30 Mac 2015

Pantau peniaga ambil kesempatan menjelang GST !!



Ketika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Australia pada kadar 10 peratus mulai 1 Julai 2000, memang banyak rungutan orang ramai disebabkan mereka kurang faham konsep pelaksanaannya hingga menyebabkan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan.
Bayangkan, pada bulan pertama, badan khas yang mengendalikan hal itu, Persaingan dan Suruhanjaya Pengguna Australia (ACCC) menerima lebih 60,000 aduan yang dihantar melalui talian serta aduan lisan pengguna.Aduan itu kemudiannya semakin menurun dan selepas enam bulan, kadar graf aduan semakin statik, sekali gus membuktikan rakyat atau pengguna boleh menerima dan mula memahami konsepnya.
Di Malaysia mungkin situasi yang sama akan berlaku apabila GST diperkenalkan pada kadar enam peratus bermula Rabu ini, ataupun jumlah aduannya lebih banyak daripada itu kerana Australia ketika itu mempunyai 11 juta penduduk berbanding hampir 30 juta rakyat Malaysia.
Malaysia juga boleh belajar daripada model GST Australia yang memberi tanggungjawab kepada ACCC untuk memainkan peranan aktif memberikan penerangan kepada rakyat, menerbitkan buku panduan, risalah, panduan harga dan diberi tanggungjawab memantau pelaksanaan GST.
'Permainan' politik
Badan seumpama itu perlu diwujudkan di Malaysia kerana setakat ini, terlalu banyak kekeliruan yang berlaku. Itu belum dikira 'permainan politik' pihak tertentu yang mahu menakutkan rakyat.Hakikatnya, memang sudah tiba masa kerajaan melakukan pembaharuan kerana sejak GST mula dilaksanakan di Perancis pada tahun 1950-an sehingga Disember 2014, sebanyak 169 negara daripada 193 negara seluruh dunia sudah melaksanakannya.
Dalam kalangan tujuh negara Asia Tenggara, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei saja yang belum memulakan GST dan bermula 1 April ini, angka itu berubah selepas Indonesia melaksanakan GST pada tahun 1984, diikuti Thailand (1992); Singapura (1993); Filipina (1998); Laos (1999); Vietnam (1999) dan Kemboja (2009).
Itu fakta sejarah kerana ada kebimbangan besar yang melanda pengguna ketika ini. Ia mudah diteka kerana perkara utamanya selain terpaksa membayar kos tambahan ialah rakyat tidak mendapat maklumat cukup mengenai senarai barang, kadar kenaikan dan eksploitasi peniaga.
Buku Panduan GST

Walaupun sudah banyak maklumat disebarkan, ia dilihat belum menyeluruh. Bahkan buku Panduan Harga Pengguna yang dicetak khas untuk orang ramai juga sukar diperoleh. Buku panduan yang dicetak mengikut zon itu sangat penting untuk pengguna jadikan panduan.
Difahamkan, jumlah yang dicetak mencecah dua juta naskhah dan diedar di setiap kawasan Parlimen, pejabat kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kawasan tumpuan ramai.Buku setebal 26 muka surat itu secara jelas memuatkan maklumat senarai barang yang tidak dikenakan GST, perkhidmatan yang dikecualikan serta perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
Penulis, sama seperti pengguna lain juga bimbang peniaga akan menaikkan harga sesuka hati, bahkan premis atau perniagaan yang tidak berdaftar dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mengutip GST juga akan mengaut untung.
Bagaimana pengguna boleh memastikan kedai mana yang berdaftar atau tidak? Penulis mencadangkan, lebih baik kerajaan melalui KDRM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan mekanisme sijil atau logo tertentu.
Contohnya sama seperti penggunaan sijil dan logo HALAL oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Ia memudahkan pengguna untuk memilih dan membuat aduan jika ada yang mengambil kesempatan.Mungkin juga perlu diadakan poster senarai barangan yang dikenakan GST mengikut jenis perniagaan. Pengguna juga perlu tahu apa barangan yang dikategorikan berada dalam senarai penurunan harga, tiada perubahan harga atau mengalami kenaikan harga.
Contoh paling mudah, harga semasa sekilo bawang kecil merah (Thailand) ialah RM9.40 dan harga baharu selepas GST sepatutnya RM9.38, manakala harga sekilo tepung gandum GP (berbungkus) kekal pada harga RM1.35. Harga tepung jagung (berbungkus) 400 gram akan naik 10 sen kepada RM1.90.
Maklumat seperti inilah yang diperlukan pengguna. Jika diteliti buku panduan harga pengguna, disenaraikan 500 jenis barangan terpilih dan 140 daripadanya mengalami kenaikan harga, 29 kekal harga lama. Ini bermakna baki 331 lagi barangan akan turun harga.
Daripada jumlah ini, 66 peratus barangan keperluan mengalami penurunan harga, tetapi maklumat yang disebarkan kepada pengguna lebih kepada untuk menakutkan, bukannya maklumat sebenar.
Sebar maklumat tepat
Di sini pentingnya peranan pelbagai pihak untuk menyebarkan dan menerima maklumat tepat. Atas sebab itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sering memberi peringatan kepada peniaga supaya sentiasa mempamerkan tanda harga, sama ada ia merangkumi enam peratus, kadar sifar atau dikecualikan GST.
Pengguna pula boleh berperanan melaporkan salah laku peniaga untuk dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011; Akta Perihal Dagangan 2011; Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Oleh Mohd Azis Ngah
Read more ...

