5 Julai 2015

#Cabaran20Hari Kenangan Terawih Di Surau Masa Zaman Kanak-Kanak





Kenangan Terawih Di Surau Masa Zaman Kanak-Kanak


Ketika sekolah rendah
Ketika angah kecil dahulu , angah tinggal di Kuarters Polis di Kuala Kangsar, setiap malam akan diadakan solat terawih di surau. Tetapi sedih untuk angah nyatakan di sini bahawa angah lebih suka untuk mengambil makanan moreh daripada menyertai solat. Ketika angah kecil, ibu bapa angah akan bersolat bersama jemaah yang lain manakala angah dan kakak angah akan tunggu sehingga selesai, dan kemudiannya baru mengambil moreh.
Ketika sekolah menengah
Ketika di sekolah menengah, solat terawih di masjid sekolah mempunyai pengalamannya yang menarik. Selepas sahaja berbuka puasa di dewan makan, dengan perut yang penuh dengan makanan , semua orang akan ke masjid dan solat. Cuba anda bayangkan apabila solat dengan makanan yang penuh? Kemudian apabila hampir selesai solat terawih, ramai-ramai akan ke bahagian pintu besar masjid untuk mengambil bungkusan moreh. Ada ketikanya berebut-rebut sehingga makanan itu habis.

Sekian. 

4 ulasan:

  1. Mesti kuih muih moreh tu sedapkan

    BalasPadam
  2. hahaha..kebanyakan kanak2 nk g terawih sbb moreh kan..

    BalasPadam
  3. nak ambik more selalu kena berebut..

    BalasPadam
  4. ahahaha..sabar je laaa.... moreh tu sapa2 pon sanggup tunggu..hehe

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.