21 Mei 2015

Kata Kunci ( Keyword ) 20.5.2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kata Kunci ( Keyword ) 20.5.2015


Sekali lagi, entri keyword. Alhamdulillah. Ada antaranya angah tak jangka, apabila ada keyword menarik dan pelik. Contohnya seperti diari salmah. Masa bila angah buat cerita mengenai salmah? Walau bagaimanapun, angah dah kupas secara lebih mendalam di bawah ini.



review hati perempuan episod akhir



Demam drama Hati Perempuan masih melanda, apabila kisah mengenainya masih lagi dicari orang ramai. Entri angah pada tanggal sebulan yang lalu, masih lagi menjadi tarikan orang ramai.


air detox



Gaya hidup sihat. Ketaksuban wanita zaman kini ingin kurus dan cantik telah berubah apabila menemui cara paling pantas untuk menjaga kesihatan di samping dapat menguruskan badan.


diari salmah


Apabila angah search diari salmah di Google , angah terkejut kerana entri ini terletak di antara senarai carian cerita lucah. Walaubagaimanapun, terselit juga entri angah di antara cerita lucah-lucah yang dicari orang. Astagfirullahhalazim..


jalan puncak alam



Masih lagi menjadi carian orang ramai , kisah jalan puncak alam, sebuah kisah seram yang baru sahaja ceritanya di tayangkan di pawagam. Sebuah kisah yang seram bagi anda yang sering berjalan di waktu malam.


komen filem cicakman 3



Pada entri keyword yang sebelum ini , entri berkenaan cicakman menjuarai carta, manakala kali ini ianya jatuh sedikit. Kisah mengenai filem cicakman yang angah anggap sebagai gagal dan tidak berjaya.


biodata mawar rashid



Kisah mengenai seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 yang telah angah tulis d dalam satu entri. Mengenai biodata, beliau terkenal dengan kisah gempar beliau mengenai GST.



gambar istiadat pertabalan sultan perak



Perkongsian mengenai gambar -gambar ketika istiadat pertabalan Sultan Perak yang terbaru. Gambar-gambar ang menunjukkan suasana adat melayu kerabat di raja yang masih lagi di amalkan di bumi bertuah ini.


hati perempuan


Sebuah entri yang ditulis setelah drama itu selesai tayangannya. Betapa hebatnya penangan drama adaptasi melayu sekarang ini. Hampir semua orang bercakap-cakap mengenainya tidak kira dari sisi positif mahupun negatif.


singa jinak



Sebuah entri yang ditulis mengenai gambar-gambar pelik.
Kata - kata akhir :
Nampaknya ada antaranya carian orang ramai telah terkena pada entri entri terdahulu. Terima kasih diucapkan kepada semua. Kerana mencari entri yang bagus dan akhirnya jumpa juga di blog ini. Heheh. Terima kasih. 



2 ulasan:

  1. itulah pentingnya KEYWORDS yg power2 kan? hehe~

    BalasPadam
  2. macam2 carian yang sangkut ke blog kan angah.. :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.