5 Januari 2015

GegarVaganza : Bintang Lama Kembali Menyengat






 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penyanyi Ayai (Illusi) menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Ahad. Kemenangan tersebut membolehkan Ayai membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi. 

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist dengan  memberikan persembahan mantapnya.Lagu yang telah dipersembahkan Ayai pada Konsert Akhir Gegar Vaganza ialah Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad. 

“Secara jujurnya saya berada di pertandingan ini pun kerana menggantikan seorang penyanyi lain yang telah menarik diri.“Saya sendiri tidak menyangka akan berada hingga ke tahap ini. Syukur rezeki berpihak kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Akhir Gegar Vaganza.

Ayai juga berharap agar kemenangannya ini menjadi platform kepadanya untuk kembali aktif dalam industri muzik tempatan.Penyanyi Haleeda telah muncul sebagai naib juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza dan memenangi wang tunai RM30,000 beserta trofi.Haleeda telah memukau penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dengan persembahannya yang mengagumkan.Dia yang memberikan saingan hebat kepada Ayai telah menyampaikan lagu Mendua dan Pelesit Kota untuk pusingan pertama sebelum berduet dengan Ifa Raziah untuk lagu Fanatik. 

Konsert Akhir Gegar Vaganza juga menjadi sejarah buat bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat apabila dia diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik hasil pilihan penonton dan membawa pulang wang tunai RM5,000.Mamat yang menyampaikan lagu popular Exist Salju Di Danau Kota dan Janji Padamu turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga yang merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi. 

Sementara itu, Rahmad Mega telah memenangi tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala Ifa Raziah menduduki tempat kelima dan membawa pulang RM5,000. Fazli Zainal melengkapkan finalis pada malam tersebut dan berada di tempat keenam dan membawa pulang RM3,000. 

Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.Turut menyerikan lagi malam final itu ialah persembahan hebat dari artis-artis jemputan seperti Black, Faizal Tahir, Spoon, New Boyz, Kristal, ratu dangdut Amelina dan raja pop Datuk Jamal Abdillah. 

Sepanjang tujuh minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terlibat dengan pertandingan itu ialah menyertai pertandingan tersebut iaitu Hasnol, Sam (Innuendo),  Shima, Sharifah Zarina, Nadia dan Adilla.Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor. 

Para peserta diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Sekian. 
Read more ...