26 April 2015

Membeli Belah di Atas Talian (Online)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sudah menjadi trend membeli belah zaman sekarang ini. Bukan sahaj boleh membeli belah di luar rumah , tetapi dengan hanya menggunakan laptop dan juga internet , anda juga boleh menjadi pembeli belah yang hebat!! Terdapat pro dan kontra di dalam cara anda membeli belah.
Di sini , angah kongsikan dengan anda kebaikan dan keburukan apabila membeli barang di online. 

Kebaikan Membeli Belah Di Atas Talian (Online)


1.Para pembeli dapat membeli barangan yang diingini tanpa perlu keluar dari rumah dan menghabiskan masa mencari barangan tersebut. 
2. Para pembeli berpeluang membeli baranagn yang sukar didapat di kawasan mereka tinggal. 
3. Peniaga dapat menawarkan harga jualan yang lebih rendah kerana tiada kos sewa kedai/tapak jualan. Urusniaga boleh dilakukan terus dari rumah sahaja. 
4. Para pembeli berpeluang meninjau lebih banyak pilihan barangan dan membuat perbandingan harga kerana katalog atau barang yang dijual dipaparkan melalui platform media sosial atau laman web sahaja. 
5.Pembeli berpeluang membeli barangan yang sukar di dapati di pasaran tempatan, contohnya membeli terus dari luar negara. 
6.Barang yang dibeli akan terus dihantar ke rumah oleh kurier selepas urusniaga dijalankan di antara penjual dan pembeli.


Kekurangan Membeli Belah Di Atas Talian


1. Pembeli kurang brpuas hati kerana tidak dapat melihat atau merasa sendiri kualiti produk yang dijual di atas talian. 
2. Terdapat kemungkinan bahawa par.a pembeli akan mendapat produk yang berbeza daripada gambar yang dipaparkan penjual. 
3. Jika pembeli mendapat barangan yang telah rosak atau prosuk yang salah , proses menuntut ganti rugi atau mendapatkan semula produk yang betul akan memakan masa. 
4. Pembeli harus menunggu selama beberapa minggu jika menginginkan barangan yang perlu ditempahd ari luar negara atau hanya dihasilkan apabila ditempah. 
5. pembeli atau penjual terdedah kepada kes penipuan yang melibatkan produk tiruan, transaksi bayaran atau kualiti sesuatu produk.







Read more ...