1 April 2015

Kenapa Filem Cicakman 3 GAGAL !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Baru - baru ini angah telah menonton filem Cicakman 3 di pawagam. Sebenarnya , ianya bukanlah diatas kehendak angah sendiri tetapi atas ajakan seorang rakan. Jadi , untuk tidak menghampakan rakan , angah turut serta menonton. Angah selama ini agak sukar untuk menonton filem melayu di pawagam , kerana sudah diketahui jalan ceritanya. Jadi mari kita lihat apa yang anagh akan kritik berkenaan filem Cicakman 3 ini.

Kekurangan + Negatif
1. Poster semuanya sudah cantik dan nampak gah. Tetapi apabila masuk sahaja ke babak terawal , di mana ada tugu Cicakman yang jatuh , di situ telah terlihat jelas bahawa CGI yang dihasilkan sangatlah berkualiti rendah.  Spoil mood di babak awal - awal.
2. Suasana di kota Metrofulus yang kelihatan agak aneh. Kadang-kadang cuacanya seperti panas , dan kadang - kadang cuacanya kelihatan sejuk. Konfius angah?





3. Senjata peralatan serta kenderaan yang membawa peralatan + senjata kelihatan sangat tidak real. Ianya kelihatan seperti sebuah prototaip sebuah alat mainan sahaja. Boleh dilihat , kesan tembakan yang nampak sangat seperti dibuat-buat.
4. Watak jahat iaitu SuperBro  kelihatan sangat tidak jahat. Angah lihat watak jahat tersebut seperti seorang gangster yang memakai kostum yang murah + boleh terbang. Sepatutnya , boleh diusahakan lagi dalam kostum. Kemudian , watak jahat tersebut perlu ditambah lagi elemen jahat. Barulah muncul rasa marah dan benci penonton pada watak jahat tersebut.
5. Banyak elemen komedi yang sepertinyaa sudah basi didengari dalam filem ini. Cuba anda bayangkan , watak jahat pun mahu berkomedi. Rasanya tidak perlu , disebabkan filem ini ialah filem adiwira.
6. Angah lihat ada beberapa jalan cerita yang angah tak faham. Contohnya , macam mana Man boleh bergaduh dengan Lynda? Macam mana kehidupan mereka sebelum ini? Lepas tu ada pulak , iklan Kitkat dalam filem ini? motif?
7. Kostum polis dan kostum lain -lain kelihatan seperti polis di zaman dahulu kala. Yang paling angah sedih bila melihat kostum cicakman itu sendiri. Nampak macam murah + takde bajet. Dengar cerita kostumnya bukankah mahal? Angah lagi suka dengan kostum cicakman dalam filem sebelum ini.



8. Pelakon yang menjadi rakyat atau orang awam kelihatan sangat kaku. Sepertinya mereka tidak membantu langsung dalam menjayakan filem ini. Boleh dilihat dalam beberapa babak , di mana ada orang awam yang jalan - jalan di kawasan luar. Nampak sangat mereka ialah pelakon yang kaku.


9. Ada gangster yang nampak macam bukan gangster. Geng Belalang Kunyit? Geng Semut Merah? Lepas itu , geng2 tersebut ada motor besar,  dan kesalahannya ialah mengganggu seorang wanita? Apakah?
10. Banyak babak - babak yang sudah boleh diagak , sebab apa? kebanyakan babak tersebut boleh dilihat di dalam cerita adiwira yang lebih berjaya seperti Superman.
Kelebihan + Positif
Susah untuk melihat filem adiwira yang berbelanja tinggi untuk di hasilkan. Usaha yang bagus dari pihak yang membuat filem ini.Bukannya senang nak hasilkan filem seperti ini. Dengan teknologi yang masih kurang.Tahniah kepada semua yang berusaha. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam filem ini.Mungkin selepas ini dapat hasilkan filem adiwira lain , yang berkonsepkan lebih futuristik dan kelihatan realistik di mata penonton.
Kepada penerbit filem yang lain? Bila mahu menghasilkan filem yang lebih hebat daripada filem ini? Jangan sekadar mengutuk dan melihat sahaja filem orang lain, kemudian masih menghasilkan filem - filem bodoh yang kononnya mampu menarik minat penonton. Sila maju ke hadapan ye!!
Pendapat angah :-

Penat bila kita melihat senarai filem yang akan ditayangkan di panggung wayang , tetapi yang kelihatan ialah filem melayu yang berkisarkan tentang cinta. Bila lihat senarai filem barat , semuanya hebat -hebat belaka. Bila orang melayu nak hasilkan filem futuristik? Filem sains fiksyen? Filem adiwira sudah dihasilkan , bila filem - filem bermutu tinggi dapat dihasilkan?Mungkin kerana bajet yang dihasilkan perlulah tinggi untuk filem itu bermutu tinggi? Wallahualam.
Sekian.

Ikhlas daripada penonton biasa yang tidak mempunyai apa - apa. 

8 ulasan:

  1. kitew tak berminat langsung nak tengok filem ni tau..

    BalasPadam
  2. Tak mnt tgk filem cmni.. Huhu..

    BalasPadam
  3. masa dulu time apek belakon memang nampak gah sangat cicakman , eentho ulang banyk kali pun takpe tak kisah , rasa cam wah malaysia pun mampu buat cerita macam ni . but now ? no more dah terasa macam 'sorry lah aku nak tengok ' lulz bukan sebab tak suport , tapi cerita tu sendiri yang macam errrrr.

    BalasPadam
  4. pendapat saya tentang filem cicakman sama seperti DJH kerana apa dia katakan adalah betul. bagaimana malaysia nak maju dalam industri perfileman kalau begini hasil yang tak seberapa. saya bukan nak kritik bahawa filem malaysia sangat teruk tetapi memang menjadi kenyataan. saya rasa sangat rugi ketika menonton filem ini.saya hanya insan biasa. Maaf kalau komen saya yg agak menyinggung sesiapa yg.

    BalasPadam
  5. Sally x sempat lagi nak tgk tp mmg xde hati plak nak tgk...rasanya lepas ni kena ambik pelakon yg dah mmg org tgk dr awal...bila ubah nmpk kelam je filem tersebut

    BalasPadam
  6. tak minat nak tgk dari cicakman 1 lagi..ntah kenapa ntah

    BalasPadam
  7. tak tengok lagi cerita ni , no komen . tu la dengar kostum bajet memang mahal . semoga nanti ada lah orang tempatan yang boleh buat filem macam luar negara punya kualiti . .

    BalasPadam
  8. Apa pun KRU dah buat yg terbaik. Mungkin bajet yg agak rendah. Sbb nak buat CGI macam luar negara memakan duit yg banyak. Cicakman 3 ni sesuai utk budak2 tengok. Kalau org besar mcm kita tgk mmg bosan. Hari tu saya pun naik bosan tengok sbb jalan cerita pn tak menarik. Siap main handphone lg...dan tengok jam pkul berapa nak habis.

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.