10 Februari 2015

Kerana Rambut, Kajol Hampir Alami Insiden Memalukan




Sumber : Astrogempak

Baru-baru ini, aktres Kajol hampir mengalami insiden yang memalukan dalam sebuah majlis anugerah berprestij di India. Pada malam itu, dia diberi penghormatan tampil sebagai salah seorang penyampai anugerah. 
Namun isteri kepada Ajay Devgan ini panik seketika selepas rambutnya secara tiba-tiba terurai sehingga kelihatan tidak terurus. Keadaan ini membuat Kajol tidak senang duduk bimbang dijadikani bahan jenaka pihak media dan tetamu kehormat yang hadir. 
Lebih cemas, ketiadaan penata rambut yang cuba membantunya sehingga aktres Sonam kapoor menghampiri Kajol dan sama-sama menyisir rambut Kajol sehingga kelihatan kemas. 
Tindakan tersebut membuatkan Kajol terharu dan selesai berada di atas pentas, dia segera mendapatkan Sonam untuk mengucapkan terima kasih kerana yang tidak terhingga. 
“ Kejadian itu membuatkan Kajol semakin rapat dengan Sonam. Mereka berdua sempat menghabiskan masa bersama selepas tamat anugerah. Malah Kajol sempat berkongsi kenangan sewaktu Sonam ketika kecil yang sering bersama ayahnya, Anil Kapoor ke lokasi penggambaran,” jelas sumber terdekat Kajol.

3 ulasan:

  1. isk..tu yng tak diingini bila di dalam pentas yg besar tu

    BalasPadam
  2. rambut mahkota wanita hehe

    cik g singgah ^_^

    BalasPadam
  3. singgah sini baca cerita kajol :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.