7 Mei 2015

Apa itu Algorithms How-old.net ?!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Algorithms How-old.net

Muncul satu lagi aplikasi yang sedang hangat diperkatakan. Boleh dilihat di ruangan laman facebook mahupun laman sosial yang lain , ada gambar yang memaparkan umur seseorang hanya melalui wajah sahaja. Apakah aplikasi itu? Jom lihat penerangan di bawah.
Salah satu alasan yang biasa dipersalahkan jika hubungan cinta itu putus di tengah jalan, umur pasangan terlalu tua ataupun muda. Berita baik untuk anda di luar sana, anda kini boleh mengetahui umur sesiapa sahaja tanpa perlu bercakap dengan si dia. Sekaligus mengelakkan harapan berputik di hati.
Perkenalkan How-Old.net – prototype dihasilkan oleh Microsoft yang mampu menghabiskan masa rehat lelaki sihat menjadi aktiviti mengambil gambar gadis-gadis idaman di pejabat. Hanya berbekalkan gambar dan algorithms khas, laman web ini mampu meneka umur sesiapa sahaja dengan ‘tepat’.
Algorithms How-old.net dikatakan akan digunakan untuk Window 10 nanti, membolehkan log-in menggunakan wajah lebih selamat dan tepat. Secara ringkas, proses meneka bermula dengan melihat jantina dan umur > menghasilkan real-time data dari proses pertama > menghasilkan real-time insight berbekalkan proses pertama dan kedua.
Anda boleh cuba bermain dengan Microsoft di sini.

Sumber : Vocket

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.