2 Januari 2015

This Year Will Be Different!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun baru 2015 baru sahaja menjengah masuk. Ramai rakyat Malaysia secara khususnya sudah menyatakan azam baru mereka. Ada yang mahu menjadi kaya,ada yang mahu kurus dan ada juga yang mahu lebih bahagia.
Percayakah anda bahawa kebanyakan daripada kita tidak pernah azamnya tercapai? Semuanya kenapa? Semuanya adalah kerana sikap dan diri sendiri. Contohnya, seseorang itu berazam untuk menjadi kurus. Tetapi apa yang dilakukannya ialah sama seperti tahun sebelum iaitu,setiap hari makan makanan segera dan tidak pernah bersenam.
Jadi,apa yang penting di sini ialah. Sikap dan diri sendiri perlu diperbetulkan dahulu. Kalau tak,buatlah azam seberapa banyak setiap tahun,tapi percayalah tiada satu pun yang akan tercapai.
Sekian. 
 
 

Read more ...