Kaji Selidik : Anda Berasal Dari Mana ?



Assalmaualaikum dan salam sejahtera.


Baru - baru ini telah dijalankan satu kaji selidik berkenaan tempat asal para pengunjung fanpage  Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah , walaupun ianya tidaklah seberapa , tetapi ada juga blogger yang memberikan respond terhadap kaji selidik tersebut.



Hasil kaji selidik mendapat , pengunjung yang memberikan respond paling banyak datangnya dari negeri Kedah. Diikuti dengan Negeri Sembilan  dan Perak. Kemudian ialah negeri Selangor , Pahang , Kelantan , Terengganu , Johor. Dan di akhiri dengan negeri Sarawak  dan juga Kuala Lumpur. Bagi negeri-negeri lain , tiada yang memberikan respond.

Alhamdulillah , sebenarnya motif angah membuat kaji selidik ini hanyalah untuk mengenali blogger yang berasal dari negeri mana. Senang untuk kita beramah mesra bila kita tahu tempat asal masing-masing. Contohnya , kita sedang asyik bersembang dengan seorang blogger di media sosial. Rupa -rupanya blogger tersebut ialah jiran kita sendiri , sebab apa? Dia menggunakan nama pena yang lain. Kan senang bila kita kenal blogger dari negeri mana , asalnya dari mana?
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah turut serta dalam kaji selidik ini. Terima kasih. 
 
  1. http://jmbelog.blogspot.com/ 2
  2. http://cikash.blogspot.com/ 8
  3. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/ 3
  4. http://www.mariafirdz.com/ 2
  5. http://mizzseven.blogspot.com/ 2
  6. http://cikmanissweet.blogspot.com/ 6
  7. http://www.iuzira.com/ 5
  8. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/ 7
  9. http://www.khatyaiman.blogspot.com/ 2
  10. http://ceriterahidup97.blogspot.com/ 9
  11. http://eyranasrin.blogspot.com/ 8
  12. http://mama3farhanah.blogspot.com/ 3
  13. http://zianaeunos.blogspot.com/ 13
  14. http://huhahuhajerr.blogspot.com/ 3
  15. http://syaza-applemints.blogspot.com/ 14
  16. http://ain-nadia.blogspot.com/ 5
  17. http://hajarashikin.blogspot.com/ 9
  18. http://www.blogparihh.com/ 6
  19. http://www.eswaijie.blogspot.com 12
  20. http://dewqracintakita.blogspot.com 7

Read more ...

