20 Mei 2015

Muzik : Keluarga Alat Muzik Brass



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Keluarga Alat Muzik Brass


Alat muzik brass. Di dalam orkestra simfoni atau wind orkestra , terdapat alat muzik brass , wood wind , perkusi , dan juga strings. Untuk kali ini angah akan ceritakan tentang alat muzik brass. Angah mengenali alat muzik brass ketika di bangku sekolah menengah. Angah merupakan salah seorang pemain alat muzik brass.

 Alat Muzik Brass 


Cornet
cornet

Cornet  merupakan satu alat yang hampir serupa dengan trumpet. Berbeza hanya dari segi saiz , ton kualiti yang lebih merdu. Cornet banyak digunakan untuk Concert Band, Brass Band, dan juga Jazz Ensemble.

Trumpet
Trumpet

Trumpet merupakan alat muzik yang tertinggi sekali di dalam keluarga brass. Sejarah mengenai trumpet dapat diketahui bermula 1500 sebelum masihi lagi. Ada pelbagai jenis trumpet yang bterdapat di pasaran , tetapi yang sering digunakan ialah B trumpet. "Range" bunyi trumpet bermula dari F♯ bawah midle C sehingga 3 oktaf.

Flugelhorn
Flugel Horn

Flugel horn merupakan alat yang asalnya menyerupai trumpet, tetapi mempunyai lebih luas permukaan "serombong"nya. Bunyi yang dihasilkan di katakan adalah ditengah-tengah antara trumpet dan juga french horn. Flugel horn banyak digunakan di dalam brass band , jazz dan juga pop muzik.

French horn
French Horn
French horn ataupun lebih dikenali dengan nama Horn. Terdapat pelbagai jenis horn di luar sana. Antaranya mellophone,  marching horn dan juga Vieena Horn.  Di dalam orkestra , kebiasaanya pemain horn akan dikategorikan kepada dua , "high" horn ataupun "low" horn.

Trombone
Trombone

Trombone, berbeza dengan alat muzik lain di dalam keluarga brass , trombone tidak mempunyai"valve" tetapi trombone mempunyai "slide". Slide itu digunakan untuk mengubah bunyi yang dihasilkan. Trombone juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya tenor trombone, bass trombone dan juga alto trombone.

Baritone Horn
Baritone Horn

Baritone Horn merupakan alat bernada rendah yang terdapat di dalam keluarga brass. Ianya sama seperti tuba, euphonium dan juga trombone. Ton yang dihasilkan ialah diantara bunyi trombone dan juga euphonium. Walaupun baritone horn dan juga euphonium kelihatan serupa, tetapi euphonium mempunyai tiub yang lebih besar dan juga "serombong" yang lebih besar.

Euphonium
Euphonium

Euphonium merupakan alat muzik yang bermaksud "sweet sound". Selalunya orang akan keliru euphonium dan juga baritone horn. Tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaaan ketara. Bunyi yang dihasilkan euphonium lebih "darker" manakala bunyi baritione horn pula lebih"bright". 
Tuba
Tuba

Tuba merupakan alat muzik terbesar dan paling rendah bunyinya di dalam keluarga brass. Terdapat pelbagai jenis tuba antaranya ialah contrabass tuba, bass tuba, tenor tuba, dan juga subcontrabass tuba. Kebiasaanya tuba dimainkan di dalam wind orchestra simfoni dan juga jazz.


Kedudukan Alat Muzik Brass di dalam orkestra


Wind Orkestra

Wind Orkestra


Full Orkestra

Full orkestra


Sememangnya semua alat-alat muzik di atas merupakan alt muzik yang klasik yang popular di Barat. Di Malaysia, alat muzik ini popular di kalangan pelajar sekolah yang mempunyai pancaragam. Selain itu , terdapat juga pertandingan-pertandingan yang diadakan di Malaysia.

Anda nak tahu angah pernah main alat yang mana? Hampir ke semua di atas angah pernah main. Tetapi alat yang paling lama angah main ialah Euphonium iaitu dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima.

Sekian. 


7 ulasan:

  1. angah, ajar la baca chord gitar & keyboard

    BalasPadam
  2. Nak blqja muzik ngn angah la...

    BalasPadam
  3. Tambah ilmu pasal alat muzik hari ni :)

    BalasPadam
  4. Salam angah. Kalau time orientasi dip musik. Angah bwk alat music skali ke??

    BalasPadam
  5. salam angah. Kalu time orientasi dip musik kna bwk alat musik skali ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.. orientasi tak perlu lagi. bila nak start belajar baru kena bawak.

      Padam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.