11 September 2015

10 Fakta Menarik Tentang Mr Bean Yang Anda Tidak Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Sumber : AstroGempak
Nama watak Mr.Bean lakonan Rowan Atkinson tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dengan hanya gerak tubuh dan mimik muka sahaja watak itu berjaya mencetuskan fenomena luar  biasa di seluruh dunia.
Malah disebabkan watak itu juga, ramai peminat yang sanggup tunggu dihadapan televisyen semata-mata untuk melihat aksi lucu Mr. Bean.
Jadi sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta yang tentang Mr.Bean yang mungkin anda tidak tahu.

1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.
2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.
3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.
4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.
5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.
6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.
7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.
8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.
9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta.
10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.

Sekian.

8 ulasan:

  1. lama tak tengok cerita mr.bean ni...tak sangka walau watak nya jenisyang poyo je,tapi dia terpelajar jugak kan...

    BalasPadam
  2. Huhu Mr. Bean legenda lawak dunia! Tanpa suara pun tetap kelakar!

    BalasPadam
  3. Rindu dengan lakonan mrbean...

    BalasPadam
  4. best...sebab humor yang kategori intelligent

    BalasPadam
  5. dah lama Mr Bean tak keluar dengan cerita baru...

    BalasPadam
  6. Lamaa dah kan zaman Mr. Bean ni berlalu

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.