28 Mac 2015

Homesick !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , lagi beberapa hari akan masuk ke bulan april. Sesungguhnya , semua rakyat Malaysia tidak sabar untuk melihat sesuatu yang bakal terjadi di bulan April. betul tak? Macam angah sendiri , angah mahu melihat adakah angah dapat melakukan exam dengan sebaik mungkin atau tidak.
Sebenarnya , entry ini angah buat memandangkan angah tersangat - sangat rindukan rumah. Kali terakhir angah berada di rumah ialah ketika cuti tahun baru cina. Itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja. Rasa seperti sudah lama tidak pulang , bersama keluarga.
Mungkin disebabkan angah mempunyai masa yang banyak untuk memikirkan perkara-perkara tersebut. Kalau sebelum ini , angah tak terasa sangat homesick disebabkan angah sibuk dengan urusan -urusan lain. Tetapi hari ini , angah tidak membuat sebarang aktiviti melainkan makan dan tidur sahaja.
Apa yang paling angah tak sabar ialah mahu pulang ke rumah. Walaupun masih lambat , tapi angah tetap mahu merasai pengalaman tersebut.
Sekian. 
 
 
 
Read more ...

25 Mac 2015

KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR SELEPAS SUBUH ?

KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR SELEPAS SUBUH ? 

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh. 
Sedikit perkongsian. 
Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.Diberi peluang, aku terus bertanya. 
"ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?" 
Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh". 
Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? 
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.Aku bisik dalam hati"ada byk mazhab ke dia ni?"."Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku""Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz".Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.Aku nak menangis."Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"Aku senyap."kenapa ustaz?" dia menjawab,orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah.Dia berlagak depan Allah!.Dia menolak pemberian Allah!.Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.Jadi ape yg ada pada fikiran kau? 
Mesti kau akan kata"dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".Aku tersentak.
Dia berkata lagi"org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang mcmni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.Sesungguhnya manusia itu jahil.Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha". 
Allahuakbar.Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni.Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak.Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.Dia kata lagi"orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan.Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis! 
Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi. 
Dia kata lagi"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"..."Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang.Kau siapa? Nak ubah sunnatullah! 
"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah.Orang yg dekat dengan Allah.Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu.Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir. 
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu. 
Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah.Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah.Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur.Kita ni miskin, miskin amalan.Janganlah kita sombong depan Allah. 
Nabi dah kata:
احفظ الله،يحفظك
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. 
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia. 
Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain.Prihatin antara satu sama lain.Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su'zon.Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk. 
Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu.Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.Sedikit perkongsian. Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh.. 
Astaghfirullahh...
Sumber : kisah ini dipanjangkan oleh para sabahat..
Read more ...

24 Mac 2015

Feel Bored?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , angah diberi kesempatan untuk update entry untuk kali ini. Sebenarnya  , semakin hari , angah semakin tak sabar untuk aktif sepenuhnya berblogging. Sememangnya inilah yang angah tunggu - tunggu kan selama ini. Seharian hanya berblogging sahaja.
Tetapi , sekarang belum tiba lagi masanya. Masih lagi berbaki 2 minggu sebelum angah betul2 selesai untuk semester 4 ini. Ada lagi 3 exam besar dan beberapa assignment yang perlu dihantar dan disiapkan terlebih dahulu.
Stress?? Sudah semestinya , tetapi alhamdulillah , bila kita dapat kawal stress kita , in shaa Allah , segalanya akan berjalan dengan lancar. Angah harap agar semester ini akan menjadi kenangan. Memandangkan pelbagai perkara yang angah lalui sepanjang semester ini.
 Kalau ketika di awal semester , angah rasakan semester ini tersangatlah susah dan lambat nak habis. Tup tup dah nak habis dah semester ni. Yeah!!! Seronok sangat. Tapi , untuk semester terakhir , ia merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja memandangkan ia merupakan semester akhir , satu projek akhir perlu dilakukan iaitu RECITAL.
Sekian. 
Read more ...

Segalanya Dipermudahkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala urusan angah telah dipermudahkan. Selesai sudah beberapa exam yang angah telah hadapi baru-baru ini. Setakat hari ini, segalanya telah berjalan dengan lancar. Maksud 'lancar' di sini bukanlah bermakna 100% sempurna , tetapi semuanya berjalan dengan baik. Masih ada beberapa kekurangan yang sepatutnya perlu diperbaiki. Tetapi secara keseluruhannya baik.
Kini , hanya berbaki lagi beberapa perkara sahaja sebelum angah selesai semester ini. Masih terdapat 2 lagi assignment yang perlu dihantar , satu lagi exam persembahan dan juga 2 exam bertulis. Selepas itu , angah telah pun selesai semester 4 ini. Lagi? Angah boleh berblogging semula!! Yeayy
Sekian. 
 
