30 Jun 2015

Giant nafi beli kuih raya dari China


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sumber : Sinar Harian

AUTA


SATU mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.
Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.
“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?.
“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.
Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.
Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila  membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

 
FAKTA
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.
Pengurus Kanan hubungan kerajaanGCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.
"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.
"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mengulas berhubung mesej viral itu, Mohd Shahrizal berkata, pihak Giant telah sedia maklum berhubung mesej viral itu sejak kelmarin.
Read more ...

#Cabaran20Hari Menu Wajib Bulan puasa



Assalamualaikum dan salam sejahtera


#Cabaran20Hari diteruskan lagi dengan tajuk Menu Wajib Bulan Puasa

Tidak dinafikan setiap kali bulan puasa, pasti akan ada menu yang angah nanti-nantikan. Bukannya kerana tiada pada bulan -bulan lain , tapi ianya lebih seronok jika dimakan di bulan puasa. Eh? 
Ayam Percik

Air Ribena Laici

Nasi Goreng Ayam Percik

Roti John

dan banyak lagi.


Untuk masa sekarang ini, angah berada seorang diri di Shah Alam tanpa keluarga di sisi, jadi angah hanya makan menu yang sama tiap -tiap hari iaitu Nasi Ayam Percik dan juga Air Ribena. Sebab apa? Sebab angah suka dengan menu tersebut. Untuk pengetahuan semua, angah telah menjadi peminat no 1 nasi ayam percik tersebut sejak dari semester pertama lagi angah di Shah Alam. 


#Cabaran20Hari

Read more ...

29 Jun 2015

Mangsa rakus rakan sekerjasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sumber : Sinar Harian

SEREMBAN - Seorang wanita dirogol selepas diberi minum arak oleh rakan sekerjanya yang meraikan ulang tahun pertama bekerja di sebuah pusat jagaan orang tua di bandar ini, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, wanita warga Pakistan berusia 25 tahun itu dirogol lelaki warga India berusia 32 tahun di dalam salah sebuah bilik di pusat jagaan terbabit sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan laporan, sebelum kejadian mangsa masuk ke bilik untuk tidur akibat pening kepala dan muntah selepas minum arak yang diberikan suspek.
“Pada malam kejadian, suspek memberi minuman arak kepada mangsa selepas meraikan ulang tahunnya selama setahun bekerja di pusat jagaan orang tua itu.

“Mangsa berasa pening kepala dan muntah selepas minum air itu dan terus masuk bilik untuk tidur dan apabila terjaga dari tidur, dia melihat suspek mengambil gambarnya tanpa sebarang pakaian sebelum merogolnya,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya menolak suspek dan melarikan diri dengan keluar dari pusat jagaan orang tua tersebut sementara mangsa meminta pertolongan jiran di hadapan rumah yang kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan 999.

"Sebaik polis tiba, suspek telah melarikan diri dan usaha mengesannya giat dijalankan termasuk mendapatkan bantuan pemandu teksi yang membawa suspek ke Kuala Lumpur selepas kejadian itu.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan selepas tiga jam melakukan jenayah rogol iaitu kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ketika ditahan polis turut merampas barang-barang milik mangsa iaitu sebuah beg, komputer riba dan tiga telefon bimbit milik mangsa dan milik penghuni rumah orang tua tersebut.

"Suspek kini direman sehingga 3 Julai depan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun," katanya.

Sekian
Read more ...

#Cabaran20Hari Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cabaran ketiga iaitu resepi hidangan sahur paling ringkas.

Seperti semua orang ketahui, bahawa angah merupakan seorang yang tidak reti memasak. Angah hanya sekadar tahu memasak mee segera dan juga air sahaja. Hehehe. Jadi resepi hidangan sahur yang paling ringkas ialah.
Buah Kurma
Air Milo 
 Sememangnya bila angah sahur seorang diri,angah akan makan makanan yang paling ringkas. Yang tidak memerlukan angah masak apa jua juadah. Bukannya angah ni seorang pemalas, tapi angah tak tahu memasak. Semuanya nanti angah akan suruh isteri angah yang masak suatu hari nanti, in shaa Allah.
Read more ...

