30 April 2015

You'll Never..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

You'll never be brave if you don't get hurt.
You'll never learn if you don't make mistakes.

You'll never be succesful if you don't encounter failure. 


Sekian.
Read more ...

29 April 2015

Wordless Wednesday 42 : Feel Useless ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Sometimes I feel useless 
but then I remember I 
breathe out carbon dioxide for plants."


Read more ...

Siapa itu Mawar Rashid?


mawar rashid , gst , gst , mawar , dewi remaja

Siapakah Mawar Rashid?

Kecoh dunia hiburan negara apabila ada seorang peserta sebuah rancangan realiti , telah membuat satu kejadian lawak. Peserta tersebut dikenali dengan nama Mawar Rashid , telah ditemu ramah, beliau  gagal memberikan makna penuh GST. Akibatnya, Mawar telah dicop sebagai ‘beauty without brain’ atau dalam bahasa Melayunya ‘cantik tapi tak ada otak’.

BiODATA MAWAR RASHID

Nama : Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid
Tarikh Lahir : 30 April 1995
Umur : 20 Tahun
Asal : Selangor
Bakat : Modeling




Mawar dihentam oleh banyak pihak. Akhirnya Mawar Rashid telah memberikan penjelasannya di akaun Instagramnya yang berbunyi :-

Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys??peace no war

Kesimpulannya :-

Sebagai seorang yang baru masuk ke industri hiburan , ini adalah satu pengajaran buat Mawar Rashid , kerana tersalah berkata-kata , habislah dunia yang baru hendak bermula. Dan juga kepada anda diluar sana , daripada mencari kesalahan orang lain , lebih baik anda mencari kesalahn diri sendiri terlebih dahulu.
 
Read more ...

SEGMEN REVIEW BLOG BY LON@




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah tertarik untuk menyertai segmen review blog. Dah lama blog angah tidak di review oleh sesiapa pun. Mengapa angah nak join segmen ini? Sebab angah nak tahu pendapat orang berkenaan blog angah ni.

Senang je caranya nak join segmen ini. Anda hanya perlu klik banner di atas dan terus ke entry segmen. jom sama-sama sertai segmen ini. 
Read more ...

LIFE is short..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Life is short. break the RULES
 FORGIVE quickly, 
KISS slowly , LOVE truly , 
LAUGH uncontrollably , 
and NEVER REGRET
 anything that made you smile.


Sebagai seorang manusia , janganlah kita menganggap bahawa perjalanan hidup itu sangat panjang. Percayalah bahawa kehidupan ini hanyalah sementara. Buat apa nak risau jika ianya hanyalah semestara ,masih ada dunia yang menanti kita di kemudian hari. Apa yang penting, lalui tiap-tiap hari dengan perkara yang kita suka..
Sekian. 
Read more ...

28 April 2015

Tak Sempat..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tempoh hari, angah baru sahaja ke suatu event di pelbagai tempat. Kalau anda perasan, angah tak banyak update entry pada hari sabtu , ahad dan juga isnin. Semuanya disebabkan angah tidak membawa laptop untuk update entry.
Angah datang ke SHAH ALAM dengan hanya mebawa phone sahaja. Update blog menggunakan phone? Menang angah tak reti nak menggunakan phone. Suatu masa dahulu , angah pernah guna phone untuk update blog , tapi bila publish , entry jadi teruk.

Jadi angah mengambil keputusan untuk hanya update blog menggunakan laptop sahaja. Macam mana angah update entry ini? Angah menggunakan komputer di library. Senang je. Hahaha.
Sekian. 
 
 
Read more ...

27 April 2015

Berjimat Cermat Ketika Sedang Susah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berjimat Cermat





Di waktu sekarang yang masyarakat sedang runsing akan harga barangan yang melampau-lampau. Angah percaya perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan berjimat-cermat. Bukanlah sesuatu yang baru , tetapi angah rasa ia merupakan cara yang paling baik untuk anda menghadapi cabaran.


Tips ringkas untuk berjimat cermat dalam 
mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga:

  1. Berbelanja dengan wang tunai berbanding dengan kad kredit. Elakkan terus penggunaan kad kredit jika tidak perlu.
  2. Tetapkan kos bulanan untuk belanja keperluan rumah dan haruslah berdisiplin dengan ketetapan tersebut. 
  3. Beli barang keperluan secara pukal untuk mengurangkan kos pengangkutan, bayaran parkir kereta dan yang paling baik boleh menjimatkan masa.
  4. Membuat perbandingan harga antara pasaraya atau peniaga dan catatkan untuk panduan masa hadapan.
  5. Membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.
  6. Berkongsi kereta ke tempat kerja jika sehaluan atau menggunakan pengangkutan awam jika lebih menjimatkan kos dan masa.
  7. Membiasakan diri menyimpan rekod-rekod perbelanjaan, seperti bil atau resit untuk rujukan pada masa depan. Catatkan satu nota lengkap dengan kedai, harga barangan untuk membuat perbandingan.
  8. Pastikan suis elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan rumah. Masak ikut keperluan sahaja supaya tidak membazir.
  9. Melatih diri untuk menabung dan secara tidak langsung dapat melatih anak-anak untuk menabung.
  10. Belajar membezakan keperluan dan kehendak supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang kadangkala merugikan sahaja.
  11. Buat senarai barang-barang yang hendak dibeli untuk mengelakkan kita dari lupa dan berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
  12. Pastikan perut kenyang sebelum keluar rumah boleh mengurangkan keinginan untuk membeli barang.
  13. Membeli belah pada waktu santai. Elakkan membeli ketika anda sibuk dan boleh menyebabkan kurang fokus sehingga barang yang sepatutnya dibeli tidak dibeli.
  14. Simpan baki makanan di dalam peti ais bagi mengelakkan ia rosak dan boleh bertahan lama jika disimpan dengan baik.
  15. Menyediakan menu untuk seminggu supaya kita boleh merancang barang-barang mentah yang hendak dibeli.

