11 April 2015

Kejayaan : Wang atau Usaha ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian kali ini berkenaan satu gambar yang angah jumpa di wall facebook. Sebuah gambar yang memberi maksud yang mendalam. Mengikut tafsiran angah , gambar ini menunjukkan , dalam mencapai kejayaan , ada dua jenis manusia. Satu , ialah jenis yang jalan beliau untuk mencapai  kejayaan atau untuk berjaya dibantu dengan wang , dan jenis satu lagi ialah orang yang berusaha sehabis mungkin untuk berjaya tanpa sebarang bantuan.
ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MANA?

Angah rasa , angah bukanlah orang yang mencpai kejayaan dengan bantuan wang, tetapi hasil usaha sendiri dan juga bantuan motivasi daripada orang sekeliling. Angah berada di prestasi sekarang adalah kerana hasil usaha angah serta doa dan tawakal terhadap apa-apa sahaja yang akan terjadi.
Kadang-kadang angah berasa cemburu dengan orang yang senang sahaja mendapat kejayaan , hanya dengan wang , dia mampu untuk mencapai kejayaan dalam jangka masa yang sangat singkat. Kalau angah pulak , perlukan masa dna ruang untuk mencapai kejayaan yang diharapkan.
Apa yang penting, mungkin dengan usaha dan motivasi daripada orang sekeliling dapat jadikan kita lebih bersemangat, dan mungkin kejayaan yang kita dapat pada masa akan datnag , akan dirasai dengan lebih puas. Sebab semuanya ialah hasil usaha diri sendiri. 
 
 Sekian..
 


1 ulasan:

  1. Follow jejaka kacak and dtg klik klik iklan nufffnang.com.my sini..

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.