28 Jun 2015

#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cabaran seterusnya ialah mengenai Pengalaman Sahur.

Pengalaman sahur di rumah.
Untuk sahur di rumah, selalunya angah akan bangun ketika makanan semuanya telah terhidang di meja. Semuanya kerana mak angah dah sediakan. Kadang-kadang angah sangat susah untuk bangun. Bila nak makan makanan yang ada di atas meja, seperti tak lalu nak makan. Tak ada selera.
Pernah sekali, angah sahur di rumah tokwan angah. Ketika itu banjir di kampung. Jadi, kami bersahur di bahagian atas rumah memandangkan di bahagian bawah dipenuhi air banjir. Memang seronok.  
 Pengalaman sahur di sekolah.
Angah tinggal di asrama dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima. Apa yang angah boleh katakan ialah , seronok. Sebab apa? Bila tibanya waktu sahur, akan datang warder mengetuk semua pintu dorm. Kemudian, warder tersebut akan menjerit, "Ayam... ayam..!!"
Apabila semua orang turun ke dewan makan nak makan sahur, rupanya ikan kering sahaja. Bukannya ayam seperti yang dijerit oleh warden. Hahaha, memang sampai sekarang angah masih ingat kejadian itu. 
 #Cabaran20Hari
Read more ...

27 Jun 2015

#Cabaran20Hari Erti Puasa Pada Saya



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah , angah rasa masih belum terlewat untuk angah sama-sama menyahut #Cabaran20Hari yang telah dianjurkan oleh EFG. Untuk cabaran pertama ialah berkenaan erti puasa pada anda.
Erti Puasa Pada Angah

Kalau zaman angah masih kecil dahulu, angah tak suka puasa, sebab apa? Sebab tak dapat makan dan minum. Tapi lama kelamaan angah mula suka dengan bulan puasa. Ianya adalah kerana di bazar ramadhan, ada banyak makanan-makanan yang sedap.
Tetapi yang paling utama ialah apabila di hari puasa yang terakhir, memandangkan keesokkan harinya adalah hari raya, semestinya hari puasa terakhir merupakan hari yang paling terbaik, sebab dapat makan dengan sanak saudara apabila pulang ke kampung.

Apabila dah mula membesar, baru angah faham erti sebenar puasa dari sudut syarak. Di mana ada peraturan dan sebabnya mengapa puasa di jadikan sebagai salah satu rukun islam. Jadi, bagi angah sendiri puasa itu banyak ertinya dari segi agama, dan juga dari segi pendapat angah sendiri. 
 #Cabaran20Hari
Read more ...

26 Jun 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada esok hari, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015

Wahh!! Dah nak mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 


Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.


Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Read more ...

Tazkirah Jumaat #31 : Menegur, Mendidik, Meminta, Memberi.



Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Menegur jangan sampai menghina,
mendidik jangan sampai memaki,
meminta jangan sampai memaksa,
memberi jangan sampai mengungkit."

Satu perkongsian mengenai menegur, mendidik, meminta dan juga memberi. Kebanyakan daripada kita selalunya akan melakukan perkara-perkara negatif dalam kehidupan seharian yang mana kita sendiri tidak sedar bahawa ianya ialah sifat negatif.
Kadang-kadang kita menegur sehingga menghina orang. Kadang-kadang kita mendidik orang lain sehingga memaki. Kadang-kadang kita meminta sehingga kan memaksa orang lain. Kadang-kadang kita memberi sesuatu dan kemudianmengungkitnya kembali.
Sedarlah wahai manusia. 

Read more ...

25 Jun 2015

MUET : SPEAKING TEST



Assalamaualikum dan salam sejahtera


Baiklah. Hai semua, dah lama tak bercerita tentang kisah hidup angah kan? Mesti korang semua nak tahu tentang hidup angah, yelah kan sebagai seorang manusia, mana boleh hidup seorang diri. *Pulak dahhh?!!

