22 Mei 2015

Review Sayidah Napisah | Kenapa Angah Tak Suka KC !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kini tibalah masanya untuk angah mereview seorang wanita hebat yang diberi nama Sayidah Napisah. Seorang yang dikenali hasil angah sertai satu pertubuhan blogger hebat masa kini iaitu Exchange Feed Group. Wanita ini dikenali dengan nama ringkasnya iaitu KC yang membawa maksud kak cik. Kc, berumur 19+5+6+3-2-9.* kira sendiri
Kenapa Angah Tak Suka Dengan Kak Cik??!!

1. Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti. Bagus jadi tenaga pengajar tetapi , mengapa jadi tenaga pengajar dan bukannya tenaga lain??
2. KC yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga. Mudah mesra? Kadang-kadang angah rasa KC ni mesra dengan semua orang, sampaikan angah rasa jeles, eh?* tetiba


3. KC dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya. Suatu yang pelik. Selalunya perempuan kalau bab makanan agak kontrol sikit, sebab nak jaga badan, tapi KC ni pelik pulak.

4. KC yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  HAHAHAHAAA. Wow, nampaknya ramalan itu benar belaka, hehehe *gurau


5. KC dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak EFG. Yang ni paling angah tak suka, kenapa senyuman macam iklan colgate? Kenapa senyuman angah tak macam iklan colgate? Hurm...


6. Rupanya model colgate sejak dari sekolah. Rupanya KC ni dari zaman sekolah lagi dah sedemikian rupa, memang duta Colgate dari zaman remaja ke? Heheh


7. Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya.  Okay, untuk fakta ini, angah rasa baguslah, sebab boleh berbakti untuk anak-anak bangsa. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat kelak.



8. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.Awalnya blogging??!! Tapi rasanya angah lagi awal sebab angah start umur 15. Hahahaha, angah menang!! *gurau
9. Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Amboi!! Matematik??!! Kalau angah zaman belajar dulu-dulu, matematik pun antara subjek yang angah suka,tapi setelah adanya subjek Matematik Tambahan, terus minat angah lari ke subjek lain.
10. Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Yang ni pun angah tak suka, atau dalam erti kata lain Jealous. Kenapalah KC ni pandai sangat? Dapat Anugerah Akademik Terbaik pulak tu???!!


11. Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com. Yang ni , angah nak puji, sebab guna domain nama sendiri, sedangkan angah sendiri pun tak letak nama sendiri dekat domain blog.



12. Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu. Yang ni salah satu fakta yang angah tak faham. Kenapa burung juga yang dipilih? Dan apakah signifikan burung itu terhaadap blog itu? Musykil!!

Kesimpulannya :-

Jadi, anda semua dah lihat 12 sebab kenapa angah tak suka dekat KC. Angah rasa sebab- sebab di atas ialah yang paling munasabah yang boleh angah fikir.* cewahh. Angah rasa kalau anda semua nak kenal dengan lebih lanjut tentang KC, bolehlah ke blognya, atau kenali dirinya dengan lebih dekat.
Secara peribadinya, dalam keluarga EFG, yang paling menghiburkan ialah KC, bukan kerana sebab- sebab lain tetapi KC ni suka menyakat orang lain, tetapi itu sifat yang patut dipuji. Angah sebenarnya bukan tak suka, tetapi terlebih suka. * pulakk?? Hahaha , minta maaf KC kalau apa yang angah tulis ni terguris hati anda.

 Sekian, terima kasih.

4 ulasan:

  1. Angah..kita geng bab JELEZ n CEMBURU terhadap KC.. namun, satu persoalan yang timbul... ANGAH minat KC ea???ahha

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.