21 April 2015

Ketahui Khasiat Pokok Rambutan


demam, ulser,kencing manis,cirit-birit

Khasiat Pokok Rambutan

Khasiat Buah Rambutan | Rakyat Malaysia sememangnya menyukai buah rambutan. Bila mana datangnya musm buah rambutan , ianya bagaikan pesta, kerana buah itu digemari oleh setiap orang. Bukan sahaja boleh dimakan , ianya juga boleh dibuat sebagai jem , jus dan pelbagai lagi.
Tetapi tahukah anda pokok rambutan juga mempunyai fungi lain untuk kehidupan manusia? 
Rambutan ialah salah satu buah-buahan yang boleh diguna untuk pelbagai jenis cara , bukan sahaja pada buahnya tetapi juga dari kulit , daun, biji , dan juga akar, yang berfungsi sebagai ubat untuk sakit demam, cirit-birit, ulser, sehinggalah ke pengakit kencing manis , dapat dipulihkan dengan menggunakan ramuan yang betul. Bahagian pokok rambutan yang boleh digunakan ialah ; kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya.
cirit-birit,ulser , kencing manis

Kelebihannya mengikut bahagian pokok :-
Kulit buah : untuk mengatasi masalah cirit-birit dan juga demam
Kulit kayu : untuk mengatasi masalah ulser
Daun : Untuk mengatasi masalah demam
Biji : Untuk mengatasi masalah kencing manis. 

Cara menggunakan :-

Untuk masalah cirit-birit :-
Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan 3 gelas minum air bersih, lalu rebus sampai menjadi 1 gelas, minum 2 x sehari. 
Untuk sakit demam:-
Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan 3 gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Minum 3 x sehari. 
Untuk menghitamkan rambut beruban :-
Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi adunan bubur. Perah dan tapis dengan kain, Gunakan untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sehinga hasilnya menjadi. 
Untuk kencing manis :-
Goreng tanpa minyak biji rambutan (lima biji), lalu tumbuk sehingga menjadi serbuk. Siram dengan satu mangkuk kecil air panas. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Lakukan 1–2 kali sehari. 
Untuk sakit Ulser :-
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat.

Kesimpullanya , pokok rambutan mempunyai pelbagai fungsi , bukan sekadar buahnya yang manis dan lazat, tetapi juga bahagian pokoknya yang lain juga dapat dijadikan penawar untuk pelbagai penyakit. Itulah kehebatan makhluk ciptaan Allah S.W.T.







7 ulasan:

  1. tak tau pulak pokok rambutan ni ada khasiatnya..tau makan buah rambutan je angah..thanks sharing...

    BalasPadam
  2. thanks angah =) selalu yang tahu..kalau makan rambutan akan batuk..huhu

    BalasPadam
  3. banyak khasiat pokok rambutan ni rupanyaa. selama ni tahu makan je :D

    BalasPadam
  4. wah..banyak khasiatnya rambutan nie..suka makan ja,tapi tak pernah ambik tau akan kelebihannya

    BalasPadam
  5. tapi makan buah rambutan banyak, confirm batuk :p

    BalasPadam
  6. banyak juga khasiat yg kita tak tau

    BalasPadam
  7. Dah lama xmakan rambutan. huhu.
    Perkongsian menarik. Selalunya kalau makan rambutan duk buang jek bijinya. Xtau plak boleh dibuat ubat kencing manis.
    #efg

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.