23 April 2015

Kelebihan Bedak Sejuk



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelebihan Bedak Sejuk


Malam semalam , angah telah mencuba memakai bedak sejuk. Dulu masa angah kecil , angah selalu melihat arwah nenek angah memakainya. Apa yang lebih menarik ialah nenek angah sendiri yang membuat bedak sejuk tersebut. Sampai sekarang angah bangga kerana nenek angah mampu membuat pelbagai jenis benda dengan sendiri.
Zaman sekarang , banyak produk kecantikan dapat dilihat giat dipromosikan. Sama ada di kaca televisyen mahupun di media sosial dan juga media cetak. Lambakan produk kecantikan ini memberikan satu tanda tanya , produk mana yang berkesan?
Jadi , apakata kita kembali ke petua orang-orang terdahulu. Ya , mereka tidak memakai produk kecantikan lain , melainkan hanyalah bedak sejuk. Itulah satu-satunya produk yang digunakan untuk menjaga kulit mereka. Oleh itu , mari kita lihat kelebihan bedak sejuk.

  1. Melicinkan muka
  2. Memberi kesegaran pada kulit
  3. Mengurangkan kadar pengeluaransebum/minyak pada kulit
  4. Menanggalkan sel kulit mati
  5. Ia membantu sejukkan kulit
  6. Membersih dan menegangkan wajah. 

Mungkin ada yang akan menganggap bahawa bedak sejuk sudah tidak relevan untuk dipakai , tetapi bagi pendapat angah , ianya lebih baik daripada menggunakan produk-produk kecantikan di luar sana , yang mungkin akan memberikan kesan buruk pada muka anda.

Sekian. 
Read more ...

Yang Perlu Kita Lakukan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak share dengan anda semua , tentang antara beberapa perkara yang perlu kit praktikkan di dalam kehidupan seharian. Semuanya, bagi angah sendiri ialah simple sahaja , tetapi kadang-kadang ada yang angah tak buat.
In shaa Allah , selepas kita praktikkan , kita akan dapat apa yang kit inginkan. In shaa Allah. 

Sekian. 

Read more ...

Jika ianya dilaksanakan di Malaysia??




"In Japan, for the train to arrive late is an extremely rare event, but when it happened, they took it very seriously, as the train conductors walked around anda personally apologized to every one of us instead of just announcing it on the mic, but that's not the best part!
Because the delay was just over 5 minutes, they actually handed each of us printed "Proof of Lateness" slip so that you could show it to your boss or school to know it was not your fault being late, saving you the embarrassment of excuses. Nation of manners overdose."

Ia bukanlah sesuatu yang baru rasany , kerana negara Jepun memang terkenal dengan menepati masa. Mereka bukan sahaja sangat berdisiplin tetapi juga sopan dan menghormati orang lain.  Dalam kartun Doraemon pun dapat ditunjukkan sikap menepati masa , apabila Nobita selalu datang lambat ke kelas , dia akan di denda. Bayangkan bagaimana pulak sikap rakyat di seluruh negara itu?

Malaysia Boleh Lakukan Jugak!!
Jika ianya dilaksanakan di Malaysia, mungkin akan berlaku perkara lain pulak. Contohnya , jika tren tersebut lewat , dan setiap penumpang diberikan slip. Nescaya selepas itu , slip tersebut akan di PHOTOCOPY untuk digunakan hari lain.
Jika ianya dilaksanakan di Malaysia , nescaya banyak slip yang kan diberkan , kerana tren di Malaysia selalunya LEWAT. Penat nak menunggu di dalam tren.
Jika ianya dilaksanakan di Malaysia , angah rasa lebih baik kalau sikap menepati masa di ajar dari awal dan dipraktikkan , in shaa Allah produktiviti semuanya akan meningkat.
Kesimpulannya, 

Selagi mana wujudnya pernyataan "Janji Melayu" , maka susah untukianya berlaku. Apabila semua orang sudah sebati dengan apa yang dikatakan sebagai janji melayu, angah rasa sangat mustahil untuk ianya dilakukan. Apa yang paling penting , ubahlah sikap anda , in shaa Allah , perkara yang positik akan berlaku.
Read more ...