5 Mei 2015

Senarai Harga Kereta Perodua Axia 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri sebelum ini , angah dah ceritakan tentang kereta perodua Axia yang sedang menjadi bualan ramai. Jadi , sekarang angah nak share dengan anda harga kereta tersebut di pasaran. Ianya angah ambil dari laman web yang boleh dipercayai iaitu Senarai Harga Kereta Perodua  .
Anda boleh banding dan lihat perbezaan harga lama dan juga harga baru selepas GST

Kereta Perodua Axia , harga kereta , GST


Perodua Axia ialah kereta kompak lima pintu yang dihasilkan oleh salah sebuah pembuat kenderaan Malaysia, Perodua. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan telah dilancarkan pada 15 September 2014. 

Sekian.

Sumber : Kereta Perodua

Read more ...

Kenali Perodua Axia


Assalamualaikum dan salam sejahtera

produa , axia , myvi , harga kereta perodua axia



Perodua Axia

Perodua Axia ialah kereta kompak lima pintu yang dihasilkan oleh salah sebuah pembuat kenderaan Malaysia, Perodua. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan telah dilancarkan pada 15 September 2014. 
Nama 'Axia' disebut dengan bunyi 'azia' (a-zee-a) berasal dari perkataan Asia. Huruf 'x' dalam 'Axia' juga mewakili bilangan sepuluh mengikut nombor roman, menunjukkan Axia adalah Perodua yang kesepuluh. Untuk model Axia ini Perodua menggunakan slogan "Your Smart Move" atau dalam versi Bahasa Melayu "Langkah Bijak Anda/Ternyata Bijak".
Perodua Axia ialah kereta hatchback lima pintu yang dibangunkan oleh pengilang kereta Malaysia, Perodua. Ia dilancarkan pada September 2014 sebagai pengganti pada Perodua Viva. Perodua Axia dibangunkan berasaskan Daihatsu Ayla / Toyota Agya. Axia merupakan model pertama yang dikeluarkan dari kilang baru Perodua di Rawang, Selangor.
Butiran Lanjut :-

Pengilang : Perodua
Pengeluaran : 2014 -
Tahun Model : 2014 -
Pemasangan : Rawang, Malaysia
Pendahulu : Perodua Viva
Kelas : Kei Car/segmen-A
Stail Badan : hatchback lima pintu
Reka Letak : Enjin Hadapan , pacuan empat roda
Enjin : 1.0L IKR DOHC 13
Penghantaran : Transmisi manual 5-kelajuan 4-kelajuan automatik
Jarak Roda :  2,450 mm ( 96.5 in )
Panjang : 3,640 mm ( 143.3 in )
Lebar : 1,620 mm ( 63.8 in )
Tinggi : 1,510 mm ( 59.4 in )

Kedua Ayla dan Agya telah dijual di negara jiran Indonesia dan Philippines sejak 2013, tetapi tidak di Malaysia. Sungguhpun model pengganti Viva berasaskan pelantar Ayla / Agya, Perodua turut memasukkan unsur bahagian badan atas dan luaran yang direka secara tempatan, dan kereta itu bukan sekadar penjenamaan semula sahaja 

 Sekian.

Sumber : Wikipedia

Read more ...

Ranking Alexa 5.5.2015



 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ini merupakan julung-julung kalinya angah update enri berkenaan ranking Alexa.Kalau sebelum ini , angah agak malu untuk update kerana ianya telah menjunam ke paras yang paling teruk. Cuba anda bayangkan , ketika itu ranking di Malaysia TIADA, manakala ranking di dunia ialah berjuta-juta lemon..
Alhamdulillah , berkat angah update blog dan join group #EFG , akhirnya ranking blog ini di Alexa.com semakin baik. Semakin hari , rankingnya semakin mendaki carta. Alhamdulillah, walaupun untuk menjadi ranking sebagus dahulu agak sukar , angah akan usahakan juga yang terbaik untuk blog ini.

Sekian 

Read more ...

Tips Penjagaan Kesihatan Mata !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

mata, eye ,kesihatan

Siapa yang ada mata sila angkat tangan? Boleh dikatakan semua orang mempunyai mata, sama ada ianya sempurna atau tidak , itu ditangan Allah S.W.T. Ramai orang tidak mengambil berat dengan penjagaan kesihatan mata. Mereka lebih menitik beratkan penjagaan yang lain seperti kulit, rambut ,gigi , dan bukannya mata. 
Ada orang yang ketika kecil sudah mempunyai masalah mata , ada jugak yang bila dah tua baru ada masalah mata sama ada rabun ataupun hal-hal yang lain. Mata bagi pendapat angah ialah satu deria dan juga anggota tubuh badan yang penting kerana tanpa mata , susah untuk kita melakukan kerja-kerja seharian. Jadi , disini angah berikan kepada anda tips-tips penjagaan kesihatan mata. 

Tips yang boleh diamalkan agar mata anda sihat :-

Tidur secukupnya
Sekurang-kurangnya tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata (eyebag).
Minum air kosong secukupnya.
Sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.
Bersihkan mata daripada solekan
Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata.
Jaga pemakanan dan elakkan merokok
Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata.
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.
Manakala kandungan vitamin C yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.
Lindungi mata dari sinaran matahari
Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.
Cermin mata hitam yang baik dan berkualiti bukan sahaja mampu menghalang silau, tetapi berupaya untuk menyerap cahaya UV. Seeloknya elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus mendedahkan mata pada pancaran sinar UV.
Senaman
Bersenam perlu diamalkan bagi menggalakkan kesihatan badan dan mata khususnya. Senaman ringan untuk mata dengan menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam lima kitaran untuk satu minit bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata.
Ini amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer. Senaman lain yang boleh diamalkan ialah menutup mata secara perlahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak sepuluh kali dapat mengelak mata terasa kering.
Secara tradisional
Petua yang boleh diamalkan ialah dengan meletakkan hirisan timun di atas kelopak mata. Hirisan timun yang sejuk dapat menghilangkan keletihan.Uncang teh yang sudah digunakan juga boleh digunakan bagi menggantikan timun.Selain itu, ketulan ais kecil boleh digunakan bagi menyegarkan mata yang mengantuk.
Timun dan uncang teh
Secara rohaniah.
Menjaga hati dengan menjaga pandangan kita. Hindarilah dari melihat perkara yang tidak elok dan maksiat. Sentiasa membaca ayat suci Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam. Ayat Al-Quran adalah sebagai syifa' iaitu penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit.
Walaubagimanapun, dalam dunia moden sekarang ini ramai orang Islam yang lupa dengan khasiat dan syifa' yang terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Sebagai contoh ayat 22 dari Surah Qaf sesuai untuk menguatkan pandangan dan menghilangkan kerabunan mata.



Sumber : Urut | Myhealth
Kesimpulannya,
Sebagai seorang hamba Allah S.W.T , kita perlu menjaga tubuh badan yang dipinjamkan-Nya. In shaa Allah , segala kehidupan kita akan terjamin kelak. Apabila kita menjaga apa yg dipinjamkan , maka in shaa Allah apa yg kita hajati akan dimakbulkan. Wallahualam..



Read more ...