9 Mei 2015

Kisah Jalan Puncak Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Puncak Alam.

Kisah Jalan Puncak Alam

BAGI yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Jalan Puncak Alam cukup sinonim dengan golongan penuntut walaupun ada beberapa kawasan perumahan baharu telah diperkenalkan kepada penduduk di kawasan berdekatan.

Namun ketika itu, jalan untuk menuju ke kampus berkenaan masih sunyi sehingga mengundang beberapa kisah-kisah seram yang dikongsi oleh pengguna jalan berkenaan.

Antaranya gangguan-gangguan misteri yang dilalui beberapa pengguna jalan raya apabila menghampiri satu puncak bukit apabila kereta tiba-tiba berasa berat dan ada ketikanya kelihatan objek putih terbang.

Dek kerana itu, menyedari kisah-kisah yang pernah menghantui pengguna jalan berkenaan boleh dijadikan karya yang diangkat ke layar perak, syarikat produksi, Mangkin Prestij Sdn Bhd, tampil dengan filem terbaharunya, Jalan Puncak Alam yang sudah pun menemui penonton sejak 7 Mei lalu.

Filem yang diarahkan Dharma Aizat, dijayakan oleh Azwan Kombos, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, dan Shah Rempit.

Ia mengisahkan tentang seorang penuntut UiTM bernama Azizi yang terpaksa melalui jalan sunyi itu pada lewat malam untuk pulang ke rumah setelah selesai tugasan di kampus.

Dalam perjalanan, tiba-tiba motor yang ditunggang Azizi kehabisan minyak. Lalu Azizi menghubungi rakannya, Hanif untuk meminta pertolongan dan Hanif segera menuju ke tempat motor Azizi rosak.

Namun ketika sedang menunggu Hanif tiba, Azizi diganggu pelbagai kejadian seram dan perkara sama turut dialami Hanif apabila dia tiba di tempat Azizi.

Secara keseluruhannya apa yang boleh penulis simpulkan, filem ini mempunyai sebuah karya yang menarik apatah lagi kisah Jalan Puncak Alam cukup sinonim dengan penuntut dan beberapa penduduk setempat.

Bahkan kebanyakan mereka yang pernah berkongsi pengalaman diganggu menceritakan kejadian yang hampir sama, di beberapa lokasi yang sama.

Bagaimanapun entah mengapa, biarpun mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik, Dharma gagal mengembangkan jalan cerita filem ini dengan baik sehingga sebuah filem yang menarik pada awalnya mengundang rasa bosan penonton kerana pengulangan babak yang lebih kurang sama.

Meskipun pengulangan babak tersebut tetap mengundang rasa terkejut dan debaran kepada penonton dek kesan bunyi dan sudut kamera, namun jika ia dikembang dan dikemaskan dengan lebih baik lagi, tidak mustahil ia menjadi sebuah filem seram yang cukup hebat.

Selain perkembangan plot yang agak perlahan, kehadiran watak hantu kanak-kanak dilihat seolah-olah menyerupai watak filem seram terkenal Jepun.

Namun sejujurnya, watak tersebut nampak menyeramkan pada awal sahaja, namun lama-kelamaan, ia nampak menjadi watak kanak-kanak yang comel.


Niezam menyerlah

Bagaimanapun mujurlah lakonan para pelakon banyak membantu terutamanya lakonan mantap Niezam bersama Azwan.

Namun, jika dibandingkan kedua pelakon ini, Niezam tampak lebih menyerlah dengan penguasaan lakonan dan penghayatan yang lebih berkesan.

Malah dengan penghayatan watak dan emosi yang ditonjolkan, Niezam berjaya mempengaruhi penonton untuk seolah-olah melalui sendiri kisah seram tersebut.

Kesimpulannya, untuk anda yang sukakan filem-filem seram, Jalan Puncak Alam masih sebuah karya yang berbaloi untuk ditonton.

Dan jika anda ingin mengetahui kesudahan nasib Hanif dan Azizi, jangan lupa untuk menyaksikan Jalan Puncak Alam di pawagam.

Sumber : Sinar Harian 

15 ulasan:

  1. mama memang tak boleh tengok cite seram ni.... memang tak lah! hahaha... mama ni penakut

    BalasPadam
  2. Selapas Karak, Jengka,kini Puncak Alam pulak..byk jugak tempat seram di Malaysia ni.

    BalasPadam
  3. wahh, dah tengok kee. untng laaa. mimin xde masa nak terngok lagi. eh ! blog ada kemas . senang nak baca

    BalasPadam
  4. baru lpas tgk movie nie td.. huhuu

    BalasPadam
  5. Boleh mampus tengok ni

    BalasPadam
  6. Kish ni sy ceritakan sma sperti yg dialami sndiri olh suami sy. Nk dikatakan kebetulan tpi mustahil krn pkra ini terjdi dgn teknologi terkini yg serba canggih.
    Mak mrtua ada membeli rmh di kwsan Puncak Alm yg mmg klau nk prgi akn melalui Jln Puncak Alm. Rmh tersebut dibeli ketika arwah bpa mertua sdg sakit di hospital dn bila hdk berpindah msuk ke rmh tersebut, bpa mertua sy meninggal. Mhu tk mhu Mak mertua berpindah jg dr Subang Jaya ke Puncak Alm krn kos sara hdp yang tinggi di Subang Jaya.