Kesimpulannya ,

Belajar berjimat cermat sangat bagus untuk menjadikan kehidupan kita bertambah ceria di mana waktu dan ketika sekarang , agak sukar untuk kita senyum apabila melihat dompet yang semakin kosong.

Sekian. 
Read more ...

26 April 2015

Membeli Belah di Atas Talian (Online)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sudah menjadi trend membeli belah zaman sekarang ini. Bukan sahaj boleh membeli belah di luar rumah , tetapi dengan hanya menggunakan laptop dan juga internet , anda juga boleh menjadi pembeli belah yang hebat!! Terdapat pro dan kontra di dalam cara anda membeli belah.
Di sini , angah kongsikan dengan anda kebaikan dan keburukan apabila membeli barang di online. 

Kebaikan Membeli Belah Di Atas Talian (Online)


1.Para pembeli dapat membeli barangan yang diingini tanpa perlu keluar dari rumah dan menghabiskan masa mencari barangan tersebut. 
2. Para pembeli berpeluang membeli baranagn yang sukar didapat di kawasan mereka tinggal. 
3. Peniaga dapat menawarkan harga jualan yang lebih rendah kerana tiada kos sewa kedai/tapak jualan. Urusniaga boleh dilakukan terus dari rumah sahaja. 
4. Para pembeli berpeluang meninjau lebih banyak pilihan barangan dan membuat perbandingan harga kerana katalog atau barang yang dijual dipaparkan melalui platform media sosial atau laman web sahaja. 
5.Pembeli berpeluang membeli barangan yang sukar di dapati di pasaran tempatan, contohnya membeli terus dari luar negara. 
6.Barang yang dibeli akan terus dihantar ke rumah oleh kurier selepas urusniaga dijalankan di antara penjual dan pembeli.


Kekurangan Membeli Belah Di Atas Talian


1. Pembeli kurang brpuas hati kerana tidak dapat melihat atau merasa sendiri kualiti produk yang dijual di atas talian. 
2. Terdapat kemungkinan bahawa par.a pembeli akan mendapat produk yang berbeza daripada gambar yang dipaparkan penjual. 
3. Jika pembeli mendapat barangan yang telah rosak atau prosuk yang salah , proses menuntut ganti rugi atau mendapatkan semula produk yang betul akan memakan masa. 
4. Pembeli harus menunggu selama beberapa minggu jika menginginkan barangan yang perlu ditempahd ari luar negara atau hanya dihasilkan apabila ditempah. 
5. pembeli atau penjual terdedah kepada kes penipuan yang melibatkan produk tiruan, transaksi bayaran atau kualiti sesuatu produk.







Read more ...

25 April 2015

10 Kebaikan dan Kelebihan Buah Naga (Dragon fruit)


Assalamualaikum dan salam sejahtera




10 Kebaikan dan Kelebihan Buah Naga (Dragon fruit)

Salah satu buah yang angah suka ialah buah Naga. Pada pertama kali angah melihat buah ini , ya! Angah suka akan wananya dan juga bentuk yg unik. Ditambah lagi dengan nama buahnya iaitu buah naga. Ayah angah sendiri pernah menanam pokok buah Naga di rumah angah , dan Alhamdulillah , dapat juga merasa hasil tanaman sendiri.
Oleh itu , angah nak kongsikan dengan anda semua khasiat dan kelebihan buah naga. 

 1. Menurunkan kadar gula di dalam darah dan mencegah diabetes.

Buah naga merah mengandungi gula sederhana yang sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabeter. Kajian mendapat bahawa amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukose di dalam darah.

2. Melancarkan sistem pencernaan dan menyihatkan jantung.

Buah naga merah mengandungi serat yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang ada masalah. Digalakkan juga untuk mereka yang sedang diet untuk memakan buah naga. Serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuatkan vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

3. Meningkatkan nafsu makan

Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Ini adalah kerana di dunia perubatan kedua-dua vitamin tersebut sering digunakan untuk menambah nafsu makan khususnya untuk proses penyembuhan sakit. 

4. Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Kekebalan tubuh kita akan menjadi lebih kuat jika vitamin C dalam tubuh telah dipenuhi. Hal ini adalah kerana buah naga merah mengandungi banyak vitamin C, oleh itu buah naga boleh dijadikan sebagai alternatif untuk pengambilan vitamin C terhadap tubuh kita. Kekebalan dan kekuatan tubuh selalunya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

5. Memperkuatkan tulang dan gigi

Kandungan fosforus dan kalsium pada buah naga adalah sangat bagus untuk memperkuatkan tulang dan gigi. Sepertimana yang kita tahu bahawa tualng dan gigi sangat memerlukan kandungan fosforus dan kalsium yang mencukupi supaya tulang dan gigi kita sihat.

6. Merawat kesihatan kulit.

Manfaat dari pada buah naga yang berikut ialah berguna untuk merawat masalah kulit. Vitamin C yang terdapat di dalam buah naga merah juga digunakan untuk merawat masalah kulit. Iaitu dengan cara membuat ianya menjadi sebagai mask. Carany ialah dengan mengupas kulit buah naga dan mengambil isinya lalu blend sehingga halus. Masukkan ke gelas dan ambil airnya lalu dioleskan ke wajah anda. Mask ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan juga bekas jerawat. 

7. Membantu melambatkan proses penuaan diri.

Buah naga mengandungi antioksida yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat yang terdapat dala buah naga akan mengeluarkan racun dengan efektif.

8. Rendah Lemak

Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Biji-biji tersebut merupakan lemak yang baik untuk kesihatan kerana boleh menurunkan kadar klestrol dan menghilangkan kolestrol yg jahat. 

9. Menurunkan Kadar Kolestrol Darah

Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol di dalam tubuh badan. Dengan mengamalkan memakan buah naga secara teratur makan ianya akan membantu menurunkan  kadar kolestrol dalam darah dan melancarkan peredaran darah dan jantung.

10. Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan

Di dalamnya terkandung berbagai zat yang baik untuk tubuh badan seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, vitamin C, fosforus dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan. 

Kesimpulannya,

Setiap apa yang dicipta oleh Allah S.W.T mempunyai kelebihan masing-masing.Cuba anda bayangkan dengan hanya sebiji buah , mampu menyelamatkan manusia? Sebiji buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan. 

Sekian. 




Read more ...

24 April 2015

The Truth About Succes


Assalamualaikum dan salam sejahtera

kejayaan, berjaya, gagal, kehidupan , pelajar


The Truth About Succes


Bercakap tentang kejayaan, ramai yang telah mencapainya. Mungkin bukan kejayaan yang diidamkan , tapi apa- apa sahaja kejayaan yang anda pernah dapat. Gembira bukan? Apabila kejayaan terus kita dapat , seharian akan rasa gembira , mungkin juga sebulan.. dan selamanya rasa gembira.

Tapi , angah percaya di sebalik kejayaan yang anda terima tersebut , pelbagai cabaran dan dugaan yang anda telah hadapi. Adakah orang yang dapat kejayaan tanpa melakukan apa-apa? Mungkin , ia adalah satu kurniaan yang istimewa. Tapi , cabaran dan dugaan yang membuatkan kita rasa puas apabila menerima kejayaan.

Betul atau tidak??


Angah nak cerita tentang bagaimana angah mendapat kejayaan. Kejayaan yang angah nak cerita adalah ketika UPSR , haha iaitu ketika di tahun 2007. Di darjah 6 , hampir setiap hari angah buat study group dengan rakan-rakan yg tinggal berdekatan dengan rumah. Kami akan mencari pelbagai soalan untuk disiapkan.
Kemudian , di sekolah pula , setiap apa yang cikgu ajar , kami sedaya upaya fahamkan. Peperiksaan awal tahun , result yang angah dapat tak seberapa. Banyak yang perlu diperbaiki. Takpa, angah cakap dalam hati , jangan mengalah. Kemudian tingkatkan lagi usaha. Di pertengahan tahun , ada penambahbaikan dalam result.
Kemudian , ibu bapa kena dtang berjumpa guru , kemudian meletakkan target untuk UPSR. Berdasarkan apa yang angah dapat pada peperiksaan pertengahan tahun, target yang diberikan ialah 4A 1B. Jauh di sudut hati angah , angah inginkan 5A bukannya 4A 1B sahaja.
Alhamdulillah , hasil study group , tuisyen kelas malam , dan macam-macam lagi usaha , peperiksaan percubaan , angah mendapat 4A IB.  Kemudian apabila sudah menghampiri peperiksaan sebenar , study group di adakan juga , latihan bertubi-tubi diberikan dibuat bersama-sama. Alhamdulillah  semua yang study group bersama mendapat keputusan yang cemerlang. Angah telah mendapat 5A dalam UPSR , dan ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Kesimpulannya,

 
Setiap kejayaan yang kita terima , sudah semestinya datang dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi. Kerja keras dan usaha yang membuahkan hasilnya. Cerita yang angah tulis diatas bukanlah untuk bermegah-megah tetapi untuk menceritakan bagaimana kejayaan akhirnya dapat diperoleh.

Bagaimana dengan cerita anda?

 

 
 



Read more ...

