1 Julai 2015

Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
Sementara itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin yang mahu kedai mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai pendapatnya sendiri.
“Saya bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?
"Jika tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan dan berniaga?” katanya.
Terbaharu, Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan menegaskan kedai mamak akan terus beroperasi 24 seperti biasa. 

2 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.