28 Mei 2015

Mati Akibat Panahan Kilat??!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT.


Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.
Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.
Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”
Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-
LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)
1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.
LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)
1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.
LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)
1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.
Sekian.
Sumber : Facebook

7 ulasan:

  1. trauma dengan kilat . famili da 3 org mati kena kilat . sedeh

    BalasPadam
  2. perempuan mmg selalu mcm ni . demi lelaki, sanggup buat ap aje .

    BalasPadam
  3. Uish no 3 di dunia. . Tatotnyaaaaaaaa.....

    BalasPadam
  4. Takutnya bila dengar cerita pasal kilat nie..

    BalasPadam
  5. Mohon kakak kongsi utk anak-anak kakak juga
    Satu informasi yg sangat berguna
    Terima kasih dari kakak.

    BalasPadam
  6. tq for sharingggg.takut nyaa kannn!

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.