2 Mei 2015

Sinopsis Filem Pilot Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sinopsis novel pilot cafe , sinopsis filem pilot cafe , pilot cafe , izara aishah , fahrin ahmad , neelofa


Filem Baru!! Filem baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Angah agak kurang gemar dengan filem melayu , tetapi filem ini menarik perhatian angah. Mungkin kerana ianya merupakan hasil buah tangan novelis terkenal Ahadiat Akashah. Apa -apa pun jom lihat sinopsisnya.

SINOPSIS PILOT CAFE


Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan. 
Sharmila (Neelofa), seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya. 

Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin. 
Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe. 
Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak). Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak. 
Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur. 
Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati. 
Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya. 

Filem Pilot Cafe 


Sinopsis novel pilot cafe , sinopsis filem pilot cafe , pilot cafe , izara aishah , fahrin ahmad , neelofa

Pilot Cafe merupakan sebuah filem cinta arahan Osman Ali dan dibintangi oleh NeelofaIzara AishahEizlan Yusof dan Fahrin Ahmad.Filem yang diadaptasikan daripada novel Pilot Cafe hasil nukilan Ahadiat Akashah mengisahkan tentang seorang juruterbang bernama Amer Reza ( Fahrin Ahmad) yang kesepian kerana terkenang kesalahannya terhadap Sharmilla ( Noor Neelofa Mohd Noor) seorang pramugari yang paling cantik kerana menyebabkan gadis itu merana. Kemudian Amer bertemu Maya ( Izara Aishah ) seorang gadis yang melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasih hatinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 April 2015.

Sekian. 

Sumber : Wikipedia



4 ulasan:

  1. Macam best jer..hehe...banyak konflik rupanya cerita ni..

    BalasPadam
  2. bila tengok gambar novel ni teringat masa sekolah dulu. sangat nostalgik. rindu sgt masa lalu. :")

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.