16 April 2015

10 Tips Penjagaan Bateri Komputer Riba...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

10 Tips Penjagaan Bateri Komputer Riba


komputer riba , bateri , rosak

Angah sendiri buat masa sekarang ini telah mengalami masalah bateri , di mana bateri komputer riba angah telah rosak. Ianya berpunca daripada kesalahan angah sendiri. Mungkin angah tidak tahu cara yang betul untuk uruskan bateri komputer riba,tetapi alhamdulillah , angah dah tahu cara yang betul untuk menjaga bateri , oleh itu , angah nak kongsikan dengan anda semua tentang cara menjaga bateri laptop anda dengan betul.
Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, anda perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh anda praktikkan seperti dibawah.

1. Charger/AC Power

bateri , komputer , charger , rosak
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk anda menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.

2. Kawal Suhu Laptop

Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop untuk memberi ruangan udara yang luas.

3. Kawal Kelajuan CPU

Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

4. Tambah RAM

Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

5. Guna Hibernation Mode

Jika mahu meninggalkan laptop dalam keadaan terpasang, dicadangkan guna Hibernation Mode. Jika hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

6. Kurangkan Kecerahan Skrin

LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.

7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman

Maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)

Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.
"Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan."

10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu

Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

 SUMBER : SMP / MPIRATZ

Sekian.

7 ulasan:

  1. Bateri lappy Kak Sha dah rosak. Langsung tak boleh guna. Rugi tak praktis tips ni dulu T_T

    BalasPadam
  2. saya pun mengalami masalah batry...laptop dah 6 tahun..wajar la kot..hehe

    BalasPadam
  3. saya guna laptop tapi memang cabut bateri, terus plug in je dari main power

    BalasPadam
  4. Battery laptop saya dah rosak.....

    BalasPadam
  5. Maaf tak habis type dah terhantar pulak...battery laptop saya pon dah rosak mungkin silap saya coz charger penuh pon tetap plug tak off kan suis

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.