13 April 2015

Arah Tuju Drama dan Filem Tempatan ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sampai bila... industri lakonan dan perfileman Malaysia masih di tahap yang sama ? Setiap hari , semua produk yang dihasilkan masih sama. Semuanya sudah basi. 
Sampai bila... drama dan filem tempatan mahu maju ke hadapan?Drama tempatan yang masih lagi genre " adaptasi novel " dan juga filem tempatan dengan genre "syok sendiri". Semuanya masih lagi sama dalam satu dekad.
Berkembang atau Tidak ?
Drama tempatan di negara kita , rasanya tidak berkembang.Sebab apa ? Sebab sekarang ni , drama tempatan semuanya diadaptasi daripada novel. Kalau sebelum ini, semuanya ialah hasil idea dan olahan para penghasil drama , tetapi sekarang semuanya ialah hasil daripada novelis , yang ada antaranya masih lagi belajar dan mempunyai impian yang sama seperti yang diceritakan di dalam novel.
"Perempuan yang datang daripada keluarga miskin , kerja di sebuah syarikat , kemudian terjatuh hati dengan seorang lelaki Tanpa disedari lelaki tersebut merupakan bos syarikat tersebut. Kemudian konflik berlaku , apabila mereka rupanya telah dikahwinkan kerana kedua ibu bapa mereka bersahabat daripada kecil. Seterusnya datang pula seorang wanita , kekasih gelap lelaki itu tadi datang. Di akhir cerita , semuanya menjadi bahagia , apabila mereka dikurniakan bayi kembar. The end." 

DRAMA KLISE ? 
Drama yang sepertinya boleh diagak. Sebab apa ? Semua jalan ceritanya seperti sama sahaja. Kalau berbeza , mungkin pada watak dan juga ada beberapa konflik lain. Secara asasnya semuanya sama. Masyarakat di hidangkan dengan drama yang sama.
Yang peliknya , drama-drama sebegitu diterima masyarakat khususnya golongan wanita , yang sanggup tunggu di hadapan kaca televisyen semata-mata mahu melihat drama kegemaran mereka. Kononnya , itulah impian setiap wanita , mahu berkahwin dengan lelaki yang berharta.
Dimana naskhah- naskhah drama yang hebat? Di mana drama yang betul - betul penuh gaya dan idea dan juga menunjukkan kisah masyarakat yang sebenar-benarnya?
Semuanya masih menjadi persoalan... tanpa sebarang jawapan.. 
 Sekian
Read more ...

Misteri : Mati Hidup Semula?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"In 1930 , a 4 year-old named Shanti Deva from Delhi , India , Told her parents that she had once lived in a place called Muttra (now known as Mathura), that she had been a mother of three , who died in childbirth , and that her previous name was Ludgi. Because the girl continually related the story , her parents investigated. It turned out there was a village called Muttra , and that a woman named Ludgi had recently died there. They took Shanti to the village where she began to speak the local dialect and recognized her previous-life husband and children. She even gave twenty four accurate statements matching confirmed facts about Ludgi's Life."

Sebuah cerita misteri klasik yang mengisahkan tentang seorang budak berumur 4 tahun iaitu Shanti Deva yang memebritahu kepada ibubapanya bahawa dia pernah tinggal di Muttra, pernah menjadi ibu kepada tiga orang anak , dan namanya sbeelum ini ialah Ludgi.Bila disiasat , sememangnya wujud nama tempat tersebut , serta cerita yang diceritakan oleh budak itu adalah benar belaka. Budak tersebut telah memebrikan 24 fakta yang tepat berkenaan kehidupan Ludgi.
 Siapa Budak Itu?

Lahir hidup semula? Sememangnya cerita sebegitu memang wujud dalam kepercayaan agama lain. Angah pernah lihat satu filem berkenaan orang yang mati , kemudian hidup semula sebagai orang lain. Mungkin bagi kepercayaan diorang , ianya tidak mustahil. Ada juga orang yang cakap ," Nanti bila di kehidupan lain , aku harap aku dilahirkan dengan perangai yang lebih baik."
Tetapi dalam agama Islam , rasanya perkara ini tidak benar. Sebab apa , selepas kita mati , kita telah masuk ke dalam alam lain. Iaitu alam barzakh. Jadi , sama ada untuk percaya atau tidak percaya , rasanya anda semua sudah boleh berfikir. Kemungkinan cerita di atas hanyalah rekaan sahaja memandangkan ia berlaku ketika tahun 1930. Apa -apa pun... percayalah bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..

Sekian. 

Read more ...

Roti RM8.50 sebelum GST , harga terkini?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Ini ialah kejadian sebenar yang terjadi kepada keluarga angah. Tiada kena mengena dengan keluarga lain dan juga orang lain.

Situasi : Family saya baru sahaja ke kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah. Setelah ke kedai , ayah saya membeli sejenis roti yang sering dibeli. Apabila melihat harganya , sudah bertukar!! Daripada harga asal iaitu RM8.50 sudah bertukar harganya ke RM9.50.
Apa yang menjadi pelik dan menyebabkan angah pening, mengapakah harga roti tersebut naik sebanyak RM1.00 ?? Bukankah kalau sepatutnya , 6 % sahaja , bukan bermakna RM1.00 ? 
PENING KEPALA
Pening kepala bila fikirkan harga barang banyak yang meningkat. Kalau setakat beberapa sen tu masih boleh diterima lagi , tapi bila dah naik RM1.00 itu dah menjadi satu masalah. Itu baru harga roti , belum tengok harga barangan lain lagi. Angah rasa mungkin ada banyak lagi barang yang naik harga secara melampau!
 SALAH PENIAGA!!?
Salah satu sebab terawal barang menjadi mahal ialah PENIAGA. Rasanya ramai peniaga yang mengambil jalan untuk cepat dapat hasil dengan menaikkan harga barang. Bila pembeli tanya ,"Ohh barang-barang ni memang tak kena GST tapi kitaorg terpaksa naikkan juga sebab sewa kedai dah naik." Angah rasa , kalau nak naikkan harga barang , dari dulu boleh naikkan. Angah bukannya apa , cuma ada lagi kedai yang lebih murah , tapi janganlah sampai menipu pembeli sampai amcam ni. Semata-mata nakkan keuntungan lebih.

GST PADA MASA YANG TIDAK SESUAI!!?
Bagi angah sendiri , soal masa, rasanya bukanlah satu sebab. Sebab apa , lambat laun pihak pemerintah negara akan buat juga GST ini memandangkan dah hampir seluruh dunia dah melaksanakannya. Mungkin ada beberapa sebab lain kut yang membuatkan perlaksanaan GST ketika ini membuatkan ianya bagaikan bencana di negara kita.
Sekian. 
Read more ...