30 Jun 2015

Giant nafi beli kuih raya dari China


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sumber : Sinar Harian

AUTA


SATU mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.
Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.
“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?.
“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.
Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.
Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila  membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

 
FAKTA
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.
Pengurus Kanan hubungan kerajaanGCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.
"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.
"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mengulas berhubung mesej viral itu, Mohd Shahrizal berkata, pihak Giant telah sedia maklum berhubung mesej viral itu sejak kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.