    BalasPadam
  7. Pd suatu hari Mak Mertua tlh menelefon suami saya dn meminta dtg ke Puncak Alm utk mengambil sebilah pedang yang memang disimpan lama oleh arwah Bapa Mertua semasa hayatnya.Bapa Mertua mmg ada menyatakan semasa hidupnya untuk memberi pedang tersebut kpd suami.Memandangkan dgn kesibukan serta jadual kerja yg padat, suami tlh membuat keputusan utk mengambil pedang tersebut mlm itu jg slepas balik dr kerja.
    Pd mlm itu pukul 8.30 mlm,selepas habis tugasan suami tlh menuju ke rmh Mak Mertua. Sebenarnya baru lg Mak Mertua berpindah ke sana jadi baru sekali kami pernah ke sana. Jadi, olh krn tak berapa pasti dan takut tersesat suami menggunakan GPS untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, walaupun tahu jalan ke sana bukan lah sibuk malah jarang ada kesesakan lalu lintas.Tapi kalau dah berkira-kira nak masuk simpang mana, terlepas simpang,lambatlah jadinya terpaksa mematah balik.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah suami selamat sampai ke rmh Mak Mertua dgn bantuan GPS. Seawal pukul 8.35 mlm dah sampai ,sempat mkn mlm ,membelek-belek pedang yang diberi dan berbual ttg keadaan Mak Mertua. Tept pukul 11 mlm ,suami minta diri mahu plg. Bimbang jauh ke tgh malam nanti lambat sampai lambat tidur dan lambat bangun pula nak pgi krja esok.
    Seperti biasa GPS di buka untuk membantu perjalanan, permulaan perjalanan pulang tiada apa yg pelik berlaku. Suami trs mengikut arah yg di tunjuk oleh GPS. tetapi terasa terlalu lama dan jauh . Sdh 1 jam di jln dah la satu kenderaan pun x ada, mustahil GPS memberi cadangan jln alternatif lain sedangkan jln pd mlm tersebut mmg lengang tiada kenderaan. Suami berhentikan kenderaan dan ttup GPS dan buka semula GPS dan jarak yg ditunjukkan sama x sampai 15 minit. . Suami memulakan kembali perjalanan tetapi dah lebih 20 minit masih x tiba di simpang yg sepatutnya trs blh masuk ke jln yang biasa pulang ke rmh.Bila tgok di GPS masih lg dlm Puncak Alam. Suami mula marah dan letih.

    BalasPadam
  9. Dgn perasaan mrah suami mematikan trs GPS dn buat keputusan, msuk shj ke simpang mna yg dilalui... tpi x jmpa mna2 simpang .suami trs memandu dan tiba2 tayar kereta terasa sperti melalui jln yg berbenggis-benggis atau berlekuk. Trkejut jg suami sy, krn mmg dia sdg di jln raya, masakan tiba2 dihadapannya hanya tanah yg berlekuk-lekuk. Suami x mahu berhenti terus memandu dgn sush payah. Tiba-tiba dia terasa jln berlekuk yg dilaluinya semakin mengecil ttapi masih blh trs memandu.
    Suami semakin letih dn kusut memikirkan mcm mna bleh msuk jln kampung pula ni.Itulah tanggapan awl suami.Dgn perasaan mrah smbil keluarkan kotak rokok dn menarik cermin kereta utk merkok. Sedutan pertama rokok me"relax"kan suami yg keletihan dn hembusan pertama ke luar cermin kereta tlh membeliakkan mata suami dn hampir nk terbabas kereta.

    BalasPadam
  10. Di kiri knn jln kcil tersebut dlm kelam-kelam mlm terpacak byk batu nisan putih di balik semak2 nipis. Suami mencampak puntung rokok dn mula membaca apa yg ptut. dan berkata di dlm hti dgn nekad, klau apa2 yg keluar akn dilibas dgn pedang pusaka arwah bapa mertua yg mmg diletak di tmpat ddk belakang. Didada suami hanya ada satu perasaan ketika itu Perasaan tersebut bkn seram tetapi panas baran krn ada yg nk bermain-main dengannya (maksud suami ialah syaitan) lps tu menyusahkan dia dgn penat memandu, mengantuk dn sekjp tdi berdebar dgn hbt mcm nk tercabut jantung demi melihat tanah perkuburan di kiri knan jln yg dilalui.
    Dgn perasan yg panas baran dn mendidih suami trs memandu jg tnpa menoleh kiri knan. tk sampai 1 minit suami sampai ke simpang yg biasa dilalui utk plg ke rmh seperti yg dinyatakan dalam GPS .Pelik bkn memecut laju pun..sbb suami tau jln tersebut berlekuk-lekuk.

    BalasPadam
  11. Suami ceritakan kejadian ni kpd sy selepas 2 bln dari kejadian semasa scra x sengaja ketika sy bertanya, knp pedang yg di bawa dari rmh Mak Mertua tu x di smpn dlm bilik.dibiar atar almari rak kasut sekian lama. Sebenarnya bukan suami biarkan tetapi suami dalam trauma adakah pedang tersebut punca kejadiam mlm tersebut atau Jln Puncak Alm penyebabnya. Jadi suami cuba menjauhi pedang tersebut dn sentiasa mengelak pergi atau blk dari rmh Mak Mertua pd waktu mlm
    Tetapi jk pedang itu puncanya, tiada pula apa2 kisah menyeramkan dan yg pelik diceritakan mengenai kisahnya semenjak diwarisi dr moyang suami. kecuali ayat suci yg diukir di pedang tersebut yg menarik.

    Jdi fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  12. Sebelum ada uitm kat situ pun dah seram dah

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.