8 Januari 2015

Orang Inggeris , Orang Cina , Orang Melayu




Orang Inggeris bila berseorangan , dia akan mengembara dalam negaranya.
Bila berdua , mereka akan mengembara ke negara orang lain.
Bila bertiga atau ramai , mereka akan menjajah negara orang.

Orang Cina ,  bila berseorangan, dia akan berfikir.
Bia berdua , mereka akan berniaga di negerinya sendiri.
Bila bertiga ,  mereka akan berniaga di negara orang.

Orang Melayu , bila berseorangan , dia akan tidur.
Bila berdua , mereka akan bersembang.
Bila bertiga , mereka akan bergaduh.

....................................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sedikit perkongsian yang angah mahu kongsikan dengan pembaca semua. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa angah ialah seorang yang racist. Tetapi yang sebenar-benarnya ialah angah mahu bangsa angah maju. Takkan sekadar berada di bawah kemajuan bangsa lain?
Ada benarnya bahawa orang melayu selalu bergaduh. Tidak boleh melihat orang melayu lain yang berjaya. Tetapi tidak semua. Kalau ada yang berperangan sebegitu, mengapa kita juga mahu menjadi sebegitu?
Inilah masanya untuk kita bangkit. Bekerjasama dalam memajukan Malaysia iaitu negara yang mempunyai perkataan MALAY di dalam namanya sendiri.Bukannya Cinasia mahupun Indiasia.
.................................................................................

Kesimpulannya, angah harap agar kita dapat majukan diri dan keluar daripada kepompong untuk mendapatkan apa yang sebetulnya adalah hak kita. Jangan terlampau lama berada di zon selesa,kerana kelak mungkin zon selesa tersebut bakal menjadi zon neraka.
Sekian. 
 
 
 


Read more ...

Kisah Benar Tentang Seekor Ketam






Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di bawah ini ialah kisah tentang ketam. Kalau sebelum ini anda belum pernah dengar tentang ketam,jadi angah nak kongsi dengan anda tentang perbezaan antara ketam mengikut bangsa. Bukankah ianya suatu yang pelik?
 .......................................................................

Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam. 
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? 
Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu? 
Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina? 
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la… 
Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. 
Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka? 
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. 
MORAL:
Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju. ### lessons learned



........................................................................


Anda faham dengan maksud sebenar cerita ini? Apa yang boleh angah cakap ialah tepuk dada tanya iman.  
Read more ...