Cincin tersekat di jari??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah nak kongsi dengan anda , cara mudah untuk mengeluarkan cincin yang tersekat di tangan. Macam mana boleh tersekat? Adakah cincin itu mengecil? Atau jari anda membesar? kalau jari anda membesar , kurangkan makan , anda perlu diet. Jika cincin itu mengecil , itu adaah masalah besar!!
Penyelesaiianya , hanya menggunakan benang sahaja , anda sudah terlepas daripada masalah tersebut.
Sekian. 
 

Read more ...

23 April 2015

Kelebihan Bedak Sejuk



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelebihan Bedak Sejuk


Malam semalam , angah telah mencuba memakai bedak sejuk. Dulu masa angah kecil , angah selalu melihat arwah nenek angah memakainya. Apa yang lebih menarik ialah nenek angah sendiri yang membuat bedak sejuk tersebut. Sampai sekarang angah bangga kerana nenek angah mampu membuat pelbagai jenis benda dengan sendiri.
Zaman sekarang , banyak produk kecantikan dapat dilihat giat dipromosikan. Sama ada di kaca televisyen mahupun di media sosial dan juga media cetak. Lambakan produk kecantikan ini memberikan satu tanda tanya , produk mana yang berkesan?
Jadi , apakata kita kembali ke petua orang-orang terdahulu. Ya , mereka tidak memakai produk kecantikan lain , melainkan hanyalah bedak sejuk. Itulah satu-satunya produk yang digunakan untuk menjaga kulit mereka. Oleh itu , mari kita lihat kelebihan bedak sejuk.

  1. Melicinkan muka
  2. Memberi kesegaran pada kulit
  3. Mengurangkan kadar pengeluaransebum/minyak pada kulit
  4. Menanggalkan sel kulit mati
  5. Ia membantu sejukkan kulit
  6. Membersih dan menegangkan wajah. 

Mungkin ada yang akan menganggap bahawa bedak sejuk sudah tidak relevan untuk dipakai , tetapi bagi pendapat angah , ianya lebih baik daripada menggunakan produk-produk kecantikan di luar sana , yang mungkin akan memberikan kesan buruk pada muka anda.

Sekian. 
Read more ...

Yang Perlu Kita Lakukan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak share dengan anda semua , tentang antara beberapa perkara yang perlu kit praktikkan di dalam kehidupan seharian. Semuanya, bagi angah sendiri ialah simple sahaja , tetapi kadang-kadang ada yang angah tak buat.
In shaa Allah , selepas kita praktikkan , kita akan dapat apa yang kit inginkan. In shaa Allah. 

Sekian. 

Read more ...

Jika ianya dilaksanakan di Malaysia??




"In Japan, for the train to arrive late is an extremely rare event, but when it happened, they took it very seriously, as the train conductors walked around anda personally apologized to every one of us instead of just announcing it on the mic, but that's not the best part!
Because the delay was just over 5 minutes, they actually handed each of us printed "Proof of Lateness" slip so that you could show it to your boss or school to know it was not your fault being late, saving you the embarrassment of excuses. Nation of manners overdose."

Ia bukanlah sesuatu yang baru rasany , kerana negara Jepun memang terkenal dengan menepati masa. Mereka bukan sahaja sangat berdisiplin tetapi juga sopan dan menghormati orang lain.  Dalam kartun Doraemon pun dapat ditunjukkan sikap menepati masa , apabila Nobita selalu datang lambat ke kelas , dia akan di denda. Bayangkan bagaimana pulak sikap rakyat di seluruh negara itu?

Malaysia Boleh Lakukan Jugak!!
Jika ianya dilaksanakan di Malaysia, mungkin akan berlaku perkara lain pulak. Contohnya , jika tren tersebut lewat , dan setiap penumpang diberikan slip. Nescaya selepas itu , slip tersebut akan di PHOTOCOPY untuk digunakan hari lain.
Jika ianya dilaksanakan di Malaysia , nescaya banyak slip yang kan diberkan , kerana tren di Malaysia selalunya LEWAT. Penat nak menunggu di dalam tren.
Jika ianya dilaksanakan di Malaysia , angah rasa lebih baik kalau sikap menepati masa di ajar dari awal dan dipraktikkan , in shaa Allah produktiviti semuanya akan meningkat.
Kesimpulannya, 

Selagi mana wujudnya pernyataan "Janji Melayu" , maka susah untukianya berlaku. Apabila semua orang sudah sebati dengan apa yang dikatakan sebagai janji melayu, angah rasa sangat mustahil untuk ianya dilakukan. Apa yang paling penting , ubahlah sikap anda , in shaa Allah , perkara yang positik akan berlaku.
Read more ...

22 April 2015

Masalah Modem Wifi !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masalah ini hanya terjadi sekejap sahaja. Segalanya dapat diselesaikan dalam masa satu hari, alhamdulillah. Masalah apa?

Semalam , pada sebelah malam , angah dapati modem wifi di rumah telah rosak. Angah tak tau apa masalahnya , tapi angah seidh. Sebab ianya telah membuatkan angah di dalam masalah untuk update blog dan juga beronline.
Nasib baik , hari ini segala-galanya telah kembali pulih seperti sedia kala. Rupanya modem tersebut idak rosak , tetapi ada masalah kecil pada wayar. Nasib baik dah tukar , dan akhirnya akses kepada internet dapat di sambung. Alhamdulillah. 
 