Angah nak ceritakan tentang pengalaman angah untuk Muet Speaking Test. Pada tanggal 16 Jun yang lalu, angah telah mengambil peperiksaan Muet untuk Speaking di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Angah mendaftar di situ sebagai calon persendirian.
Kenapa angah memilih peperiksaan di sekolah itu?
Semuanya adalah kerana sekolah tersebut terletak berdekatan dengan rumah kawan angah yang terletak di Wangsa Maju. Rumah Maksu angah juga dekat dengan sekolah itu. Selain itu, angah dan dua orang lagi kawan sama-sama mengambil peperiksaan di tempt tersebut. 
 Pengalaman angah??

Apa yang angah rasa ialah "preparation" yang kita kena buat sebelum peperiksaan sangat membantu. Kita kena bersedia untuk menghadapi ujian speaking. Memandangkan angah tidak bercakap English sebagai bahasa harian, jadi anagh menghadapi kesukaran sedikit.
Angah bernasib baik kerana ajaran pensyarah subjek BEL dahulu masih lagi angah ingat. Semuanya sangat berguna. Language Expression dan macam-macam lagi kena hafal jika nak dapat markah banyak.

Ketika Exam??

Alhamdulillah, angah dapat kumpulan dengan seorang kawan angah manakala seorang lagi terpaksa masuk ke dalam kumpulan yang lain. Tapi, yang menakutkan angah ialah apabila salah seorang ahli kumpulan angah ialah seorang GURU BAHASA ENGGERISS untuk sekolah menengah. Sudah semestinya cikgu tersebut sangat bijak berbahasa english.  

Walaubagaimanapu semuanya berjalan lancar. Tajuk dan topik yang angah dapat agak mudah dan anagh dapat memikirkan fakta-fakta yang angah rasa cukup kuat untuk menjadikan angah punya hujah adalah hebat.  Ketika perbincangan, angah suka apabila mencelah ketika orang lain sedang bercakap. Angah suka untuk mengajukan soalan agar angah dapat dilihat sebagai seorang yang banyak cakap.

Kesimpulannya

Selepas habis sahaja peperiksaan speaking tersebut, angah rasa lega kerana semuanya sudah selesai. Dengan persediaan yang agak kelam kabut, angah rasa berbaloi dengan apa yang terjadi ketika peperiksaan.
Apa yang penting kat sini ialah jangan takut untuk berbahasa dengan orang dewasa atau orang yang lebih bijak daripada anda. Mereka mungkin kelihatan bijak dari luaran tetapi di dalam mungkin kita memliki kelebihan yang lain. 
 
 
 Sekian
 


Read more ...

24 Jun 2015

Madeena Skincare by Helenz Signature Terbukti Berkesan Menghilangkan Jeragat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature
Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!
Harga Madeena Skincare by Helenz Signature
Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan

Jadi, apa tunggu lagi?


Khas untuk pembaca blog Diari Jejaka Hangat, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu..
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.


Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....


Cara pembelian Madeena Skincare 
Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi 
  
1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call) 
2. Facebook page
Helenz Signature Official 

3. Instagram
@helenzofficial 

4. Website
www.helenz.my 

Agent & Stokis diperlukan

Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Read more ...

Kenapa Aku Marah!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Secara tegas ingin angah bagitahu bahawa angah tak suka orang yang suka cakap belakang. Kenapa nakc akap dekat belakang? Nak kutuk atau nak cakap perkara buruk pasal orang, apa kata cakap terus di depan-depan. Jumpa secara face to face?
Sememangnya dah ramai manusia yang bersifat sebegini yang angah dah jumpa kat luar. Ada yang mukanya baik tapi rupa-rupanya macam-macam dia dah cakap pasal kita. Itupun angah tahu selepas angah pindah atau selidik dari orang-orang lain.
Seronok ke bila dapat cakap belakang? Atau dalam erti kata lain mengumpat? Kalau perkara tu betul takpa, kita boleh ubah, sebab perkara yang tak betul sememangnya patutu diubah. Tapi kalau benda tu hanyalah fitnah semata-mata, ianya sudah menjadi dosa.