Read more ...

Hormati Peminat Bertudung ,Artis KPOP Pakai Sarung Tangan




Penyanyi kumpulan K-Pop yang semakin dikenali di serata dunia iaitu GOT7 telah hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat bertempat di KL Live Center, Kuala Lumpur pada Sabtu.Majlis yang dinamakan ‘GOT7 1stFan Meeting in KL’ telah berlangsung dengan begitu meriah.

Namun apa yang menarik perhatian ialah sikap mereka yang peka terhadap sensitiviti peminat beragama Islam di Malaysia.GOT7 yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Jae Bum (JB), Junior (JR), Jackson, Mark, BamBam, Youngjae dan Yugyeom begitu ramah melayan peminat bertuah sepanjang sesi ‘high-five’ berlangsung.

Menurut peminat yang dikenali sebagai Maslina, ahli kumpulan tersebut memakai sarung tangan bagi mengormati peminat mereka yang beragama Islam dan menjaga batas-batas mereka.






Foto anggota kumpulan GOT7 memakai sarung tangan yang tersebar di laman sosial.


 



“Saya rasa cukup kagum dengan GOT7 kerana mereka memahami sensitiviti di negara kita dan sepanjang sesi itu dijalankan.“Malah ketua mereka (JB) yang memulakan tindakan memakai sarung tangan dan kemudiannya diikuti oleh anggota yang lain.

“Mereka juga tidak mempunyai masalah mengenakan sarung tangan dan masing-masing seronok melayan karenah kami (peminat).” katanya yang juga merupakan peminat tegar Jackson.Selain itu, BamBam dan Jackson bukan sahaja bersalaman malah mereka juga turut bersapa dan mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan oleh peminat sewaktu sesi itu berlangsung.

Kisah GOT7 memakai sarung tangan telah menjadi bualan hangat di laman sosial sehingga menjadi trending di Twitter dengan hashtag #got7glove.

Acara yang dianjurkan oleh eRama.tv itu telah berlangsung dengan begitu meriah dan bersih tanpa sebaran isu panas ataupun perkara-perkara pelik yang dilakukan oleh peminat fanatik.Ini merupakan acara sesi perjumpaan peminat pertama bersama artis K-Pop selepas isu salah fahamKONTROVERSI PELUK CIUM ARTIS KOREA sekitar Januari lalu.
Read more ...

20 Mac 2015

Bayi 3 bulan maut tersedak susu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber : Berita Harian
ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di sini, pagi, tadi.
Bayi perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada kira-kira jam 6 pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8 pagi.
Bayi yang berasal dari Taman Cembara, Jalan Kilang Tebu di sini, kini masih berada di HSB untuk tindakan lanjut pihak hospital dan keluarga mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Adzaman Mohd Jan, mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.



 
Read more ...

17 Mac 2015

Pemenang Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sekarang akan diumumkan pemenang bagi Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih. Kepada yang tidak terpilih , mungkin ini bukan rezeki anda. Apa - apa pun  , mari kita lihat siapakah pemenangnya!! 

Alhamdulillah , angah telah menggunakan khidmat random.org untuk membantu angah memilih 14 orang pemenang. Tahniah!! 
Sila Check Nombor Anda 

 
Hadiah : Ostematrix Pil Kalsium x 1 oleh Suhailah Hamid 


Hadiah :  Topup RM10 x 1 oleh Syafiqah Farhana

Hadiah :  RM10 x 1 oleh Fadzi Razak



Hadiah : Topup RM 5  x 2 oleh Wanrus Waniee



 Hadiah : Shawl x 1 oleh Ana Solehah


Hadiah : Topup RM5 x 1 oleh Ana Solehah


Hadiah : Keychain Sarawak + Pen x 2 oleh Nazirah Norazam



 Hadiah :  Cardigan Labuh Paras Punggung x 1 oleh Fara Hanim


Hadiah : Cash RM10 x 1 oleh Zuhaira Nasrin


Hadiah : 1 PEK ( 2 NANO SIM ADAPTER + SIM Card tray remover key + Micro Sim adapter ) x 1 oleh Isra Ismail


Hadiah :  Dress x 1 oleh  Kathy Rbain


Hadiah :  Shawl x 1 oleh  Kathy Rbain



Tahniah diucapkan kepada semua yang telah memenangi.
..........................................................