Sekian.
Read more ...

21 April 2015

Drama Hati Perempuan Best Sangat ke?

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Hati perempuan, drama, tv3, drama klise


Mustahil untuk angah katakan , bahawa angah pengikut drama ini. Sebenarnya , angah langsung tidak tengok drama ini. Bukannya apa , drama ini disiarkan pada jam 7 petang sehingga 8 malam. Angah rasa anga tak boleh nak tonton drama ini pada waktu itu , tambahan pula waktu Maghrib.
Seperti biasa , melalui sinopsis sudah dapat diagak bagaimana jalan cerita. Kisah klise' watak lelaki kaya yang ego bertemu dengan wanita biasa yang tegas, tetapi kemudiannya berjaya menjatuhkan ego lelaki terbabit sehingga perasaan benci bertukar cinta dan sayang.


Sinopsis Drama Hati Perempuan

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia Tv3.

Mengapa anda suka drama ini?

Angah masih tak faham kenapa anda , terutamanya wanita, suka menonton drama ini? Yang jalan ceritanya hampir sama dengan drama-drama yang lain?

Sila berikan jawapan anda .. 
Read more ...

Ketahui Khasiat Pokok Rambutan


demam, ulser,kencing manis,cirit-birit

Khasiat Pokok Rambutan

Khasiat Buah Rambutan | Rakyat Malaysia sememangnya menyukai buah rambutan. Bila mana datangnya musm buah rambutan , ianya bagaikan pesta, kerana buah itu digemari oleh setiap orang. Bukan sahaja boleh dimakan , ianya juga boleh dibuat sebagai jem , jus dan pelbagai lagi.
Tetapi tahukah anda pokok rambutan juga mempunyai fungi lain untuk kehidupan manusia? 
Rambutan ialah salah satu buah-buahan yang boleh diguna untuk pelbagai jenis cara , bukan sahaja pada buahnya tetapi juga dari kulit , daun, biji , dan juga akar, yang berfungsi sebagai ubat untuk sakit demam, cirit-birit, ulser, sehinggalah ke pengakit kencing manis , dapat dipulihkan dengan menggunakan ramuan yang betul. Bahagian pokok rambutan yang boleh digunakan ialah ; kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya.
cirit-birit,ulser , kencing manis

Kelebihannya mengikut bahagian pokok :-
Kulit buah : untuk mengatasi masalah cirit-birit dan juga demam
Kulit kayu : untuk mengatasi masalah ulser
Daun : Untuk mengatasi masalah demam
Biji : Untuk mengatasi masalah kencing manis. 

Cara menggunakan :-

Untuk masalah cirit-birit :-
Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan 3 gelas minum air bersih, lalu rebus sampai menjadi 1 gelas, minum 2 x sehari. 
Untuk sakit demam:-
Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan 3 gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Minum 3 x sehari. 
Untuk menghitamkan rambut beruban :-
Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi adunan bubur. Perah dan tapis dengan kain, Gunakan untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sehinga hasilnya menjadi. 
Untuk kencing manis :-
Goreng tanpa minyak biji rambutan (lima biji), lalu tumbuk sehingga menjadi serbuk. Siram dengan satu mangkuk kecil air panas. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Lakukan 1–2 kali sehari. 
Untuk sakit Ulser :-
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat.

Kesimpullanya , pokok rambutan mempunyai pelbagai fungsi , bukan sekadar buahnya yang manis dan lazat, tetapi juga bahagian pokoknya yang lain juga dapat dijadikan penawar untuk pelbagai penyakit. Itulah kehebatan makhluk ciptaan Allah S.W.T.







Read more ...

20 April 2015

Writer's Block : Cara mengatasinya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Writer's Block : Cara mengatasinya..


Pernahkah anda mengalamai pengalaman di mana anda tiada idea untuk menghasilkan entri? Pernah kah anda apabila mahu menulis sesuatu di blog , tetapi secara tiba-tiba idea itu hilang?
Tahniah!!

Kerana anda telah mengalami apa yang dikatakan sebagai Writer's Block. Seperti angah sendiri , buat masa sekarang angah tiada idea untuk menulis tentang apa , jadi alang-alang sudah tiada idea , mari kita bercerita tentang Ketiadaan Idea.

Apa cara yang anda lakukan untuk mendapatkan
 IDEA atau permulaaan untuk menulis entri anda?


