13 Mei 2015

Kata Kunci ( Keyword ) 13. 5. 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kata Kunci (Keyword) 13. 5. 2015

Ini adalah keyword yang dicari oleh pembaca untuk blog ini. Angah dapat statistik ini dari laman web Nuffnang. Apa yang angah lihat , ada beberapa keyword yang pelik dan juga ada keyword yang sememangnya angah dah agak. Apa-apa pun angah akan certia secara detail keyword tersebut dan dari entri mana..

komen cicakman 3



Entri yang angah hasilkan pada 1 April 2015. Semuanya bermula apabila angah menonton filem Cicakman 3 di panggung wayang , dengan mengharapkan sesuatu yang terbaik , akhirnya angah kecewa dengan hasilnya. Semuanya angah cerita dalam entri tersebut.

macam macam harimau



Entri yang dihasilkan pada 30 September 2013. Mengenai gambar seekor harimau yang dibunuh dengan kejam oleh manusia-manusia yang berakal tetapi rupanya hanya lebih kurang sahaja dengan binatang. Bila tengok gambar dalam entri tersebut , akan muncul rasa sedih atas dasar perikemanusiaan.

jalan puncak alam



Entri yang masih baru , iaitu dihasilkan pada 9 Mei 2015. Kisah mengenai jalan cerita sebuah cerita seram di jalan Puncak Alam. Semmeangnya jalan tersebut dikenali dengan pelbagai kisah seram yang akan membuatkan bulu roma anda berdiri secara tiba-tiba.

sambutan hari ibu


Entri yang dihasilkan pada 2 Mei 2015 ini menceritakan tentang hukum menyambut hari ibu. Setiap tahun  , pasti akan ada kemusykilan berkenaan sambutan hari ibu. Adakah ianya boleh disambut? Atau adakah ianya haram? Entri ini menceritakan segala-galanya.

diari kari ngerii


Satu entri lama , mengenai laman web karingeri.com. Sebuah laman web yang memaparkan gambar-gambar ngeri kemalangan atau pembunuhan. Sememangnya untuk mereka yang tidak sanggup melihat kengerian , jangalan lihat. Rasanya laman web tersebut sudah tiada. Apa -apa pun utk ketahui lebih lanjut boleh entri ini.

hati perempuan best la


Entri yang dihasilkan pada 21 April 2015 , mengenai sebuah drama yang popular ketika ini. Boleh dikatakan hampir semua wanita melihat drama ini. Atas rasa pelik , angah terbitkann entri ini , bertujuan ingin mengetahui mengapa ramai orang suka drama ini?

pelacur pudu


Entri bertarikh 14 April 2014. Menceritakan tentang lambakan pelacur di Kuala Lumpur. Seumpamanya tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membasmi kegiatan pelacuran ini. Sebenarnya , bukan angah melanggan pelacur ini , tetapi angah mahu melihat bagaimana Kuala Lumpur di waktu malam.

diploma musik uitm


Entri bertarikh 11 Jun 2013 , iaitu ketika diawal pengajian angah di Uitm Shah Alam , mengambil kos Diploma Seni Muzik. Kini , angah telah pun hampir berada di penghujung diploma. Rasanya eperti sekejap sahaja masa berlalu.

gedung tertinggi di malaysia


Entri bertarikh 21 Februari 2013. Menceritakan tentang 10 bangunan tertinggi di Malaysia. Melalui kata kunci yang dicari , ianya dipercayai datang daripada Indonesia. Ianya kerana keywordnya ialah Gedung. Apa -apa pun anda boleh melihat entri tersebut.

makna teman tapi mesra


Entri bertarikh 28 September 2013. Mengenai makna Teman Tapi Mesra. Ianya adalah berdasarkan pengalaman sendiri , kerana ada kisah yang terjadi di semester pertama angah.

Kata-kata akhir :-

Sememangnya seronok apabila melihat entri kita dicari oleh pembaca di laman web carian. Itu bererti kita sudah mencapai misi utama kita berblogging. Kerana misi utama ialah berkongsi dan memberitahu kepada semua pembaca berkenaan apa yang kita rasa. Terima kasih semua. 

6 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.