11 April 2015

Kejayaan : Wang atau Usaha ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian kali ini berkenaan satu gambar yang angah jumpa di wall facebook. Sebuah gambar yang memberi maksud yang mendalam. Mengikut tafsiran angah , gambar ini menunjukkan , dalam mencapai kejayaan , ada dua jenis manusia. Satu , ialah jenis yang jalan beliau untuk mencapai  kejayaan atau untuk berjaya dibantu dengan wang , dan jenis satu lagi ialah orang yang berusaha sehabis mungkin untuk berjaya tanpa sebarang bantuan.
ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MANA?

Angah rasa , angah bukanlah orang yang mencpai kejayaan dengan bantuan wang, tetapi hasil usaha sendiri dan juga bantuan motivasi daripada orang sekeliling. Angah berada di prestasi sekarang adalah kerana hasil usaha angah serta doa dan tawakal terhadap apa-apa sahaja yang akan terjadi.
Kadang-kadang angah berasa cemburu dengan orang yang senang sahaja mendapat kejayaan , hanya dengan wang , dia mampu untuk mencapai kejayaan dalam jangka masa yang sangat singkat. Kalau angah pulak , perlukan masa dna ruang untuk mencapai kejayaan yang diharapkan.
Apa yang penting, mungkin dengan usaha dan motivasi daripada orang sekeliling dapat jadikan kita lebih bersemangat, dan mungkin kejayaan yang kita dapat pada masa akan datnag , akan dirasai dengan lebih puas. Sebab semuanya ialah hasil usaha diri sendiri. 
 
 Sekian..
 


Read more ...

Penggal Kepala Ibu Sendiri !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"This is Buckley Family. The cildren's names were Susan and John. As Halloween joke , all the kids in the neighborhood were going to get dummy and pretend to chop its head off. The Buckley children thought it would be hilarious to actually murder their mother, so when the kids walked up to the door ,they got an axe  and slaughtered her. Once everyone figured out what they had really done , they called the police , but the kids were long gone by then. The only picture of them was this photo , taken by a trick or treater. The mothers body was later found half eaten."

Translate. 
"Ini ialah keluarga Buckley. Anaknya bernama Susan dan juga John. Sebagai lawak di hari Halloween , semua kanak-kanak di kawasan kejiranan tersebut membuat satu lawak dengan memenggal kepala sendiri. Anak-anak Buckley berasa bahawa ianya akan menjadi lebih hebat jika mereka memenggal kepala ibu mereka sendiri. Jadi , apabila mereka berjalan ke pintu , dengan sebilah kapak di tangan mereka , mereka langsung memenggal ibu mereka. Selepas semua orang telah tahu akan perbuatan mereka , polis telah dipanggil , tetapi Susan dan John telah tiada. Hanya tingga gambar ini sahaja yang telah diambil. Badan ibu mereka telah dijumpai di kemudian hari dengan separuh badan sudah dimakan."
 Sebuah kejadian yang sangat mengerikan. Bagaimana anak-anak mampu jadi pembunuh? Wallahualam..
Read more ...

CPUV Nuffnang - Sunsilk Pink Variant & Wipro Unza Safi Rania Gold.





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. di bulan April 2015 , telah masuk lagi beberapa Iklan CPUV Nuffnang. masuk kali ini , sudah tiga iklan yang melekat untuk bulan April ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberikan sinar bahagaia di blog ini.
Sunsilk Pink Variant & Wipro Unza Safi Rania Gold. Jika anda terlihat beberapa iklan tersebut beredar-edar dan menari-menari di dalam blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik iklan tersebut. Terima kasih kerana masih menyokong blog ini.
Sekian.
Read more ...

Ekpedisi Seram + Menarik


Assalamualaikum dan salam sejahtera






Pada beberapa hari yang lalu , angah dan rakan-rakan telah membuat satu ekspedisi di waktu malam. Ia ialah bertujuan untuk menghabiskan masa sebelum bercuti. Ekspedisi ini telah disertai seramai 5 orang sahaja. Banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang malam tersebut.

Tempat pertama yang dikunjungi ialah , rumah Dr Frenzy , seperti yang sedia maklum , rumah Dr Frenzy sememangnya agak popular di kalangan rakyat Malaysia yang berada di lembah Klang. Rumah tersebu terletak berdekatan dengan Zoo Negara. Setibanya di sana pada jam 2 pagi, kami terus sahaja turun daripada kereta. Kemudian , melihat keadaan sekeliling. Keadaan agak seram , kami sekadar berada di hadapan pintu masuk sahaja , memandangkan kawasan di dalam lebih gelap. Setelah beberapa minit berada di kawasan itu , memerhati dan mendengar , kami meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya.

Perjalanan seterusnya ialah di Gate Belakang Zoo Negara. Ia terletak berdekatan denga lokasi pertama. Apa yang menariknya ialah susana di tempat ini lebih menyeramkan , kerana suasana yang lebih gelap. Pintu tersebut terletak berdekatan dengan rumah orang. Tetapi suasana seram masih lagi berada di setiap seorang daripada kami. Setelah samapai , kami semua turun dan berjalanan di kawasan sekitar, Ketiadaan lampu suluh amat menyedihkan. Kerana sukar untuk melihat apa - apa dengan ketiadaan lampu suluh. Akhirnya setelah menyedari kehadiran sesuatu , kami segera beredar dari kawasan itu.


Lokasi ketiga tidaklah menyeramkan , kerana jam sudah menunjukkan sudah pukul 4 pagi , kami berada di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur. Masih ramai lagi orang yang berada di dataran tersebut. Ada pengunjung yang sednag berdating , lepak , dan ada jugak yang sedang baring di tengah padang! Setelah beberapa minit , melihat kecantikan binaan manusia ,kami beredar ke lokasi terakhir.


Perjalanan dari Dataran Merdeka ke Putrajaya , memakan masa yang agak lama. Tetapi alhamdulillah , akhirnya kami sampai juga di Putrajaya dalam jam 5 pagi. Suasananya sangat aman. Tidak banyak kereta langsung , cuma yang banyak dilihat ialah lampu-lampu yang bergemerlapan. Sangat cantik!! Setealah itu , kami berehat di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman. Kawasan tersebut sangat cantik.

Setelah jam menunjukkan pukul 7 pagi , kami beredar ke Shah Alam. Memandangkan angah akan pulang ke Kulim , maka selesai sudah ekpedisi kami. 

Kesimpulannya , pelbagai perkara menarik telah berlaku , tetapi untuk ekdpedisi kali ini,angah berasa kurang seronok ,kerana elemen seram agak kurang. Di aktiviti sebelum ini, lebih banyak tempat2 seram yang dikunjungi , mungkin di masa akan datang , kami akan ke tempat yang lebih seram.


Sekian
 
Read more ...

Pembaharuan Terbaru ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya , angah telah selamat pulang dan kini berada di rumah tercinta. Perjalanan selama beberapa jam, langsung tidak terasa setelah berada di rumah.

Nampaknya , selepas ini angah akan kembali aktif seperti sebelum ini , memandangkan angah telah selesai pengajian untuk semester 4. Betapa seronoknya kerana akhirnya angah dapat untuk kembali aktif seperti sediakala.

Untuk kali ini , angah ingin jalankan beberapa pembaharuan. Tetapi semuanya masih lagi di dalam perancangan. Angah akan adakan beberapa kaji selidik di fanpage dan juga diblog ini, berkenaan beberapa perkara , anda tunggu  ye!!

Sekian.
Read more ...