1. Angah akan melihat entri orang lain, komen di entri rakan-rakan blogger dan juga scroll entri-entri mereka yang terdahulu. Ianya bukan sahaja mendatangkan idea tetapi juga dapat mengisi masa lapang.
2.  Bila angah tiada idea , angah akan buka laman web yang berkaitan berita sensasi, sama ada akhbar online , web hiburan online , ataupun web informasi. Kadang-kadang muncul idea tatkala kita melihat apa yang ditulis di laman web tersebut.
3. Bila idea tiada , angah akan buka facebook , instagram , twitter dan sebagainya. Kerana apa? Di laman2 tersebut , sesuatu yang viral pastinya senang untuk kita lihat. Jadi, apa lagi tunggu? Sebarkan apa yang dikatakan viral tetapi pastikan ianya benar-benar sahih dan bukannya berita palsu. 
4. Bila kekeringan idea , tutup laptop atau tab anda.Kerana apa , kadang-kadang bila kita berada di hadapan laptop , kita akan berasa malas untuk menggunakan otak untuk mencari idea. Jadi , lebih baik lakukan aktiviti lain.
5. Akhir sekali , angah akan  membuat perkara yang angah suka. Contohnya , bermain muzik, jadi disitu, kita sudah tidak fikirkan tentang blog lagi. In shaa Allah  , selepas itu kita akan mendapat ilham.
 



Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA.



Assalamualaikum dan salam sejahtera

PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA.


Kebanyakan ibu bapa zaman kini , mementingkan anak-anak mereka untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan. Peperiksaaan itu lebih penting daripada perkara lain. Asalkan anak -anak mendapat nombor yang baik dalam peperiksaan , ianya sudah cukup bagus.

"Papa dengan mama nak kamu dapat nombor satu dalam darjah!! Kalau kamu dapat nombor 1, nanti papa ngn mama beli iPhone 6+. Faham?!!" 
Memandangkan sistem persekolahan di negara kita ini lebih kepada berorientasikan peperiksaan. Cara untuk mengukur tahap keberhasilan pelajarnya adalah dengan peperiksaan. Sesiapa yang dapat keputusan yang bagus , dialah yang menjadi kebanggaan.
"Anak saya dapat 9A+ , itulah buktinya dia pandai. Anak awak? Apa??!! 9E??Kahkahkah." 
Bagi anagh , setelah melalui peperiksaan tersebut , angah rasa ianya bukanlah pengukur sebenar tahap kepandaian seseorang. Pendapat angah ialah peperiksaan seperti UPSR,PMR/PT3,SPM adalah sebagai batu loncatan untuk ke tahap yang lebih baik.

"Ali seorang pelajar UPSR , akhirnya mendapat 5A , Beliau ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh. Kemudian mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 dan juga SPM. Akhirnya ditawarkan untuk sambung pelajaran ke luar negara. "
Daripada situasi di atas , angah rasa peperiksaan itu sebagai satu loncatan pelajar itu untuk ke tahap satu lagi.

TAPI!!!

Tak bermakna seseorang yang gagal dalam peperiksaan tersebut bermakna dia sudah gagal dalam hidup. Angah ada je kawan2 yang gagal dalam peperiksaaan tapi kini sudah berjaya dalam hidup. Lagi berjaya daripada angah. 

Nasihat angah , tak perlu nak judge pelajar dengan berlandaskan pada peperiksaan sahaja. Sebab apa , mungkin ada seseorang itu dapat keputusan bagus dalam peperiksaaan tapi , di kehidupannya? Mungkin perangai dan sikapnya yang teruk, berbanding dengan pelajar yang kurang bernasib baik.
Read more ...

Telefon Pintar LENOVO anda Original atau Tidak ??!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


palsu , original

Untuk entri edisi kali ini , angah nak kongsi dengan pengguna telefon pintar yang sama seperti jenama yang angah gunakan iaitu LENOVO. Angah merupakan pengguna Lenovo sejak akhir tahun 2014. Angah rasa berpuas hati dengan telefon yang angah sedang gunakan. Jadi , angah nak share dengan pengguna Lenovo berkenaan cara mengetahui sama ada telefon pintar anda itu original atau tidak.
Sememangnya telefon pintar merupakan satu gadget yang sudah menjadi kemestian bagai kehidupan manusia pada zaman kini. Mempunyai telefon pintar yang berkualiti merupakan satu perkara yang diutamakan. Malangnya , dengan harga yang mahal , mampukah anda? 
Kini , pelbagai telefon pintar dengan pelbagai jenama dipamerkan dengan harga yang murah. Telefon jenama Lenovo buat masa sekarang harganya sangat murah dan boleh dimilik oleh sesiapa sahaja. Lenovo yang merupakan syarikat China menawarkan harga yang agak tinggi , tetapi apabila di Malaysia , harganya lebih murah berbanding yang di cadangkan oleh Lenovo.
Untuk pengetahuan anda , telefon Lenovo yang terdapat di pasaran mempunyai dua jenis iaitu set AP dan juga original.Perbezaan yang ketara daripada dua jenis set ini dapat dilihat daripada segi jaminan , dan juga kemaskini firmware. Antara perbezaan lain yang dapat dilihan ialah sepeti bahasa , pembungkusan ,cap SIRIM dan sebagainya.

Oleh itu , sekiranya anda ingin membeli di pasaran , anda dapat mengesan melalui harga bagi set AP lebih murah berbanding set original. Lebih baik , anda tanya pada penjual tentang keoriginalan dan pelbagai lagi untuk ketahuan keasliannya. 

Cara lain yang anda boleh lakukan ialah melalui web.


