15 April 2015

Tidak Suka , Jangan Hina !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

benci , politik , cinta , hina ,PRU


Di zaman teknologi yang kian berkembang , secara umumnya , boleh dikatakan ianya membawa pelbagai perkara positif terjadi. Tetapi , adakalanya , bila datangnya sesuatu yang positif , ia turut membawa sekali rakannya iaitu Negatif.

MEDIA SOSIAL


Semuanya bermula apabila munculnya Internet. Setelah itu , muncul lagi beberapa laman web yang kian menjadi popular. Facebook , Twitter , Blog ,Instagram dan bermacam-mcam lagi. Semuanya diyakini bahawa ianya merupakan satu cara manusia bersosial. Cara yang sangat mudah. Kemudahan yang dicipta untuk kesenangan masyarakat zaman sekarang.

NEGATIFNYA ?

Apabila munculnya cerita-cerita tidak benar ,yang diVIRALkan. Kononnya cerita itu benar , dan astu dunia sudah tahu , dan disebarkan. Sampaikan semua orang bercakap-cakap emngenainya. Sedangkan perkara itu palsu. Semuanya bermula , akibat daripada menyebarkan tanpa sebarang usul periksa.

KURANG PEKA

Masyarakat masa kini , khusunya di Malaysia , kini kurang peka berkenaan sumber berita tersebut. "Sama ada ianya tepat ataupun tidak , yang penting aku dapat sebar." Pemikiran bodoh oleh seseorang individu. Sebarkan tanpa sebarang usul periksa.
Ada juga yang apabila tidak suka dengan seseorang itu ,segala apa yang dibuatnya terus dihina. Bermulalah cerita reka-rekaan mereka. Disebarkan lagi sehingga bertambah ramai orang yang tidak menyukai. Semua ini membawa kepada kemurkaan Yang Maha Esa.

FITNAH


Angah dapat rasakan bahawa apabila cerita itu tidak benar , maka ianya boleh diklasifikasikan bahawa berita tersebut ialah Fitnah. Dan angah yakin semua orang tahu bahawa Fitnah itu sangat dilarang. Jadi , nasihat angah teruskan menfitnah. Kerana apa? Kerana tempat yang paling sesuai untuk anda ialah Neraka.

POLITIK


Sebenarnya angah malas nak sentuh bab Politik. Sebab, politik boleh menyebabkan kawan baik bergaduh. Tapi , bab terlampau fanatik  ,sehinggakan menghina individu lain , rasanya ianya sudah di tahap melampau. Nasihat angah , kalau tidak suka , jangan menghina. Teruskan dengan sikap tidak suka anda tetapi jangan menjadi seseorang yang celaka sehingga menghina.

Sekian. 

Read more ...

CPUV Nuffnang - TGIF-Meal For Two & Digi Postpaid





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , hari ini angah menerima berita baik lagi. Ya , sudah tentu berita baik daripada Nuffnang. Bertambah lagi CPUV yang diberikan pada bulan April ini. Setakat ini sudah 19 CPUV yang telah melekat di dalam blog ini.
Jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang. Tak lupa juga kepada anda semua yang sudi klik dan komen di blog angah sehinggakan angah dapat menerima sedikit imbuhan daripada blog.
Kali ini , iklan yang terbaru ialah TGIF -Meal For Two dan juga Digi Postpaid. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , jika anda terlihat iklan tersebut , sila jangan segan untuk klik iklan tersebut. In shaa Allah anda akan mendapat sesuatu daripada iklan tersebut.
Sekian. 

Read more ...

Music for Everything ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

music,muzik,asli,diarijejakahangat,djh,musician

"With the right music , 

you either forget everything or you remember everything."


"Kadang - kadang dengan muzik yang tepat , anda mungkin akan lupa segalanya atau teringat kembali segalanya."

Macam angah sendiri , angah meminati pelbagai genre muzik. Bila mana angah belajar kos mzik di UiTM , lagi banyak angah belajar tentang muzik. Banyak yang angah tahu lepas belajar di UiTM , adanya tradisional , klasik , pop dan macam-macam lagi. 

Kadang-kadang , angah suka dengan lagu Orchestra , terutamanya lagu Wind Orchestra , sebab bila angah dengar lagu -lagu tersebut , angah akan teringat kembali ketika angah bersama pasukan wind orkestra sekolah. Semua kenangan akan kembali berada dalam fikiran.

Kadang-kadang pulak , angah suka dengar lagu pop. Terutamanya daripada penyanyi yang angah minat. Ada antaranya daripada aris luar negara dan juga artis dalam negara. Bila angah mendengar lagu -lagu mereka , angah akan rasa tenang. Ditambah lagi , bila kita boleh saling menyanyi setiap lirik , rasa macam tengah karoake.

Kadang-kadang angah suka dengar lagu tradisional. Cuba anda bayangkan? Angah minat lagu tradisional? Asa beberapa lagu tradisional melayu yang angah minat , sebab ia melambangkan ciri-ciri melayu yang kuat. Contohnya , bila kita dengar lagu tu , ia akan memabangkitkan rasa bangga dengan keunikan budaya melayu. 
Kesimpulannya ,
Sebenarnya , semuanya ikut kesukaan dan citarasa anda. Mungkin dengan mendengar lagu yang kita suka , rasa stress dengan kerja dapat dikurangkan. Mungkin juga bila dengar lagu , sesuatu kerja itu takkan berjalan. Contohnya , mendengar lagu sambil belajar. Bagi angah  , cara itu sememangnya tidak menjadi. Angah tak boleh kalau belajar sambil mendengar lagu. Angah perlukan suasana sunyi sepi. 

Sekian. 
Read more ...

Fakta Unik Tentang Buah Delima


Fakta Unik Tentang Buah Delima




BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah Delima Penyembuh Penyakit Nabi Ayyub A.S

Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?”
Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”
Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua buah delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.
Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut. 
Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik daripada beribadah satu tahun.”




Fakta Unik Tentang Buah Delima

Buah Delima Ditanam Secara Meluas Seluruh Dunia.

Delima adalah antara pokok di syurga, kini ditanam secara meluas sehingga ke China dan California, Amerika Syarikat untuk tujuan komersial. Antara keunggulan buah ini ialah susunan dalamannya. Dalam banyak budaya masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan usia yang panjang. Orang China umpamanya, menjadikan amalan makan buah delima di majlis perkahwinan sebagai lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan yang besar.
Ketika zaman Nabi Musa a.s, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam di Palestin yang kini dinamakan Hebron merupakan pengeluar delima atau rumman, Nama Rimmon diambil sempena buah delima.
Bagaimanapun, delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan Banjaran Himalaya dan utara India dan berkembang menjadi tanaman penting di pesisir Laut Mediterranean. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Khasiat Buah Delima

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan buah delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam.
la juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah.Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Sementara dalam dunia perubatan Yunani, buah delima mampu mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.
P/S: Amalkan memakan buah delima untuk mendapatkan kulit yang halus dan gebuss dan juga untuk kesihatan.

Sumber  : GilerKentang 


*Kenapa tentang buah delima? Sebab angah suka buah delima.
Read more ...