Peringatan :-

Perhatian kepada semua pemenang , anda diminta memberikan butiran -butiran berikut ke fanpage Diari Jejaka Hangat.
Nama :
Hadiah : 
No Telefon : 
 Alamat :
( * Kepada yang menang cash , sila sertakan sekali no akaun dan juga bank anda.)

Tuntutan hadiah diberi masa selama seminggu sahaja ( 7 hari ). Sebarang kelewatan tidak akan dilayan , dan bermakna hadiah anda akan diberikan kepada tuan punya blog ini. :)
 
Sekian.





     








Read more ...

Apakah air detox atau infused water??



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Apakah air detox atau infused water



Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Hn selalu buat infused water ni malam sebelum tidur. Potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni. Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi  kesihatan dan bertindak sebagai air detox ku telan saje. 
Kebaikan infused water 
Infused water ini bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. 
Selain tu : 
Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya. 
Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok.. 
Membantu untuk menambahkan metabolism badan. 
Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak. 
Resipi dan kegunaan air detox infused water 
Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja. 
Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepaladtok2Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala. 
Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman 
dtok3 
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik. 
Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
dtok4 
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak. 
Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati
dtok5

Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati. 
Air Detox untuk kempiskan perut 
dtok6 
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack.. 
dtok7dtok8Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, Hmn pun terikut nak buat. Lagi-lagi memang tengah diet yang tak berapa nak diet ni.

Sekian.


Read more ...

16 Mac 2015

Kepenatan Di Hari Isnin



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , semakin hampir ke hari terakhir dalam semester 4 , bermakna semakin penat. Baru hari pertama di minggu ke 13 , angah sudah rasa penat yang amat. Bayangkan , kelas dari pagi , memang tak berhenti. Lepas tu kena layan pelbagai lagi kerenah manusia.
Sememangnya hari isnin merupakan hari yang sangat memenatkan. Sebab apa? Sebab hari isnin kena pakai baju formal. Ya! Baju kemeja dan seluar slack seperti mahu ke pejabat. Bayangkan , sehari suntuk pakai baju tu , mungkin korang rasa , alah pakai baju kemeja je kut , tapi angah adalah student muzik. Yang perlu practice setiap instrument , bukan sekadar membuat assignment bertulis.
Satu lagi , angah tak suka hari isnin sebab ada subjek Modern Harmony. Subjek yang nampak macam best pada tajuknya , tetapi sememangnya bagi angah ianya bagaikan subjek Add Math + Prinsip Perakaunan + Bahasa Inggeris. Susah bukan? Bila dalam kelas modern harmony je , mesti kepala angah macam dah berserabut.
Apa -apa pun angah rasa , hadapi je semua dugaan ini. In shaa Allah , lagi sikit je nak habis semester 4 ni. Chaiyokk!! 
 
Read more ...

Terima Kasih Semua Blogger..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Suka citanya dimaklumkan bahawa Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 telah pun tamat pada jam 12.30 malam kelmarin. Terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang telah memeriahkan giveaway kali ini.
Alhamdulillah , giveaway ini telah berjaya mencapai sasaran apabila hampir 100 blogger telahpun menjadi peserta giveaway ini. Sememangnya , angah risau juga tentang giveaway ini memandangkan angah sekarang ini masih dalam kuliah. Tetapi alhamdulillah , segalanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua blogger yang sudi sertai Giveaway ini. In shaa Allah pemenang bakal diumumkan dalam masa terdekat. 
Read more ...

15 Mac 2015

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




GIVEAWAY DAH TAMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding 
 

Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!
Update : 


Read more ...

14 Mac 2015

Keroncong Team !!



Assalamaualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak bercerita tentang Keroncong. Rasanya semua orang tahu bahawa keroncong merupakan salah satu genre muzik yang terdapat dalam muzik asli malaysia. Untuk pengetahuan anda semua , dalam subjek Malaysian Music 4 , angah perlu belajar tentang cara keroncong di mainkan.
Di dalam satu kumpulan keroncong , terdapat 6 instrument iaitu ; -
1. Cak ( Ukulele )
2. Cuk ( Ukulele)
3. Double Bass
4. Cello
5. Acoustic Guitar
6. Voice
7. Melody Instrument

Sememangnya ketika di semester pertama , kedua dan ketiga , angah paling risau bila mana akan belajar keroncong. Sebab apa? Sebab angah langsung tak reti main instrument yang bertali , contohnya gitar. Dalam 6 instrument tersebut , hanya voice dan melody instrument sahaja yang bukan bertali. Angah risau , tentang bagaimana kelas akan berlaku , bila angah tak reti main apa -apa  alat bertali?

Alhamdulillah , angah akhirnya boleh bermain double bass. Tetapi , malangnya untuk exam , angah perlu main melody instrument iaitu Flute. Nasib baik ketika di semester ketiga , dalam subjek Malaysia Music 3 , angah perlu bermain Flute untuk muzik asli melayu. Alhamdulilah , jadi angah dapat satu kelebihan di situ.
Peperiksaan Amali Akhir

Untuk peperiksaan amali akhir , setiap kumpulan perlu mempersembahkan 3 buah lagu yang mempunyai pelbagai variasi skill permainan keroncong.
Untuk kumpulan angah , kami telah memilih lagu :-
1. Patah Seribu - Shila Amzah
2. Titanium - David Guetta
3.  Keroncong Untuk Ana - M. Nasir

Alhamdulillah , buat masa sekarang untuk latihan  , segalanya berjalan dengan lancar. Harapannya semoga di hari peperiksaan amali nanti , group angah dapat lakukan persembahan terbaik dan lancar.
Sekian. 
 
 
 
 
 
 

 

Read more ...

Lagi Satu Hari !! BLOGGER !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Excitednya angah hari ini apabila angah nak umumkan hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 akan ditamatkan. Alhamdulillah. Ramai peserta yang telah join. Terima kasih diucapkan kepada semua yang join.
Kepada yang belum join , ini mungkin adalah masanya untuk anda sertai giveaway angah ini. Ini merupakan giveaway pertama di tahun 2015 ini. Mungkin pemenang kali ini akan dimenangi oleh anda??
Apa - apa pun angah harap agar semua orang dapat sertai dan menabah kenalan daripada giveaway ini. In shaa Allah angah harap agar semua orang dapat kelebihan daam giveaway ini. 
 
Read more ...

11 Mac 2015

Tekanan Memuncak !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , hari ini angah sempat untuk meluangkan masa bersama blog. Memandangkan ada gap kelas selama dua jam , jadi dapatlah angah menghasilkan beberapa entry.
Sekarang sudah masuk minggu ke sebelas dalam minggu pengajian angah. Untuk satu semester terdapat 14 minggu. Bermakna sekarang hanya tinggal lagi 3 minggu sahaja lagi untuk angah menyelesaikan semester kali ini.
 Bagi angah sendiri , semester 4 ini sangat susah. Susah dari segi pelbagai perkara. Sama ada dalam kerja , subjek yang angah ambil , dan juga perangai rakan-rakan. Sememangnya pelbagai rintangan telah angah lalui sepanjang 10 minggu di semester ini.
Di minggu ke sebelas ini , angah mengalami beberapa tekanan daripada beberapa subjek. Ada banyak subjek yang memerlukan angah untuk menghantar lagu yang direka sendiri. Ada juga subjek yang memerlukan angah untuk prektis beberapa jam sehari. Sememangnya yang paling penting ialah pengurusan masa.
Apa -apa  pun angah harap agar semester ini akan menjadi salah satu kenangan terindah dalam episod pengajian angah. Orang kata zaman belajar lah yang paling best , in shaa Allah angah akan jadikan zaman belajar angah sebagai zaman yang best. 
 Sekian.
Read more ...

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Read more ...