 Anda perlu buka laman web Lenovo dahulu iaitu http://mobilesupport.lenovo.com/my/ms/warrantylookup


Buka telefon pintar Lenovo anda untuk mendapatkan nombor IMEI.
Cara untuk mendapatkan nombor IMEI ialah , tekan *#06# . Nombor IMEI anda akan terpapar pada skrin paparan.Untuk sesetengah telefon , ia akan memberikan dua nombor IMEI yang berbeza. Ianya adalah untuk telefon pintar Lenovo yang boleh digunakan dengan 2 kad sim.
 Masukkan nombor IMEI tersebut ke dalam laman web tersebut.

Klik pada CHECK WARRANTY /SUBMIT. Pemberitahuan  berkenaan tarikh jaminan , status dan sebagainya akan dipaparkan selepas itu.
 Selesai. Anda boleh lihat keaslian telefon Lenovo anda dan sekiranya mempunyai masalah, anda boleh hantarkannya untuk diperbaiki di pusat perkhidmatan Lenovo yang terdapat di seluruh Malaysia.
Sumber : PC 
Read more ...

19 April 2015

11 Fakta Menarik Tentang Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Nama Dato’ Siti Nurhaliza sudah tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Pada 1 April yang lalu, genap 20 tahun pembabitan anak jati negeri Pahang itu bergelar seorang penyanyi atau penghibur.
Pelbagai kemenangan dan pengiktirafan telah pun dikecapi dalam bidang nyanyian malah sehingga kini Siti Nurhaliza terus aktif dan tidak dinafikan peminat sentiasa memberi sokongan penuh terhadapnya.
Sebagai antara anak seni yang sangat dikagumi dan dihormati, pasti anda selaku peminat setia Siti Nurhaliza mahu mengenalinya dengan lebih dekat.
Jom kita lihat 11 perkara yang anda perlu tahu mengenai Dato’ Siti Nurhaliza:
1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.
2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.
3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.
4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.
5. Sangat menggemari warna hijau.
6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.
7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)
8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.
9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.
10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.
11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.
Sumber: Portal Murai

Read more ...

Music speaks what cannot be expressed




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Music speaks what cannot be expressed soothes the mind and gives it rest heals the heart and makes it whole flows from heaven to the soul."
Sekian.
Read more ...

18 April 2015

Pelbagai KUPON hanya di iprice !!!?




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi angah telah menceritakan tentang kelebihan dan apa yang menarik di iprice!! Kali ini , angah nak cerita tentang apa lagi yang ada di iprice. Sememangnya bagi angah , bila berbelanja di iprice , ianya berbaloi kerana setiap barang yang diperlukan ada disana.

 Jenama yang terdapat di dalam iprice



Di dalam gambar di atas , ialah beberapa jenama yang terdapat di dalam laman web iprice. Sungguh banyak bukan? Jenama yang menarik , yang sememangnya berkualiti!

Kategori yang terdapat di dalam iprice


Dalam gambar ini pulak , memperlihatkan beberapa kategori barang atau jenis barang yang terdapat di dalam iprice. Sememangnya iprice merupakan laman web yang lengkap dengan pelbagai informasi yang kita perlukan.

KUPON?? 



Apa yang menarik , di iprice , terdapat juga kupon -kupon dari syarikat -syarikat beli belah online lain seperti Zalora , Lazada dan lain-lain. Sememangnya yang paling dinanti-nantikan sudah semestinya kupon , kerana kita dapat berbelanja dengan lebih menarik dengan adanya kupon.
Jadi , apa lagi tunggu?

Berminat? Lawati :- 

Laman Web : http://iprice.my/shop/
Facebook : https://www.facebook.com/ipriceMalaysia

Twitter :  https://twitter.com/ipriceMY

Sekian. 


Read more ...

CLARINET : Alat Muzik Orkestra ..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

clarinet , malaysian , music

Rasanya sudah lama angah tak ceritakan tentang CLARINET. Di dalam gambar di atas , ialah beberapa jenis clarinet yang terdapat di muka bumi ini. Ya , angah belajar main clarinet ketika di universiti. Semuanya bermula ketika di semester pertama , apabila setiap pelajar semestinya mempunyai satu instrument wajib. Jadi , angah memilih Clarinet.
Dalam banyak -banyak jenis clarinet dalam gambar diatas,yang angah pernah main hanyalah Bb Clarinet dan juga Bass Clarinet. Hanya dua itu sahaja , kerana alat clarinet yang lain , angah tak pernah jumpa lagi. Mungkin suatu hari nanti angah akan cuba segala jenis clarinet yang ada.
Sebenarnya , Clarinet bukanlah alat muzik orkestra pertama yang angah kenal dan belajar main. Banyak lagi instrument yang angah dah belajar , tetapi buat masa sekarang ,angah kena fokuskan pembelajaran untuk clarinet dahulu. In shaa Allah  , di penghujung semester 5 akan datang , angah akan mengadakan satu showcase untuk project akhir.

Sekian. 

