4 September 2015

Malaysia Di BELASAH UAE !!


Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelasah Malaysia 10-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, sebentar tadi. 
Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu. 
Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama. Jaringan pertama tuan rumah hadir pada minit ke-16, sebelum gol seterusnya pada minit 22, 24, 25, 29, 33 dan 39. 
Gol kelapan, kesembilan dan ke-10 diledak UAE pada minit ke-70, 76 dan 78. Sebelum ini, skuad negara tewas 6-0 kepada Palestin di laman sendiri. 
Sementara itu, keputusan dalam aksi kelayakan lain menyaksikan Korea Selatan membelasah Laos 8-0; Iran menjinakkan Guam 6-0; Australia membenam Bangladesh 5-0 dan Jepun menang ke atas Kemboja 3-0. 
Dalam satu lagi aksi kelayakan yang masih berlangsung, Qatar sedang mendahului Bhutan 8-0 di separuh masa pertama. 

3 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.