 Dalam erti kata mudah yang angah rasa pelajar sekolah rendah pun boleh faham, kutuk sahaja di depan. Cakap secara terang-terangan apa yang anda tak puas hati. Janganlah jadi talam dua muka. Dekat pihak sana cakap lain, depan kita cakap lain. Tau tak mulut tu angah dah nampak macam apa, macam mulut BABI. Opss.. tersebut binatang yang ada dalam Zoo Negara.

Apa-apa pun angah tahu yang semua orang dah besar panjang. Dah boleh fikir. Diberi akal fikiran yang cukup cerdas untuk berfikir. Kalau pasal GST tau nak bangkang, tapi pasal adab kehidupan macam haprak. Belajar jadi manusia yang boleh jadi manusia. Bukan jadi manusia yang bermulutkan binatang.

Sekian. 
 
 
Read more ...

Wordless Wednesday 50 : Single? Taken?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


I'm not single.
I'm not taken.
I'm simply on reserve for the one who deserves my heart.

Sekian

Read more ...

23 Jun 2015

Demam di bulan RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semestinya setiap orang pernah mengalamai keadaan di mana sedang kesakitan. Angah sendiri sekarang ini masih lagi mengalami sakit yang agak teruk. Angah demam, selesema dan juga batuk. Kalau di waktuhari biasa, angah rasa ianya taklah menyakitkan sangat, tetapi apabila kesemuanya penyakit itu datang ketika di bulan Ramadhan, memang agak teruk.

Sudahlah anagh berada di rumah sewa, semuanya bermula pada hari Jumaat yang lalu dan membawa ke hari ini. Cuba anda bayangkan , bila jumaat, sabtu dan juga ahad, angah seorang diri di rumah sewa, dengan sakit demam yang teruk. Nak pergi bazar ramadhan pun tak larat, tetapi angah gagahkan jugak.


 Kenapa Puasa jugak??

Sebab angah rasa, tak berbaloi untuk tinggalkan puasa hanya semata-mata untuk sakit. Cewahh. Haha, angah tak nak buka puasa memandangkan angah rasa angah still boleh berpuasa. Cuma yang menyedihkan bila bab nak makan ubat tu. Hanya di waktu malam sahaja angah dapat makan ubat. 
 Sekian.
Read more ...

21 Jun 2015

Rezeki Nuffnang Bulan Jun 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana angah amsih lagi ammpu menulis di dalam blog ini di waktu angah sedang menghadapi semester terakhir. Apa yang angah nak ceritakan ialah mengenai rezeki Nuffnang untuk bulan Jun. Alhamdulillah.

7 jenis iklan Nuffnang telah melekat di blog angah. Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang kerana sudi memilih blog angah untuk menjadi blog pilihan anda. Terima kasih.
Sekian. 

Read more ...

20 Jun 2015

Final Semester




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit luahan perasaan berkenaan semester baru. Angah akui bahawa semester terakhir merupakan semester yang susah. Ditambah lagi dengan sifat kemalasan yang sangat-sangat mempengaruhi angah. Baru masuk minggu ke dua, angah masih belum dapat menyesuaikan diri dengan semester baru ini.
Untuk semester baru ini, angah wajib mendaftar untuk 9 subjek jika angah mahu bergraduasi pada masanya. Banyak subjek yang membuatkan angah PENING. Ada subjek yang kena buat report, research dan macam-macam lagi.

Gambar di atas ialah senarai subjek untuk semester 5. Buat masa ini, angah ada masalah dengan subjek Diploma Report. Sebab apa? Sebab anagh kena mencari topik yang sesuai untuk angah membuat report. Angah gagal mencari topik yang sesuai. Bila angah bagitau topik angah kepada lecturer, dia akan tolak topik tersebut. Sakit hati. Mungkin sebab angah punya topik tak menepati apa yang dikehendaki oleh lecturer tersebut.

