17 Mac 2015

Pemenang Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sekarang akan diumumkan pemenang bagi Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih. Kepada yang tidak terpilih , mungkin ini bukan rezeki anda. Apa - apa pun  , mari kita lihat siapakah pemenangnya!! 

Alhamdulillah , angah telah menggunakan khidmat random.org untuk membantu angah memilih 14 orang pemenang. Tahniah!! 
Sila Check Nombor Anda 

 
Hadiah : Ostematrix Pil Kalsium x 1 oleh Suhailah Hamid 


Hadiah :  Topup RM10 x 1 oleh Syafiqah Farhana

Hadiah :  RM10 x 1 oleh Fadzi Razak



Hadiah : Topup RM 5  x 2 oleh Wanrus Waniee



 Hadiah : Shawl x 1 oleh Ana Solehah


Hadiah : Topup RM5 x 1 oleh Ana Solehah


Hadiah : Keychain Sarawak + Pen x 2 oleh Nazirah Norazam



 Hadiah :  Cardigan Labuh Paras Punggung x 1 oleh Fara Hanim


Hadiah : Cash RM10 x 1 oleh Zuhaira Nasrin


Hadiah : 1 PEK ( 2 NANO SIM ADAPTER + SIM Card tray remover key + Micro Sim adapter ) x 1 oleh Isra Ismail


Hadiah :  Dress x 1 oleh  Kathy Rbain


Hadiah :  Shawl x 1 oleh  Kathy Rbain



Tahniah diucapkan kepada semua yang telah memenangi.
..........................................................

Peringatan :-

Perhatian kepada semua pemenang , anda diminta memberikan butiran -butiran berikut ke fanpage Diari Jejaka Hangat.
Nama :
Hadiah : 
No Telefon : 
 Alamat :
( * Kepada yang menang cash , sila sertakan sekali no akaun dan juga bank anda.)

Tuntutan hadiah diberi masa selama seminggu sahaja ( 7 hari ). Sebarang kelewatan tidak akan dilayan , dan bermakna hadiah anda akan diberikan kepada tuan punya blog ini. :)
 
Sekian.





     








Read more ...

Apakah air detox atau infused water??



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Apakah air detox atau infused water



Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Hn selalu buat infused water ni malam sebelum tidur. Potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni. Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi  kesihatan dan bertindak sebagai air detox ku telan saje. 
Kebaikan infused water 
Infused water ini bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. 
Selain tu : 
Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya. 
Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok.. 
Membantu untuk menambahkan metabolism badan. 
Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak. 
Resipi dan kegunaan air detox infused water 
Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja. 
Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepaladtok2Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala. 
Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman 
dtok3 
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik. 
Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
dtok4 
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak. 
Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati
dtok5

Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati. 
Air Detox untuk kempiskan perut 
dtok6 
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack.. 
dtok7dtok8Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, Hmn pun terikut nak buat. Lagi-lagi memang tengah diet yang tak berapa nak diet ni.

Sekian.


Read more ...