24 Mac 2015

Feel Bored?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , angah diberi kesempatan untuk update entry untuk kali ini. Sebenarnya  , semakin hari , angah semakin tak sabar untuk aktif sepenuhnya berblogging. Sememangnya inilah yang angah tunggu - tunggu kan selama ini. Seharian hanya berblogging sahaja.
Tetapi , sekarang belum tiba lagi masanya. Masih lagi berbaki 2 minggu sebelum angah betul2 selesai untuk semester 4 ini. Ada lagi 3 exam besar dan beberapa assignment yang perlu dihantar dan disiapkan terlebih dahulu.
Stress?? Sudah semestinya , tetapi alhamdulillah , bila kita dapat kawal stress kita , in shaa Allah , segalanya akan berjalan dengan lancar. Angah harap agar semester ini akan menjadi kenangan. Memandangkan pelbagai perkara yang angah lalui sepanjang semester ini.
 Kalau ketika di awal semester , angah rasakan semester ini tersangatlah susah dan lambat nak habis. Tup tup dah nak habis dah semester ni. Yeah!!! Seronok sangat. Tapi , untuk semester terakhir , ia merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja memandangkan ia merupakan semester akhir , satu projek akhir perlu dilakukan iaitu RECITAL.
Sekian. 
Read more ...

Segalanya Dipermudahkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala urusan angah telah dipermudahkan. Selesai sudah beberapa exam yang angah telah hadapi baru-baru ini. Setakat hari ini, segalanya telah berjalan dengan lancar. Maksud 'lancar' di sini bukanlah bermakna 100% sempurna , tetapi semuanya berjalan dengan baik. Masih ada beberapa kekurangan yang sepatutnya perlu diperbaiki. Tetapi secara keseluruhannya baik.
Kini , hanya berbaki lagi beberapa perkara sahaja sebelum angah selesai semester ini. Masih terdapat 2 lagi assignment yang perlu dihantar , satu lagi exam persembahan dan juga 2 exam bertulis. Selepas itu , angah telah pun selesai semester 4 ini. Lagi? Angah boleh berblogging semula!! Yeayy
Sekian. 
 
Read more ...

Hormati Peminat Bertudung ,Artis KPOP Pakai Sarung Tangan




Penyanyi kumpulan K-Pop yang semakin dikenali di serata dunia iaitu GOT7 telah hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat bertempat di KL Live Center, Kuala Lumpur pada Sabtu.Majlis yang dinamakan ‘GOT7 1stFan Meeting in KL’ telah berlangsung dengan begitu meriah.

Namun apa yang menarik perhatian ialah sikap mereka yang peka terhadap sensitiviti peminat beragama Islam di Malaysia.GOT7 yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Jae Bum (JB), Junior (JR), Jackson, Mark, BamBam, Youngjae dan Yugyeom begitu ramah melayan peminat bertuah sepanjang sesi ‘high-five’ berlangsung.

Menurut peminat yang dikenali sebagai Maslina, ahli kumpulan tersebut memakai sarung tangan bagi mengormati peminat mereka yang beragama Islam dan menjaga batas-batas mereka.






Foto anggota kumpulan GOT7 memakai sarung tangan yang tersebar di laman sosial.


 



“Saya rasa cukup kagum dengan GOT7 kerana mereka memahami sensitiviti di negara kita dan sepanjang sesi itu dijalankan.“Malah ketua mereka (JB) yang memulakan tindakan memakai sarung tangan dan kemudiannya diikuti oleh anggota yang lain.

“Mereka juga tidak mempunyai masalah mengenakan sarung tangan dan masing-masing seronok melayan karenah kami (peminat).” katanya yang juga merupakan peminat tegar Jackson.Selain itu, BamBam dan Jackson bukan sahaja bersalaman malah mereka juga turut bersapa dan mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan oleh peminat sewaktu sesi itu berlangsung.

Kisah GOT7 memakai sarung tangan telah menjadi bualan hangat di laman sosial sehingga menjadi trending di Twitter dengan hashtag #got7glove.

Acara yang dianjurkan oleh eRama.tv itu telah berlangsung dengan begitu meriah dan bersih tanpa sebaran isu panas ataupun perkara-perkara pelik yang dilakukan oleh peminat fanatik.Ini merupakan acara sesi perjumpaan peminat pertama bersama artis K-Pop selepas isu salah fahamKONTROVERSI PELUK CIUM ARTIS KOREA sekitar Januari lalu.
Read more ...