2 April 2015

Pelakon Paul Walker Meninggal Dunia Atas Kecuaian Rakannya Sendiri


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kematian Paul Walker juga bintang utama filem Fast & Furious kembali menjadi sensasi apabila isteri kepada rakan Paul yang memandu Porsche Carrera GT dalam kemalangan tersebut, Roger Rodas menuntut gantirugi yang didakwa akibat kecuaian dan  pengeluar kereta tersebut.
Tahun lalu Kristine Rodas telah memfailkan tuntutan gantirugi setelah mendakwa rekabentuk dan tahap keselamatan jentera yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Porsche yang  menjadi punca kematian suaminya dan Paul Walker.
Menerusi rakaman litar CCTV menunjukkan kereta lumba milik Roger itu telah melanggar dua pokok dan binaan konkrit di sepanjang jalan di Valencia, California lalu terbakar pada November 2013. Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Akibat daripada itu, Kristine telah menunding jari terhadap Porsche kerana tidak memiliki ciri keselamatan dimana kereta tersebut telah meletup dan terbakar begitu cepat tanpa sempat penumpangnya menyelamatkan diri. Malah dia menambah bahawa pihak pengeluar kereta tidak menghiraukan laporan yang dibuat oleh pemilik kereta model yang sama.
Namun awal minggu lalu, pihak Porsche telah memberi keterangan dan menjawab segala dakwaan menjawab semua dakwaan daripada Kristine dan menafikan segala tuntutan yang dibuat. Menurut wakil pengeluar Porsche, mereka tidak bertanggungjawab atas kematian Roger dan Paul sebaliknya berkata bahawa insiden tersebut berlaku akibat daripada kecuaian pemandu itu sendiri.

Mereka menjelaskan setiap daripada pemilik Porsche Carrera GT sudah maklum dan sedar akan risiko memiliki jentera setanding kereta lumba tersebut. Tanggungjawab adalah atas pemilik kenderaan itu sendiri.
Pihak Porsche mendakwa bahawa kereta tersebut telah diubahsuai namun mengikuti piaiwaian yang disebabkan. Namun ianya masih mampu menjadi penyumbang kepada kemalangan yang mengorbankan dua orang pencinta automobil itu.
Kristine diminta untuk menarik balik segala tuntutan yang dibuat olehnya keatas syarikat pengeluar kereta ternama dunia itu.
Sumber: Portal Murai

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.