8 April 2015

Harga Tiket Bas MAHAL !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah, angah baru saja selesai membeli tiket bas untuk pulang ke rumah family yang terletak di Kulim , Kedah. Nampaknya , setelah beberapa abad angah tak balik kampung , masanya telah tiba!! Sunggu seronok bila fikirkan hal nak balik Kulim.
Tapi..
Satu perkara yang berbeza telah berlaku. Harga tiket bas dari Shah Alam ke Kulim telah berubah. Peningkatan yang sangat ketara. Boleh dilihat. Agak menyesal juga apabila angah membeli tiket, harga tiket bas telah melambung tinggi. Perasaan sedih menyelubungi diri angah selamat beberapa saat.
Kalau diikutkan sebelum ini , harga tiket bas perjalanan dari Shah Alam ke Kulim ialah di sekitar RM35 sehingga RM40. Tetapi tiket bas yang angah beli sebentar tadi ialah berharga RM48. Mungkin bagi sebilangan orang , kenaikan sebanyak beberapa ringgit tidak menjadi hal.
Tapi..
Angah sendiri berasa sesuatu yang berbeza hanya disebabkan harga tiket bas. Sebab apa? Angah rasa bas sahaja merupakan kenderaan yang mampu membawa angah balik ke Kulim buat masa ini. Nak tak nak , angah terpaksa beli juga tiket bas tersebut.
Kesimpulannya ,
Banyak perkara yang perlu kita lihat kembali. Mungkin apa yang penting ialah kita hargai apa yang kita ada sekarang kerana mu8ngkin di hari lain, harganya akan menjadi lebih mahal. 
 
 
 
 
 
 

6 ulasan:

  1. mahalnya tambang bas sekarang ni kan..

    BalasPadam
  2. Aiikkk.kenapa harga tiket naik pulak..minyak tak kena gst pun...kata tak jadi naik lagi..

    BalasPadam
  3. bukan kata ditangguhkan kenaikan tambang bas.. lepas nih nak ke mana pun susah..

    BalasPadam
  4. semua benda naik harga sekarang ni..=_="

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.