2 April 2015

Mamat (Exist) Mengaku Salahguna Dadah, Dipenjara Tak Mampu Bayar Denda



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat mengaku bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Ali Kamarudin, 37, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 atau penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Raub, pada Rabu. 
Penyanyi lagu Untukmu Ibu itu disabitkan kesalahan kerana telah memasukkan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan, dua tahun lalu. 
Mamat yang diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah bagaimanapun gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong. 
Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff membuat keputusan itu selepas Mamat mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013. 
Sumber: KOSMO!

4 ulasan:

  1. tertanya tanya, kenapa ye mereka ni memilih ambil dadah? stress sangat ke jadi artis? kesian anak bini...

    BalasPadam
  2. ramai artis terlibat dgn dadah, kesian..

    p/s : Jemput join segmen Bloglist Mei-Jun by CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    BalasPadam
  3. artis dengan dadah xboleh lari

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.