3 Mei 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com
Read more ...

Link Untuk Blogwalking


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jugak untuk angah berblogging. Hehe. Apa apa pun kali ini angah nak senaraikan link blog untuk anda blogwalking. Sekarang kan tengah cuti , jadi angah rasa ada baiknya jika kita blogwalking. Tambah-tambah pulak macam angah sendiri , cuti tak pergi mana-mana pun  , sekadar berada di rumah.

Cuti anda bagaimana? Apa -apa pun kalau anda sama macam angah , tak pergi mana ketika cuti , jom blogwalking ke blog-blog ohsem ini. 



http://kieyrah97.blogspot.com/
http://mizzseven.blogspot.com/
http://www.munirahizzan.com/
http://travelog-dakwah.blogspot.com/
http://cikash.blogspot.com/
http://cxopportunities.blogspot.com/
http://blogummiaimy.blogspot.com/
http://catatanhati93.blogspot.com/
http://norshamimi.blogspot.com/
http://www.cahayapermata.my/
http://www.vitajasmine.com/
http://www.blogparihh.com/
http://www.hajarshikin.com/
http://officalmissyana.blogspot.com/
http://mamadarwiish.blogspot.com/
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
http://syiralokman.blogspot.com/
http:/wanuriizatiey.blogspot.com
http://dewqracintakita.blogspot.com


Sekian
Read more ...

Buah Durian : Bukan Sekadar Makan Sahaja !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buah Durian , Khasiat Durian , Musim Durian , Durian



Buah Durian??!! Rakyat Malaysia secara majoritinya suka akan buah ini. Apabila musimnya tiba , maka akan menjadi satu pesta di pasar malam yang menjual buah durian ini. Apa yang disukai ialah rasa dan baunya yang sungguh menggamit perasaan. Angah sendiri suka dan sangat-sangat mengidam untuk makan buah ini , ketika ini juga!
Malangnya , sekarang bukanlah musim buah durian. Angah kena menunggu bila masanya sampai. Paling best bila ayah angah bawak balik satu guni buah durian. Memang satu rumah akan dipenuhi dengan bau-bau buah durian!!
Kalau sebelum ini , kita hanya tahu makan dan menikmati buah ini sahaja , jadi kali ini angah nak kongsikan dengan anda 7 kehebatan dan khasiat buah durian ini. Jadi , in shaa Allah selepas ini kita dapat sama-sama sebarkan lagi kebaikannya untuk semua masyarakat. 

 7 Manfaat Buah Durian untuk Kesihatan Tubuh Anda

Durian merupakan salah satu buah yang sedap dan sangat disukai oleh kebanyakan orang. Rasa yang manis , bau yang menyengat, warna buah yang kuning keemasan dan duri yang tajam pada kulitnya merupakan ciri-ciri fizikal ang dimiliki buah durian. Selain hanya rasa yang sedap , buah durian juga mempunyai kandungan nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.
Buah durian juga dikenali sebagai King Of Fruit ( Raja Segala buah ) . Ianya kerana buah durian ini mengandungi kandungan zat-zat seperti karbohidrat ,protein , serat ,vitamin B1, B2, vitamin C , kalsium, kalium serta fosforus yang sangat tinggi. Dengan adanya zat-zat tersebut ianya dapat membantu menjaga dan menjadikan diri kita lebih sihat dan segar sepanjang hari.
Buah Durian , Khasiat Buah Durian , Durian , Musim Durian

Khasiat Buah Durian

Penyelesaian untuk masalah cepat penat. Di dalam 100 gram buah durian ianya telahpun memenuhi keperluan karbohidrat untuk tubuh badan sebanyak 21 peratus.Jadi , buah durian diyakini dapat menambah tenaga dalam badan secara cepat . dimana seseorang itu memerlukan gerak kerja yang pantas atau sebagainya.
Menghilangkan Stress Dengan Lebih Asli. Buah durian mengandungi vitamin B6 yang memiliki peranan untuk menghasilkan serotonin. Serotonin pula digunakan untuk menghilangkan stress yang anda alami.
Memberi kekuatan Tulang dan Gigi. Buah durian mengandungi kalsium, kalium serta vitamin B1 dan B2 yang dipercayai dapat memberikan pelbagai keperluan yang diperlukan untuk menjaga dan memberi kekuatan kepada tulang dan gigi anda. 
Kulit Lebih Awet Muda. Buah durian mengandungi sumber vitamin C yang tinggi. Vitamin C inilah yang akan menghilangkan pelbagai radikal bebas dan melambatkan proses penuaan apda kulit dan tubuh badan anda. 
Memberikan pencernaan yang lebih sihat. Buah durian mengandungi kandungan serat yang tinggu. Serat merupakan zat yang membantu organ pencernaan dalam mencerna makanan. Oleh itu , buah durian membantu untuk mencerna makanan selain bagus untuk penyakit sembelit atau susah buang air besar. 
Menstabilkan Kadar Gula dalam darah. Buah durian mengandungi logam mangan yang berperanan mengawal kadar gula dalam darah kepada paras normal.
Menyelesaikan masalah anemia ( Kurang Darah ). Buah durian mengandungi kandungan folat , tembaga dan zat besi yang berperanan penting dalam mengatasi gejala aneamia atau kurang darah yang terjadi pada diri anda.
Sumber : Durian

Read more ...