20 Jun 2015

Final Semester




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit luahan perasaan berkenaan semester baru. Angah akui bahawa semester terakhir merupakan semester yang susah. Ditambah lagi dengan sifat kemalasan yang sangat-sangat mempengaruhi angah. Baru masuk minggu ke dua, angah masih belum dapat menyesuaikan diri dengan semester baru ini.
Untuk semester baru ini, angah wajib mendaftar untuk 9 subjek jika angah mahu bergraduasi pada masanya. Banyak subjek yang membuatkan angah PENING. Ada subjek yang kena buat report, research dan macam-macam lagi.

Gambar di atas ialah senarai subjek untuk semester 5. Buat masa ini, angah ada masalah dengan subjek Diploma Report. Sebab apa? Sebab anagh kena mencari topik yang sesuai untuk angah membuat report. Angah gagal mencari topik yang sesuai. Bila angah bagitau topik angah kepada lecturer, dia akan tolak topik tersebut. Sakit hati. Mungkin sebab angah punya topik tak menepati apa yang dikehendaki oleh lecturer tersebut.

Untuk subjek-subjek lain, angah rasa masih lagi okay. Memandangkan ada yang baru sahaja kelas pengenalan, angah rasa tak banyak masalah. Subjek recital, angah kena membuat satu konsert kecil di hujung semester ini. Kiranya ianya seperti final project. Angah kena bermain lagu untuk masa 30 minit. In shaa Allah boleh.

Angah harap angah dapat lalui semester ini dengan jayanya, seperti mana angah hadapi semester-semester lalu dengan begitu tidak diduga. Angah juga harap semester ini, angah masih lagi dapat update blog, dan bukannya seperti semester terdahulu di mana, bila masuk sahaja semester baru, angah akan meninggalkan blog untuk seketika.

Sekian. 

2 ulasan:

  1. assalamualaikum.
    salam ramadhan.
    in sha Allah angah pasti mampu...
    buat yang terbaik untuk masa depan angah...

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.