14 Mei 2015

Review Nota Purba | Fendi Rocka "Move on!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.
Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada direview. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.
Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.


Blog Nota Purba
Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.
Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian
Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.
Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.
Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"
Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG dah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. Haha
What is chemistry in academic words (not less than 200 words)
"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.


Sekian. 

18 ulasan:

  1. Waaa bestnya grup EFG, btw, mcm menarik je blog FR. insya allah akan BW :)

    BalasPadam
  2. tak kenal maka tak cinta...Fendi Rocka yang saya kenali...penulisannya sangat mantap. tak terfikir oleh sel-sel otak yang berhubung

    BalasPadam
  3. Entry yang bersahaja, suspens dan mencuit hati menarik sesiapa sahaja untuk membaca blog Nota Purba... Semoga Fr diberi idea yang banyak untuk terus berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    BalasPadam
  4. Selamat Maju Jaya FR ....

    Bonde Senyum Riang

    BalasPadam
  5. FR yang misteri ttp menghiburkan.

    BalasPadam
  6. sikit demi sdikit kita bongkar misterinya. >-<

    BalasPadam
  7. Yang belum kenal.. jom kenal dan bongkar segala kemisterian fr ni..

    BalasPadam
  8. "sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari."

    muntah darah

    BalasPadam
  9. review yg pada mulanya nampak seriuss..akhirnya pun serius juga. hehe

    BalasPadam
  10. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    BalasPadam
  11. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    BalasPadam
  12. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    BalasPadam
  13. Nota Purba, Fendi Rocka dan EFG sentiasa bersama kita :)

    BalasPadam
  14. penuh dengan misteri Fr,Nota Purba..EFG terbaikk

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.