Untuk subjek-subjek lain, angah rasa masih lagi okay. Memandangkan ada yang baru sahaja kelas pengenalan, angah rasa tak banyak masalah. Subjek recital, angah kena membuat satu konsert kecil di hujung semester ini. Kiranya ianya seperti final project. Angah kena bermain lagu untuk masa 30 minit. In shaa Allah boleh.

Angah harap angah dapat lalui semester ini dengan jayanya, seperti mana angah hadapi semester-semester lalu dengan begitu tidak diduga. Angah juga harap semester ini, angah masih lagi dapat update blog, dan bukannya seperti semester terdahulu di mana, bila masuk sahaja semester baru, angah akan meninggalkan blog untuk seketika.

Sekian. 

Read more ...

Masihkah Kau Ingat??!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.






Read more ...

19 Jun 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Read more ...

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡
Read more ...

Tazkirah Jumaat #30 : Dosaku Terlalu Banyak



Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?"

Jawapan Imam Ghazali :

"Kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat."

Nadzmienasir.

Sebagai seorang hamba, mengakui bahawa dirinya kerdil dan juga hanya satu sahaja Tuah yakni Allah S.W.T. Selalu kita berfikir , mengapa kita masih dihidupkan. Mengapa ajal masih lagi belum menemui kita, sedangkan ada juga orang lain yang belum sempat hidup,telah menemui ajalnya.
Ingatlah bahawa, kita hidup hanyalah kerana Allah. Segalanya telah diaturkanNya. 

Read more ...

18 Jun 2015

Ulangkaji Bab Puasa:-




Ulangkaji Bab Puasa:-
Niat Puasa - "Shj aku bpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"

🔐
Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)


🔭Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan


🔬Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

💝
Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

🌼Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

🌵
Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

🌷
Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk 
7. Org yg sangat lapar & dahaga

🍀
Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.

Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.
🍄Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

🌱
Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu.

🍁
.slmat mjlni ibdah puasa
🍁
Read more ...

Misteri : Ayam dijangkit penyakit misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sumber : Sinar Harian



AYER KEROH – Tiada kes ternakan ayam dijangkiti penyakit misteri dilaporkan di negeri ini yang menjadi viral di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Ketua Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Zanariah Ahmad Patana turut menafikan kejadian berkenaan berlaku di negeri ini dan pihaknya tidak pernah menerima laporan mengenai perkara itu.
Menurut Zanariah, pihaknya juga maklum mengenai penyebaran maklumat ayam dijangkiti virus di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
“Pihak jabatan tidak menerima laporan berkaitan penyebaran maklumat ini. Bagaimanapun sekiranya pengusaha tidak mengikut prosedur penjagaan dan penyembelihan, ia juga boleh menyebabkan daging berbintik-bintik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Terdahulu, satu dakwaan dalam Facebook pada 16 Mac lalu menyebut orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan makan ayam dalam tempoh seminggu dua ini kerana ditakuti boleh dijangkiti virus yang tidak diketahui.
“Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong oleh mereka dijangkiti penyakit misteri.
Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!,” dakwa individu berkenaan dalam laman Facebooknya.
Pemilik akaun itu turut mendakwa, orang ramai yang termakan ayam dijangkiti penyakit misteri itu juga telah dijangkiti bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan.

Sekian 
Read more ...

17 Jun 2015

Wordless Wednesday 49 : Positive

Assalamualaikum dan salam sejahtera


A negative mind will never give you a positive life.

Sekian
Read more ...

16 Jun 2015

Atlet renang Filipina diberi markah kosong


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber : Sinar Harian

DUA atlet renang Filipina diberi markah kosong selepas gagal melakukan terjunan dengan baik dalam temasya Sukan Sea ke-28. 

