Zero kibarkan bendera Sabah. 
- Dato' Jalal menyanyi lagu 'Sway' dan di sambut dengan sorakan peminat. 
- Rasa seperti menonton pertunjukkan fesyen apabila juri MLM 2014 Fazura dan Farah Quinn 'catwalk' di pentas 'runaway' dengan begitu bergaya. 
- Taufik Batisah berdiri menunggu Fazura sebelum menarik kerusi untuk pelakon cantik itu duduk di tempat juri. (sweetnya Taufk) 
- Taufik Batisah memberikan persembahan istimewa dengan menyanyikan lagu 'Awak Kat Mana' khas buat peminat. 
- Persembahan Zero menyentuh hati peminat di Stadium sehingga ada yang mengalirkan air mata apabila mereka menyanyikan lagu 'Ayah' malah juri juga turut tersentuh. 
- Nabil terlupa lirik sewaktu tema muzikal. 
- Amat mengejutkan, sewaktu nama Zero diumumkan sebagai juara hampir seluruh penonton di Stadium berdiri sebagai tanda sokongan kepada kumpulan tersebut.

Sekian terima kasih. 

3 ulasan:

  1. memang zero layak jadi juara...lawak dorag best ada makna tersirat..
    moga dgn kemenangan ni dorang dpt mengubah hidup dorang.insyallah

    BalasPadam
  2. haha Zero the best ! btw blogwalking here... http://escapetrueworld.blogspot.com/

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.