Read more ...

iprice : Tempat Shopping Online Terbaik !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

laman web , online , murah , terbaik

Apa itu iprice ?
iprice merupakan satu syarikat membeli belah online, yang menggabungkan beberapa jenama terkemuka di dalam industri beli belah online,di dalam satu laman web sahaja. Antara jenama - jenama yang menjadi tarikan di iprice ialah VINCCI ,Converse , Daikin ,Hisense dan lain-lain lagi.  
 iprice group berfungsi membantu pelanggan dalam urusan pembelian online yang kini sedang pesat membangun dengan pelbagai laman sesawang dan produk yang berbeza di pasaran. Kami di iprice akan menyediakan maklumat tentang jenama barangan dan juga menawarkan kod kupon diskaun yang boleh mencecah 70% daripada rakan niaga kami seperti Zalora, Lazada, Banana Repulic dan Romwe. 
Oleh itu , boleh dikatakan anda dapat membeli apa sahaja di iprice!!

Mengapa membeli belah di iprice terbaik??


murah , terbaik , barang murah

- kerana di iprice ,kita boleh lihat pelbagai barang yang dipamerkan dengan mudah. Senang untuk kita melihat setiap barang yang dijual. Selain itu , terdapat beberapa barangan yang diberikan potongan harga!! Terbaik!!


facebook, iprice , murah

- kerana pelbagai info di pamerkan di facebook. Senang untuk anda melihat setiap update yang ditunjukkan, mudah untuk anda membuat pilihan terhadap barang yang ingin dimiliki.


- apabila kita sign up , anda dapat menerima pelbagai promosi daripada iprice!! Terbaik. Anda dapat melihat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pelbagai barang di tunjukkan di dalam email anda.


- bukan sahaja di facebook , email , dan juga laman web , ia juga dapat dilihat di dalam laman twitter!! Sememangnya iprice merupakan satu laman beli belah online yang terbaik!!

 MEMBELI BELAH DI iprice ?

Angah mengesyorkan anda , yang begitu minat untuk membeli belah agar melihat dahulu segala laman web yang berkaitan. In shaa Allah , selepas sahaja anda ke sana ,anda semestinya akan tertarik dengan barang yang dijual!! Angah pun rambang mata bila melihat pelbagai barang yang menarik dijual!!


Berminat? Lawati :- 

Laman Web : http://iprice.my/shop/
Facebook : https://www.facebook.com/ipriceMalaysia

Twitter :  https://twitter.com/ipriceMY

Sekian.

Read more ...

17 April 2015

Senarai Peserta Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , setakat hari ini , angah telah menerima sambutan yang baik daripada semua blogger. Apa -apa pun, cara angah mempromosikan giveaway kali inialah secara relaks dan tenang sahaja. In shaa Allah , di penghujung nanti , ramai blogger yang akan join.
Kepada anda yang masih belum join , boleh lihat di banner di bahagian tepi blog ini , dan juga boleh klik SINI untuk join giveaway ini. 

Sementara menantikan giveaway tamat , anda bolehlah blogwalking dahulu.

  1. http://sakuraungu92.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  2. http://aisyahambris.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  3. http://adna2029.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  4. http://yangbaik.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  5. http://jomtapauweh.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  6. http://creamylittlediary.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  7. http://kieyrah97.blogspot.com/2015/04/mega-giveway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  8. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  9. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  10. http://selamatjalancinta.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  11. http://adriana-contestga.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  12. http://aimanwafi.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  13. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/04/megagiveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  14. http://kumahuitu.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  15. http://www.mariafirdz.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  16. http://syahz8.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  17. http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  18. http://eryati.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  19. http://fiqadira.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  20. http://www.hajarshikin.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  21. http://miminadam.blogspot.com/2015/04/giveaway-mega-giveaway-diari-jejaka.html
  22. http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  23. http://memburucintamu.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  24. http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  25. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  26. http://fakmal0.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  27. http://aquasheart.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  28. http://arrienlove.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  29. http://isolabellaz.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  30. http://jmbelog.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  31. http://ibuadambatrisya.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  32. http://umikasum.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  33. http://hyesemua.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  34. http://www.blogparihh.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  35. http://www.dianarashid.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  36. http://belongtomee.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  37. http://izpunyeciter.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  38. http://ceriteracintadia.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  39. http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  40. http://narumihuda.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  41. http://nazirahnyerr.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  42. http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  43. http://www.linazlina.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  44. http://khatyaiman.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  45. http://heartykisah.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  46. http://tiefiqs34.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  47. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  48. http://maisarahmyblog.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  49. http://ainnadia2.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  50. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  51. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  52. http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  53. http://cammylia.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  54. http://www.munirahizzan.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  55. http://imaneeda.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  56. http://cutiefany.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  57. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  58. http://sitizawiah95.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  59. http://www.misznadea.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  60. http://ceritapasalakuje.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-201.html
  61. http://ezbil-official.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  62. http://www.ciksiti.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  63. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  64. http://sweetsour-pelangi.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  65. http://jombercontest.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  66. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  67. http://norshamimi.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  68. http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  69. http://unrealsouls.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  70. http://dewqracintakita.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  71. http://nikainaa.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  72. http://lonafreak.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  73. http://unrealsouls.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  74. http://blogummiaimy.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
  75. http://puyibl.blogspot.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat.html



Sekian , terima kasih.
Read more ...