24 Februari 2015

Dah Lama Pendam #1



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sekadar luahan perasaan : Buat masa sekarang ini , angah sudah merasakan beberapa tekanan daripada pelbagai pihak. Tekanan yang semakin dirasai. Entahlah , kadang-kadang rasa penat nak berbuat baik dengan orang, penat nak berlatih main alat muzik ,penat nak bergaul dengan orang ramai.
Tapi bila fikir balik , kalau berhenti buat semua tu, bila masa nak move on? Takkan nak berada di tempat yang lama?
Minggu depan , budak2 degree dah masuk balik ke fakulti. Bermakna nanti akan ada perebutan tempat prektis , memandangkan fakulti muzik bukanlah satu fakulti yang besar , sangat penat.
Di tambah lagi dengan subjek-subjek yang semakin mengganas. Ada yang nak kena prektis benda lain. Bukan setakat instrument major angah sahaja , tapi ada lagi instrument tambahan.
Satu lagi , ada pulak perangai segelintir manusia, yang kononnya berperangai suci bagaikan malaikat , tetapi sebenarnya perangainya mengalahkan binatang. Even binatang pun lagi bagus daripada dia.
Ada pulak perangai beberapa orang yang hanya mahukan kesenangan dalam hidup. Semua assignment nak disuruhnya orang lain buat. Memang tak reti nak buat sendiri? Buat penat je datang universiti tapi semua kerja bukan diri sendiri yang buat. Macam mana nak pandai? Pastu bila dah tak dapat kerja, salahkan kerajaan, mulahlah buat demonstrasi.
Ada juga yang jenis salah kan orang lain bila dapat result teruk dalam exam. Padahal diri sendiri tak reti nak belajar. Bukan orang mengajar yang cari anak murid, tapi anak murid yang cari guru. Ini pulak dah terbalik.
Sekian. 
 
 
 
 
 
 
Read more ...

Hadiah Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak umumkan senarai hadiah daripada para sponsor. Alhamdulillah , untuk giveaway kali ini, pelbagai hadiah menarik telah disediakan untuk para pemenang. In shaa Allah , mereka yang bertuah akan mendapat habuannya.


 Dress + Shawl oleh  Kathy Rbain

Pemenang : 2 Orang

Cash RM10 oleh Zuhaira Nasrin

Pemenang : 1 Orang

Cash  RM10 oleh  Fadzi Razak

Pemenang : 1 Orang


 1 PEK (2 NANO SIM ADAPTER + SIM Card tray remover key + Micro Sim adapter)
 oleh Isra Ismail

Pemenang :  1 Orang



Cardigan Labuh Paras Punggung oleh Fara Hanim

Pemenang : 1 Orang


Keychain Sarawak + Pen oleh Nazirah Norazam

Pemenang :  2 Orang



Shawl + Topup RM5 oleh  Ana Solehah

Pemenang : 2 Orang



Topup RM 5 oleh  Wanrus Waniee

Pemenang : 2 Orang



Topup RM10 oleh Syafiqah Farhana

Pemenang : 1 Orang


 Ostematrix Pil Kalsium oleh  Suhailah Hamid


Pemenang : 1 Orang



Review Blog untuk 10 blog.


Sekian.
Read more ...

Lirik Lagu : Matahari Hafiz Suip


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hafiz Suip



Lirik Lagu Matahari Hafiz Suip

Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu


Sekian.
Read more ...