12 April 2015

Cara mudah dapatkan SEO SCORE 100%


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Semalam ,angah telah mencari beberapa tutorial tentang cara nak naikkan skor SEO blog ini. Untuk pengetahuan anda semua , blog angah pada awalnya skornya ialah 17%.Sangat rendah. Angah mencari tips-tips daripada blogger lain. Setelah mencuba pelbagai tutorial dan akhirnya tidak memberi kesan, angah telah terjumpa satu tutorial yang akhirnya berjaya.
Tutorial daripada PCL telah berjaya menaikkan markah SEO angah daripada 17% ke 80%. Alhamdulillah , tetapi angah ada masalah dengan tag H1. Cara yang ditunjukkan masih tidak berjaya. Sehinggalah ke hari ini, akhirnya angah telah jumpa satu tutorial yang hampir sama.
Alhamdulillah , akhirnya menjadi juga! Angah jumpa di laman web ini. Alhamdulillah , sekarang markah SEO blog angah ialah 100%. Tak sangak begitu mudah sahaja untuk menaikkan markah SEO blog.
 Terima kasih kepada tutorial -tutorial di luar sana yang banyak membantu blogger yang tidak reti langsung berkenaan coding semua ni. Hehe. Nantikan entry terbaru angah berkenaan EFG.
Sekian. 
Read more ...

1001 Khasiat Ubi Kayu : Kesihatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Manfaat Ubi Kayu




Ubi Kayu mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Ubi Kayu juga dikenali sebagai akar yang mempunyai khasiat antioksidan, antikanser, antitumor, dan boleh meningkatkan nafsu makan. Tidak hanya itu, Ubi Kayu juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :


Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi

Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.
Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.

Manfaat Ubi Kayu untuk Demam 

Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari. 
Khasiat Ubi Kayu untuk Luka 
Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.
Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit 
Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu.  Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu  dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum. 
Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala 
Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh. 
Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout 
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar. 
Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina 
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu,  5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

Sekian.

Read more ...

Senarai Bloglist Baru!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Angah baru sahaja selesai update senarai terbaru bloglist untuk kali ini.Angah telah membuat satu pencarian di laman facebook , dan angah bersyukur kerana ramai blogger yang join. Angah telah pun umumkan pemenang pencarian bloglist. Apa -apa pun angah harap , dengan adanya bloglist baru ini , angah akan dapat membaca pelbagai entry menarik daripada anda semua!

In shaa Allah angah akan membuat beberapa pembaharuan di dalam blog ini. Tetapi semuanya dalam proses ,dan angah masih merangka sesuatu untuk menjadikan blog ini lebih menarik. Angah harap anda semua sudi untuk menyokong blog ini.
Senarai Blog Yang Terpilih 

  1. http:/juliajamaludin.blogspot.com
  2. http://ceriterahidup97.blogspot.com/
  3. http://asrirayrock.blogspot.com/
  4. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/
  5. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/
  6. http://norshamimi.blogspot.com/
  7. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/
  8. http://www.anakbawangimut.blogspot.com/
  9. http://syaza-applemints.blogspot.com/
  10. http://mamapapaamir.blogspot.com/
  11. http://nurulazieyan.blogspot.com/
  12. http://www.blogparihh.com/
  13. http://cikmanissweet.blogspot.com/
  14. http://misssakuradiary.blogspot.com/
  15. http://mama3farhanah.blogspot.com/
  16. http://karooks.blogspot.com/
  17. http://www.mommylizz.com/
  18. http://kathyrbain.blogspot.com/
  19. http://ourrandomrainbow.blogspot.com/
  20. http://harithiskandar.blogspot.com/
  21. http://www.kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  22. http://ayunirafilah.blogspot.com/
  23. http://mizzseven.blogspot.com/
  24. http://jmbelog.blogspot.com/
  25. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/
  26. http://www.mariafirdz.com/
  27. http://amirahamer.blogspot.com/

Sekian. 
Read more ...