16 Mac 2015

Kepenatan Di Hari Isnin



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , semakin hampir ke hari terakhir dalam semester 4 , bermakna semakin penat. Baru hari pertama di minggu ke 13 , angah sudah rasa penat yang amat. Bayangkan , kelas dari pagi , memang tak berhenti. Lepas tu kena layan pelbagai lagi kerenah manusia.
Sememangnya hari isnin merupakan hari yang sangat memenatkan. Sebab apa? Sebab hari isnin kena pakai baju formal. Ya! Baju kemeja dan seluar slack seperti mahu ke pejabat. Bayangkan , sehari suntuk pakai baju tu , mungkin korang rasa , alah pakai baju kemeja je kut , tapi angah adalah student muzik. Yang perlu practice setiap instrument , bukan sekadar membuat assignment bertulis.
Satu lagi , angah tak suka hari isnin sebab ada subjek Modern Harmony. Subjek yang nampak macam best pada tajuknya , tetapi sememangnya bagi angah ianya bagaikan subjek Add Math + Prinsip Perakaunan + Bahasa Inggeris. Susah bukan? Bila dalam kelas modern harmony je , mesti kepala angah macam dah berserabut.
Apa -apa pun angah rasa , hadapi je semua dugaan ini. In shaa Allah , lagi sikit je nak habis semester 4 ni. Chaiyokk!! 
 
Read more ...

Terima Kasih Semua Blogger..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Suka citanya dimaklumkan bahawa Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 telah pun tamat pada jam 12.30 malam kelmarin. Terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang telah memeriahkan giveaway kali ini.
Alhamdulillah , giveaway ini telah berjaya mencapai sasaran apabila hampir 100 blogger telahpun menjadi peserta giveaway ini. Sememangnya , angah risau juga tentang giveaway ini memandangkan angah sekarang ini masih dalam kuliah. Tetapi alhamdulillah , segalanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua blogger yang sudi sertai Giveaway ini. In shaa Allah pemenang bakal diumumkan dalam masa terdekat. 
Read more ...