Video rakaman aksi terjunan John David Pahoyo dan John Elmerson Fabriga juga menjadi viral selepas dimuatnaik ke laman sosial. 

Pahoyo dan Fabriga bagaimanapun tidak menyesal kerana gagal menyempurnakan terjunan tiga meter berkenaan. 

"Ini bukan kali pertama saya gagal menyempurnakan terjunan," kata Pahoyo dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini. 

"Dan saya masih berbangga kerana bukan semua dari kalangan kami mendapat peluang untuk mewakili negara dalam temasya sukan besar," sambungnya. 

"Mampukah anda tersenyum selepas malu di hadapan beribu-ribu penonton?" tambahnya lagi. 

Pelayar laman sosial bagaimanapun berpendapat kedua-dua atlet sudah melakukan yang terbaik. 

"Mereka sudah cuba (yang terbaik). (Rakyat) Filipina tidak akan putus asa. Saya bangga dengan mereka," Kata Jores April. 

Dalam acara tersebut, penerjun negara, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas selepas mengumpul 473.55 mata untuk enam terjunan.

Sekian. 
Read more ...

15 Jun 2015

TPM mahu Malaysia juarai Sukan SEA 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sumber : Sinar Harian

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Malaysia muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2017 apabila menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.
   
Justeru itu, beliau berkata program pembangunan dan latihan berprestasi tinggi untuk atlet negara perlu dipertingkatkan lagi mulai sekarang.
     
"Kita (Malaysia) kena meningkatkan lagi program pembangunan atlet kita dari sekarang dengan memberi tambahan latihan prestasi tinggi. Bukan sahaja di pihak kerajaan, kita perlu bantuan bukan sahaja daripada persatuan-persatuan sukan tetapi juga pihak penaja untuk program latihan.
"Program latihan ini bukan sahaja di dalam negara malahan juga di luar negara, apa yang penting ialah menambah pendedahan atlet untuk bertanding di peringkat antarabangsa sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Malaysia di sini hari ini selepas menyaksikan acara boling Masters Wanita pada Sukan SEA Ke-28 yang sedang berlangsung di republik ini.
Muhyiddin yang ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman  meluangkan masa hampir setengah jam di pusat boling Orchid Bowl, Orchid Country Club, Yishun.
Selain acara boling, Muhyiddin juga dijadual menyaksikan beberapa acara lain yang melibatkan atlet Malaysia seperti gimnastik berirama, badminton, memanah dan pencak silat.
Muhyiddn berkata sebagai tuan rumah pada 2017 nanti, sasaran pingat perlu berdasarkan kepada situasi semasa acara sukan dan pencapaian atlet negara.
"Tidak mustahil jika diletakkan sasaran seperti ini (untuk muncul juara keseluruhan) dapat dicapai," katanya.
Untuk rekod, Malaysia mucul sebagai juara keseluruhan temasya Sukan SEA ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001 dengan mengumpul 111 pingat emas, 98 perak dan 86 gangsa.
Dari segi penganjuran pula, Muhyiddin berkata Malaysia boleh belajar daripada Singapura khususnya dalam memberikan standard yang terbaik atau amalan terbaik sebagai penganjur.
"Kita tidak boleh beri standard yang rendah daripada apa yang diberikan di sini," katanya.
Beliau mengambil contoh penggunaan teknologi digital dalam semua acara yang dipertandingkan, kemudahan venue dan kemudahan-kemudahan untuk atlet sebagai penanda aras untuk Malaysia guna pakai pada 2017 nanti
Muhyiddin turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet Malaysia pada temasya kali ini khususnya dalam kalangan atlet pelapis yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan meraih pingat emas.
"Masih ada ruang untuk kontinjen negara meraih pingat emas kerana semangat atlet kita cukup tinggi," katanya.
Setakat ini Malaysia meraih 47 pingat emas, selepas menambah dua lagi pingat emas hari ini melalui acara pencak silat dan memanah. - Bernama

Sekian 
Read more ...