25 Jun 2015

MUET : SPEAKING TEST



Assalamaualikum dan salam sejahtera


Baiklah. Hai semua, dah lama tak bercerita tentang kisah hidup angah kan? Mesti korang semua nak tahu tentang hidup angah, yelah kan sebagai seorang manusia, mana boleh hidup seorang diri. *Pulak dahhh?!!

Angah nak ceritakan tentang pengalaman angah untuk Muet Speaking Test. Pada tanggal 16 Jun yang lalu, angah telah mengambil peperiksaan Muet untuk Speaking di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Angah mendaftar di situ sebagai calon persendirian.
Kenapa angah memilih peperiksaan di sekolah itu?
Semuanya adalah kerana sekolah tersebut terletak berdekatan dengan rumah kawan angah yang terletak di Wangsa Maju. Rumah Maksu angah juga dekat dengan sekolah itu. Selain itu, angah dan dua orang lagi kawan sama-sama mengambil peperiksaan di tempt tersebut. 
 Pengalaman angah??

Apa yang angah rasa ialah "preparation" yang kita kena buat sebelum peperiksaan sangat membantu. Kita kena bersedia untuk menghadapi ujian speaking. Memandangkan angah tidak bercakap English sebagai bahasa harian, jadi anagh menghadapi kesukaran sedikit.
Angah bernasib baik kerana ajaran pensyarah subjek BEL dahulu masih lagi angah ingat. Semuanya sangat berguna. Language Expression dan macam-macam lagi kena hafal jika nak dapat markah banyak.

Ketika Exam??

Alhamdulillah, angah dapat kumpulan dengan seorang kawan angah manakala seorang lagi terpaksa masuk ke dalam kumpulan yang lain. Tapi, yang menakutkan angah ialah apabila salah seorang ahli kumpulan angah ialah seorang GURU BAHASA ENGGERISS untuk sekolah menengah. Sudah semestinya cikgu tersebut sangat bijak berbahasa english.  

Walaubagaimanapu semuanya berjalan lancar. Tajuk dan topik yang angah dapat agak mudah dan anagh dapat memikirkan fakta-fakta yang angah rasa cukup kuat untuk menjadikan angah punya hujah adalah hebat.  Ketika perbincangan, angah suka apabila mencelah ketika orang lain sedang bercakap. Angah suka untuk mengajukan soalan agar angah dapat dilihat sebagai seorang yang banyak cakap.

Kesimpulannya

Selepas habis sahaja peperiksaan speaking tersebut, angah rasa lega kerana semuanya sudah selesai. Dengan persediaan yang agak kelam kabut, angah rasa berbaloi dengan apa yang terjadi ketika peperiksaan.
Apa yang penting kat sini ialah jangan takut untuk berbahasa dengan orang dewasa atau orang yang lebih bijak daripada anda. Mereka mungkin kelihatan bijak dari luaran tetapi di dalam mungkin kita memliki kelebihan yang lain. 
 
 
 Sekian
 


3 ulasan:

  1. Menarik perkongsian angah mengenai Muet nie..

    BalasPadam
  2. Bila keputusan muet? Su dapat band 5 tau. Hehehe. Okay jangan bashh. Jom visit blog Su juga ye.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.