13 November 2015

Shah Alam / Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Hari ini angah diberi lagi peluang untuk menulis sedikit sebanyak cerita yang angah ingin kongsikan. Untuk pengetahuan anda semua, angah baru sahaja selesai menghabiskan pengajian peringkat Diploma di UiTM Shah Alam. Pengajian selama lima semester itu bermula sejak Jun 2013 sehinggalah Oktober 2015.

Macam-macam yang angah belajar daripada pengalaman belajar jauh daripada keluarga. Bila mana angah bersama keluarga, susah untuk angah keluar jalan-jalan. Nak dikatakan angah dikongkong keluarga, bukan sama sekali. Tetapi mungkin kerna kekangan pengangkutan. Sebab apa? Di kawasan rumah angah tiada sebarang pengangkutan awam. Jadi, sekiranya mahu kemana-mana ataupun mahu ke bandar, anda semestinya memerlukan pengangkutan sendiri.

Bila angah berada di Shah Alam, angah agak bebas. Maksud bebas di sini ialah bebas untuk kemana-mana. Sebabnya di bandar Shah Alam ada banyak pengangkutan awam. Kalau nak pergi Kuala Lumpur, pengangkutan yang ada pun memuaskan. KTM , bas Rapid dan macam-macam lagi ada di Shah Alam. Sangat memudahkan.


Bila angah tinggal di rumah keluarga. Susah untuk angah keluar. Jadi, angah hanya berada di rumah , atau melepak di rumah kawan-kawan yang hanya di sekitar kawasan rumah sahaja. Kalau teringin nak berjalan-jalan dengan lebih jauh, hanya dengan bersama family sahaja.

Apa-apa pun , kedua-dua tempat mempunyai positif dan negatifnya jugak.
Read more ...

12 November 2015

Di mana "SEMANGAT" itu?




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama nampaknya angah tak berceloteh dan bercerita dalam blog ni. Bukannya apa, buat masa sekarang ini, susah untuk angah update entry blog. Masalahnya di sini bukannya kerana angah tak ada internet nak online, atau sambungan wifi rosak, tetapi angah tak ada mood untuk berblogging.
Masih angah ingat pada suatu masa dahulu, angah setiap hari akan mengupdate blog. Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada 3 entri yang akan dihasilkan. Tetapi sekarang ini angah semakin malas nak mengupdate blog. 
Seronok tengok rakan-rakan lain sering mengupdate blog, dengan cerita-cerita menarik. Tentang kehidupan mereka, tentang dunia hiburan, tentang macam-macam lagi. Tapi angah masih belum mempunyai mood untuk menghasilkan entri.

In shaa Allah , selepas ini secara perlahan-lahan angah akan kembalikan semangat untuk berblogging. In shaa Allah.
Read more ...

5 November 2015

Lagu Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Milikmu Selamanya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak share dengan anda semua tentang lagu terbaru daripada penyanyi No 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Sebenarnya, bagi mereka yang sering melayan drama Memori Cinta Suraya pasti selalu dengar lagu yang dimainkan pada permulaan dan akhir drama tersebut.

Angah sertakan disini video serta lirik lagu tersebut :-



Apakah kau tahu
Di dalam hatiku
Cintamu telah larut
Menjadi darahku

Betapa rinduku
Tak henti menderu
Indahnya namamu
Berharap kau selalu ada

Menemani aku
Saat tawa dan tangisku

Cintaku ini cinta sejati
Kepadamu belahan jiwaku
Tak akan pernah luntur dan layu
Janjiku paut di dalam hatimu
Selamanya aku milikmu
Selamanya aku milikmu

Ku rebahkan hidupku padamu
Yakini ku milikmu selamanya

Cintaku ini cinta sejati
Kepadamu belahan jiwaku
Tak akan pernah luntur dan layu
Janjiku paut di dalam hatimu
Selamanya aku milikmu
Selamanya aku milikmu
Milikmu
Read more ...

2 November 2015

I'm Back !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa khabar anda semua? Alhamdulillah. Sebulan lebih angah berehat daripada blogging. Berehat secara total daripada dunia blogging. Sekarang ni, bila nak menulis kembali pun rasa kekok. Walaubagaimanapun, rasanya sudah sampai masanya untuk angah kembali aktif dengan blogging.

In shaa Allah ,dalam jangka masa beberapa hari ini angah akan kembali berblogging dan aktif semula. Minta maaf sekiranya ketiadaan angah selama sebulan lebih ini membuatkan semua tertanya-tanya.

Sekian. 
 
Read more ...