12 November 2015

Di mana "SEMANGAT" itu?




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama nampaknya angah tak berceloteh dan bercerita dalam blog ni. Bukannya apa, buat masa sekarang ini, susah untuk angah update entry blog. Masalahnya di sini bukannya kerana angah tak ada internet nak online, atau sambungan wifi rosak, tetapi angah tak ada mood untuk berblogging.
Masih angah ingat pada suatu masa dahulu, angah setiap hari akan mengupdate blog. Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada 3 entri yang akan dihasilkan. Tetapi sekarang ini angah semakin malas nak mengupdate blog. 
Seronok tengok rakan-rakan lain sering mengupdate blog, dengan cerita-cerita menarik. Tentang kehidupan mereka, tentang dunia hiburan, tentang macam-macam lagi. Tapi angah masih belum mempunyai mood untuk menghasilkan entri.

In shaa Allah , selepas ini secara perlahan-lahan angah akan kembalikan semangat untuk berblogging. In shaa Allah.

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.