2 Julai 2015

Kata Kunci ( Keyword ) 30. 6. 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baiklah. Kali ini angah nak ceritakan pada anda mengenai keywords yang terhasil pada tarikh 30 jun 2015. Dari mana angah dapat statistik ini? Sudah semestinya daripada Nuffnang. Boleh dikatakan angah menerima beberapa keyword yang pelik. Ada juga keyword zaman dahulu yang kini kembali menjadi perhatian orang ramai.


Keyword yang menjadi carian orang ramai. Entri yang dihasilkan pada bulan Mac 2015 yang lalu kembali menjadi hit setelah menjadi carian orang ramai. Inilah dikatakan bahawa entri yang kita buat pada masa sekarang mungkin akan berbisa pada akan datang.



Entri yang dihasilkan pada bulan Mei yang lalu kini kembali menjadi perhatian. Suka apabila angah melihat entri-entri terdahulu menjadi carian orang. Di dalam entri tersebut, angah bercerita mengenai alat muzik brass.


Sebuah entri yang hit. Entri ini mendapat pageview yang banyak berbanding entri-entri yang lain. Mungkin kerana tajuk atau kisah seram menjadi carian orang ramai. Apa- apa pun angah gembira dengan apa yang terjadi.


Ada juga orang mencari blog jejaka. Dan akhirnya keluarlah nama blog angah. Hehe, terima kasih.



Entri mengenai cara untuk mengetahui telefon anda original atau tidak. Sememangnya angah menghasilkan entri ini menggunakan bantuan daripada laman web yang lain. Terima kasih. Angah rasa entri ini bermanfaat untuk anda yang ingin mengetahui bahawa telefon anda original atau pun tidak. Tetapi hanya untuk LENOVO.



Melekat juga keyword ini? Sememangnya angah hanya mengupdate entri berkenaan sekolah berasrama penuh. Memandangkan angah merupakan bekas pelajar sebuah sekoalah berasrama penuh di utara Malaysia, jadi angah dengan rasa gembira terus update entri tersebut. Entri yang dihasilkan pada bulan Januari 2013.


Sebuah entri sinopsis berkenaan sebuah drama yang kini sedang hangat diperkatakan orang ramai. Banyak artikel yang angah lihat yang menyatakan bahawa ianya drama maksiat. Apa- apa pun kita nantikan kesudahan episod drama ini.



Sebuah entri mengenai kejayaan Dato Siti Nurhaliza. Ianya mengenai artis wanita yang paling menyerlah bagi tahu 2014, dan sudah tentunya penyanyi No 1 negara mendapat tempat pertama.


Entri yang menceritakan tentang sambutan hari ibu, adakah haram disambut? Angah menerbitkan entri ini untuk memberikan pendedahan mengenai hukum sebenar apabila menyambut hari ibu.



Sekali lagi , keyword yang hampir sama dengan sebelum ini. Mengenai cerita jalan puncak alam. Apa -apa pun entri ini merupakan entri paling hit sejak beberapa bulan.


Kesimpulannya 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi datang ke blog Diari Jejaka Hangat. Terima kasih kerana mencari kata kunci dan akhirnya datang ke blog ini. 


2 ulasan:

  1. Keyword untuk entri tahun 2013 pun melekat? Bagus-bagus ni.

    Anyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    BalasPadam
  2. alat muzik brass tuh sungguhmantap, kasi tiup macamkasim selamat

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.