7 Januari 2015

Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb


Assalamualaikum...

http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.

CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Jom join jom!!


Read more ...

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking


Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com/ . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .


......................................................................................

Jom sama-sama memeriahkan segmen simple ini. Dah lama sebenarnya angah tak join segmen. Nasib baik ada juga satu segmen menarik ini.
Read more ...

Penipuan Terbesar Rakyat Malaysia





Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Sumber : Siakap Keli


'masa sekolah dulu,ustaz cakap kalau makan x baca bissmillah,syaitan akan makan bersama kita,jdi kwan aku pun dgn selamba cmpur julap dalam makanan dan trus mkn tanpa baca bismillah sambil gelak dia cakap"padan muka kau syaitan , lepas ni mesti cirit birit." '


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di atas merupakan sebahagian daripada lawak-lawak yang telah ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri. Lawak yang bermula apabila bermulanya lawak Tiket Bas , akhirnya telah menyebabkan ramai orang mula membuat lawak mereka tersendiri.
Bagi angah sendiri,ianya merupakan salah satu idea kreatif rakyat Malaysia. Lawak itu menunjukkan betapa lawak itu bermaksud perbodohkan diri dalam sesuatu perkara.
Sekian. 






Read more ...

'Kembar Bumi' semakin hampir ditemui!!



Sumber : Berita Harian
MIAMI: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) semakin hampir menemui apa yang dinamakan sebagai planet 'kembar bumi' susulan pengumuman penemuan lapan planet baharu yang mengelilingi orbit.
Dua daripada lapan planet yang mirip bumi juga seperti planet yang sudah dikenali adalah berada di luar sistem matahari, demikian menurut pakar astronomi memberitahu Persidangan Persatuan Astronomi Amerika ke-225 di Seattle, Washington, hari ini.
"Pasangan kembar bumi itu dikatakan mempunyai permukaan keras dan berbatu dengan kedudukannya dari lingkaran bintang yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk air serta kemungkinan hidupan bernyawa wujud di planet berkenaan," kata pakar astronomi.
Penemuan itu menambahkan lagi planet yang yang dikatakan terletak berdekatan dan bersaiz bumi, serta dipercayai apa yang dinamakan 'Goldilocks zone" atau zon habitat kepada himpunan bintang di orbit.
"Kami semakin dekat daripada yang diusahakan selama ini untuk menemui 'kembar bumi' yang mengeliling himpunan bintangnya," kata Fergal Mullally dari Pejbat Kepler NASA.
NASA dengan bantuan misi pencarian Kepler, satu teleskop angkasa yang berkebolehan mencerap lebih 150,000 bintang di sekitar planet yang di luar dari sistem solar, dilancarkan pada 2009.
Himpunan terbaharu planet yang dijumpai Kepler dan diumumkan semalam ialah 554, menjadikan semua 4,175 planet berpotensi ketika ini. - AFP


.................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaman sekarang ini,ramai manusia yang mencari planet yang sama seperti bumi.  Kerana apa? Pertamanya ialah kerana kemungkinan kewujudan makhluk bernyawa di planet yang serupa dengan bumi itu. Keduanya supaya manusia di bumi dapat berpindah ke planet baru,selepas bumi musnah. Ketiga,sekadar ingin menunjukkan bahawa mereka organisasi terhebat dalam pencarian planet.
Walau bagaimanapun,angah sendiri merasakan tidak perlu untuk mencari planet baru. Sebab apa? Sebab buat masa sekarang,yang paling penting ialah perbaiki planet bumi yang semakin nazak. Semakin banyak kerosakan yang dihasilkan berbanding 10 tahun yang lalu. Dan boleh dikatakan setiap hari akan bertambah kerosakan.
Sekian. 
 
Read more ...

Kedai ini ada Pelaris (Khadam jin) ??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Kadang-kadang ,saya rasa pelik dengan satu kedai makan ni. Makanannya tidaklah sesedap mana pun. Yang peliknya,ramai pula pelanggan. Tak putus-putus pulak tu!"

Itulah salah satu dialog yang boleh dilihat daam masyarakat kita pada masa sekarang. Sememangnya dapat dilihat di kawasan bandar mahupun luar bandar,berkenaan bertambahnya bilangan kedai makan yang diuruskan oleh orang melayu. Ada beberapa kedai yang laris perniagaannya dan ada juga yang tidak seberapa.
Apa yang menjadi persoalannya di sini, adakah kedai yang kita telah pergi itu benar-benar bebas daripada sebarang penggunaan unsur ilmu sihir? Boleh dikatakan mungkin juga kedai yang kita pergi itu telah terjebak dengan unsur sebegini.
Oleh itu,sebagai pencegahan awal,angah telah mendapat satu informasi berguna berkenaan hal ini. Cara yang sangat mudah untuk kita ketahui sama ada kedai itu penggunakan Pelaris ataupun Tidak. 
............................................................................................................


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin) , baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta . Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah nak tiup macam  bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas ( mcm ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut,"khadam" itu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (Surah an-Nas) dan (Surah al- falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang,ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu."
...........................................................................................

Sememangnya sebagai seorang yang inginkan segala benda yang masuk ke dalam tubuh badan kita,bahan yang suci dan murni sangatlah diperlukan. Jika kita telah terperangkap ke kedai yang mempunyai pelaris,bukankah ianya membawa kemudaratan kepada diri kita?

Apa-apa pun yang paling penting ialah mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Sekian. 
Read more ...