14 Mac 2015

Keroncong Team !!



Assalamaualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak bercerita tentang Keroncong. Rasanya semua orang tahu bahawa keroncong merupakan salah satu genre muzik yang terdapat dalam muzik asli malaysia. Untuk pengetahuan anda semua , dalam subjek Malaysian Music 4 , angah perlu belajar tentang cara keroncong di mainkan.
Di dalam satu kumpulan keroncong , terdapat 6 instrument iaitu ; -
1. Cak ( Ukulele )
2. Cuk ( Ukulele)
3. Double Bass
4. Cello
5. Acoustic Guitar
6. Voice
7. Melody Instrument

Sememangnya ketika di semester pertama , kedua dan ketiga , angah paling risau bila mana akan belajar keroncong. Sebab apa? Sebab angah langsung tak reti main instrument yang bertali , contohnya gitar. Dalam 6 instrument tersebut , hanya voice dan melody instrument sahaja yang bukan bertali. Angah risau , tentang bagaimana kelas akan berlaku , bila angah tak reti main apa -apa  alat bertali?

Alhamdulillah , angah akhirnya boleh bermain double bass. Tetapi , malangnya untuk exam , angah perlu main melody instrument iaitu Flute. Nasib baik ketika di semester ketiga , dalam subjek Malaysia Music 3 , angah perlu bermain Flute untuk muzik asli melayu. Alhamdulilah , jadi angah dapat satu kelebihan di situ.
Peperiksaan Amali Akhir

Untuk peperiksaan amali akhir , setiap kumpulan perlu mempersembahkan 3 buah lagu yang mempunyai pelbagai variasi skill permainan keroncong.
Untuk kumpulan angah , kami telah memilih lagu :-
1. Patah Seribu - Shila Amzah
2. Titanium - David Guetta
3.  Keroncong Untuk Ana - M. Nasir

Alhamdulillah , buat masa sekarang untuk latihan  , segalanya berjalan dengan lancar. Harapannya semoga di hari peperiksaan amali nanti , group angah dapat lakukan persembahan terbaik dan lancar.
Sekian. 
 
 
 
 
 
 

 

Read more ...

Lagi Satu Hari !! BLOGGER !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Excitednya angah hari ini apabila angah nak umumkan hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 akan ditamatkan. Alhamdulillah. Ramai peserta yang telah join. Terima kasih diucapkan kepada semua yang join.
Kepada yang belum join , ini mungkin adalah masanya untuk anda sertai giveaway angah ini. Ini merupakan giveaway pertama di tahun 2015 ini. Mungkin pemenang kali ini akan dimenangi oleh anda??
Apa - apa pun angah harap agar semua orang dapat sertai dan menabah kenalan daripada giveaway ini. In shaa Allah angah harap agar semua orang dapat kelebihan daam giveaway ini. 
 
Read more ...